Thursday, October 14, 2010

aku n sesuatu kadang-kadang berat. macam gunung contohnya....

Wah..memang melampau, kebelakangan ini saya asyik menulis tentang orang lain sahaja. Bukanlah itu sahaja sebenarnya yang berlegar di kepala. banyk lagi perkara yang perlu difikirkan, banyak sangat perkara yang membebankan sebenarnya.

Kenapa rasa beban? Sebab saya masih belum berjumpa jalan keluarnya. Mungkin kerana saya pun tidak berusaha mencari jalan keluarnya. Saya malas. Dijangkiti virus M yang sangat besar, diasak pula dengan tekanan yang pelbagai, penyakit malas macam sengaja tak nak di ubati.

Realitinya, saya masih lagi bangun awal pagi. Saya masih lagi tidur lewat dan siangnya juga saya jarang tidur. Rutin biasa, berjaga 6 pagi, tidur 12-1 pagi. Malas kali ini bukanlah dipenuhi dengan tidur.

Sekarang ini, malas saya dipenuhi dengan aktiviti bersama mereka. Kerja lain, selesai mana yang patut, lain dah tak ada tambahan. Saya menyelesaikan semua perkara seringkan mungkin. Kemudian berdiam diri umpama semua kerja dah berjaya saya sudahkan dengan jayanya...yang sebenarnya belum....T__T

Pagi tadi, tekanan memuncak lagi. Selepas beberapa lama, tekanan itu datang sampai saya rasa nak lari jauh. Jauh sejauhnya sampai ke tempat yang tiada sesiapa pun kenal saya. Sebab saya malas nak fikir semua ini. Saya malas nak membebankan fikiran saya dengan tekanan semacam ini.

Cuma hari ini, dari tekanan yang pelbagai pagi tadi, soalan-soalan ini bermain-main di fikiran saya:
1. Kenapa ya...selama ini tak pernah ambil peduli, tiba-tiba kesah pula?
2. Selama hidup ini, saya memang sentiasa salahkah? Semua apa yang saya buat tak ada harga, tak ada nilaikah?
3. Kalau betul tak mahu beri saya 'perkara besar' itu, tak apa, saya redha. Cuma saya nak tanya, kenapa sanggup nak lihat saya binasa?
4. Saya betul-betulkah tiada makna dalam hidup semua?

Saya mengaku, sungguh, hidup saya tak akan sempurna tanpa semua. Saya mengaku juga, semua yang ada, memang menjadikan saya manusia beruntung. Tapi, kalaulah semuanya mahu di tarik balik, tak apa, saya redha. Ambillah, dan jangan peduli tentang saya. Selama ini, kalau saya sakit pun, tak ada yang pernah peduli, jadi kalau semua sudah nekad, tak apa, lepaskan saya, insyaAllah, saya akan cuba jadi kuat.

Soalan utama dari tekanan tadi : Salahkah saya mencari sedikit kebebasan? Saya tahu halal haram dan saya tidak pun melakukan apa-apa yang haram. Kenapa hanya dengan sedikit kebebasan yang saya minta, saya dicemuh, saya tidak di hargai...

See...sebab inilah saya malas berfikir. kalau berfikir, saya penat. Saya penat mengabdikan diri untuk kepuasan hati semua orang. Sudahlah, saya letih dengan semua ini. Titik.

.
.
.
.
.

3 comments:

nurul said...

ptt la td mpk cm xbes jer...
kamu dlm tekanan upeny...
biarla pe org nk kta sbb dorg bkn kt tmpt kamu kn???????
dorg xrs apa yg kamu rs...

anis said...

yang.... kenapa ni?? u can count on me... tell me dear

inna hayati said...

nemo: hahahaha..
anis: dah tell..half.hehe..:D