Sunday, December 18, 2011

aku n journey that long yet that nice...

Hi,
Hari ini, mari kita baca cerita bergambar...:D

Today, I mean semalam, since sekarang dah masuk 1.40am...aku merayap sampai ke hujung ceruk Pahang mana ntah, memenuhi jemputan majlis kahwin sahabat zaman sekolah. Yup, dua-duanya kawan sekolah aku daripada form1. Mereka berdua yang sweet ini akhirnya menjejak kaki di atas pelamin...awww....macam tak percaya. Anyway...semoga mereka berdua bahagia hingga ke akhir hayat, diberkati Allah...kekal selamanya dengan izin Allah...Amin...:D

Jadi, mari mulakan cerita dengan Amir yang dah pandai buat 'peace' (dua jari, telunjuk dan jari tengah, diangkat membentuk V-in case ada yang tertanya-tanya...hahaks) dan sudah pandai bergaya di hadapan kamera. Berkat kesabaran si makcik ini yang sangat suka snap gambar dia bila-bila masa...oh..ini gambar malam lepas aku balik kerja yang sangat lewat, sebelum hari kejadian.

~yorobun...peace...cukkehammida!!~

Perjalanan kami, Alhamdulillah...pagi tadi, dimulakan dengan suasana yang nyaman, amat welcoming. One thing aku suka dengan Pahang adalah sebab banyak sangat bukit2 yang...ahh....cantiknya...Subhanallah....

See the kabus atas bukit-bukit tu? Macam heaven. Ok, aku tak taulah heaven tu macamana...tapi...mesmerizing kan? Walaupun kualiti dengan kamera 2.0Mpixel by handphone yang dah tercabut kulit tu, tetap, pemandangan ini sangat indah.

Dan awan...walaupun cuaca mendung dan hujan renyai-renyai....tetap sangat indah sepanjang jalan. Cuma...hari ini tak jumpa bumbung awan macam selalu jumpa kat sawah-sawah sepanjang jalan balik kampung tu. Tapi...cantiklah!

Jalan? MasyaAllah...tidaklah aku jangka laluan ke Kampung Baris tu tak seindah awan dan pokok-pokok yang mengiringi perjalan kami. Azab. Dah lama tak jumpa jalan 'kona-kona' yang sangat panjang macam tadi, dah sampai satu tahap memang aku rasa nak keluarkan kepala dari tingkap dan muntah. Huhu T__T

Tapi...lihatlah. Sampai-sampai sana...rambutan!!!!memerah di atas pokok. Rasanya dekat sepuluh kali aku pusing-pusing curi-curi pandang pada rambutan yang tak malu-malu menunjukkan diri itu. Unfortunately, itu pokok jiran dia, dan kawan aku, mungkin tak sempat nak petikkan untuk jemputan merasa rambutan yang banyak di keliling rumah dia, tak sempat juga nak petikkan untuk aku seludup bawak balik. Sebabnya? hujan...hujan sepanjang kami berada di situ. T______T ...mengada je aku. Padahal, kakak aku bawak bertangkai2 rambutan dari rumah dia pagi tadi. Sama je nampak gebu rambutannya...

Heaven tak kalau bangun pagi, keluar rumah je nampak pemandangan seindah ini? Serius...aku rasa jatuh cinta kejap, dan serius, ini view depan rumah kawan aku tu. Syurga donia sungguh ni...

...dan depan rumah dia juga ada laluan misteri ini. Tak la misteri sangat, tapi misteri lah pada aku yang tak tahu ke manalah agaknya jalan tu pergi.


Bunting yang comel...se sweet kawanku berdua ini. tak boleh bayang pulak aku, mereka berdua ni boleh buat aksi comel dengan monster inc tu...

Puas berjalan, marilah kita pulang....hihi, itu je memang. Tak banyak rupanya gambar yang sempat di snap. Gambar dengan pengantin pun tak ada. T___T
Sebab? I busy you...amek gambar dengan camera cantik my friend punya...haha!!
Maka terpaksalah menunggu my friend tu email or post dalam facebook saje. Malam ni tapi, tak mungkinlah ada, sebab aku yakin, kawan aku sorang tu, sedang enak beradu memandangkan dia kena memandu pergi dan balik, endure the suffering membawa tiga anak dara yang sangat banyak cakap like non-stop. Hihi.

Anyway...thanks a lot kawan...drive n tumpangkan kami in your car, bring such a wonderfull camera (oh...don't hesitate to snap anything since it is digital, tak suka padam je...because I saw u being too carefull...or is it just my eyes? ^^") dan...bawa kami makan durian!!yummy!! Makan durian kat Karak you...syok. Makan sambil menikmati keindahan awan...dan bangunan lama yang unik sangat pada aku.

Lepak makan durian tapi jalan, dalam pekan koboi macam tu...is not something I can experience everyday...so...kamsahamida!!! can't express in word how much I am thankful sebab aku memang sangat-sangat tak jangka jalannya berliku macam tu, and cannot imagine if I have to drive there myself. Sangat rasa selamat. Thanks!!

Soalan...apakah aku tak penat, dah merayap seharian, pukul 2 pagi tak tido lagi?
Jawapan...aku dah tumbang siap-siap lepas sampai rumah tadi. Sekarang dah terjaga...tak boleh tido plak. Maka...marilah layan Korea online...yiehha!!

Good night!
:)
.
.
.

No comments: