Friday, December 3, 2010

aku n polong....


~ first eyes meet ~
terfikir...

kenapa hantu tu dipanggil polong ye? adakah sebab dia suka melolong-lolong? tapi setau aku pontianak je yang suka melolong ni...ntah hape yang disedihkan sangat pun tak tahulah...memang hantu jenis tak reti nak bersyukur dengan apa yang ada, asyik nak melolong je kerjanya.

berbalik kepada polong...setau aku, polong ni hantu yang kene bungkus tu kan? eh? ke bukan? itu hantu bungkus kan. ataupun pocong. pesen yang ini lagilah aku tak faham. dah tau kena bungkus, dudukla diam-diam, senang sikit orang nak tolong bukakkan ikatan dia tu. ni tidak..melompat sana, melompat sini. dahlah sekali lompat, jauh sungguh perginya. ada orang cakap ngan aku, sekali dia lompat, lepas la pokok kelapa. entah ye je orang yang citer tu. ntah2 tipu.

melalut lagi.

berbalik pada polong tadi. adakah dia hantu yg duduk di bawah kolong? kolong tu apa? aku malas nak cek kamus dewan. yg aku tau, kolong tu ruang bawah rumah kayu yang kita tak boleh berdiri tegak. macam pesen2 rumah felda kat pahang. tapi...pakcik aku punya rumah, dia g korek bawah rumah dia, tambak cantik2...boleh pulak jadi ruang tamu. cantik. yang tu masih boleh dipanggil kolong ke? tak tau.

udahlah...sebenarnya aku pun tak tahu polong tu hantu jenis macam mana, n takdelah nak amek tau pun...haha..

.....

1. ye ye je cerita pasal hantu. yg sebetulnya aku masih tido bukak lampu kalau tak ada orang teman aku tido. shuu...rahsia.

2. ada orang panggil aku 'pontianak korea' baru2 ni. suka hatilah. dah memang hero korea beratus kali lagi hensem dari hero malaya. anyway...cakap2 orang ni memang agak annoying kebelakangan ini. sepak lutut baru tau. huh.

3. aku dah tutup facebook. sesak nafas aku tengok orang lain update status. bosan.

4. aku hampir mati kebosanan.

5. aku dah bertuisyen kembali. fun. truly is!

.
.
.
.
.