Wednesday, October 13, 2010

aku n kebelakangan ini....


kebelakangan ini....

seperti semalamnya....sekarang, aku masih di sini lagi ni. Jam dah 8.48pm. Tak faham mengapakah masih di sini sdangkan sepatutnya sudah di rumah. emmm...

Entah la kenapa. Sejak kebelakangan ini, hati macam di tarik-tarik ke sini. Macam tak ada tempat lain nak di tuju. Balik rumah pun rasa macam malas sangat. Terasa sangat senang hati lepak di sini bersama mereka-mereka...

Currently mereka semua tiada. Semua ada urusan penting yang perlu dibereskan. Aku pulak masih setia di sini. Menanti dia lagi. Suka sangat menanti dia sekarang. Kalau tak jumpa dia dalam sehari agak menjadi resah juga hati ini ya.

Eh ye ke? ye ye je...

Kenapalah pulak nak meresah2 kan? tak faham konsep betul..huhuh.

......

kebelakangan ini, encik yang seorang itu...selalu pula saya berchat fb dengannya. Mungkin berpunca dari kelmarin. Puas saya mengadu macam-macam.

kebelakangan ini...

dah lama tak mendengar khabar sahabat saya...eh...ya jugakkan....manalah perginya sahabat baik saya yang seorang itu? Saya mahu tegur2 dia...dengan SMS atau FB lah...tapi macam rasa tak seronok. Sebab saya yakin masih belum ada masa yang free untuk jumpa dia.

Tapi, hari tu saya msg pun, dia diam je. Dalam fb pun kelihatan macam senyap je tiada aktiviti. Alah...segannya saya nak cari dia. Macam mana lah ni...

......

Kebelakangan ini, saya berjumpa dengan 2 orang yang mengkagumkan saya. Baiknya, sopannya, gentlenya...agak mengkagumkan saya.

Tapi...2-2 pun bukan milik saya. Satunya hatinya sudah milik orang lain. Satunya...nampaknya masih belum sedia untuk apa-apa. Oh..oh...tapi jangan di salah faham di sini ya. 2-2 nya mengkagumkan saya saja, tidak lagi menjadikan saya jatuh hati.

Cumanya...bila melihat dan merenung mereka...saya terfikir. Bilalah lelaki budiman sebaik mereka akan jatuh hati pada saya ya. Persoalannya sekarang, akankah mereka jatuh hati pada orang seperti saya?

Sudahlah kurang budiman, tak cukup pula serba serbi. Wah...macam mana saya nak mencukupkan diri agar menjadi pilihan hati sesiapa ya? agak susah juga mahu melengkapkan diri dalam keadaan semasa saya yang semakin merunsingkan hati dan fikiran ni ya...

.....

kebelakangan ini...saya selalu memerhatikan yang seorang ini. Lakunya kadang-kadang membuatkan saya tak mampu menglihkan pandangan mata dari melihat dia. Tapi, Tuhan sajalah yang tahu apa maksud pandangan saya. Yang pasti bukan kerana saya jatuh cinta.

Mungkinlah sedikit jatuh cinta. Jatuh cinta dengan baunya yang harum. NOTE : saya memang suka lelaki wangi. Kerana dia mandi okay, bukan kerana bau perfumenya.

Hari-hari berjumpa dan melihat dia, saya rasa seronok pula. Macam ada sesuatu pada dia yang tak puas ditenung. Tapi, serius ni, saya tak rasa apa-apa dia. Hanya seronok memandang, mencuci mata. Tak apalah kan...harap-harap dia tak marahlah...

Sebetulnya saya memang tak tahu apa isi hati dia. Malah saya tak pernah nak mengharap pun. Langsung tidak. Lagipun saya tak rasa dia ada perasaan apa-apa pada saya. Kita boleh tau kan kalau kita berkongsi rasa yang sama dengan seseorang. Tapinya, saya pun tak adalah rasa apa-apa, jadi apa pula yang mahu dikongsi ya?

Haha!! sudahlah...saya pun pening dengan ayat sendiri. Sudahlah juga. Seperti yang sudah diulang berkali2, hati saya sudah tak nak terima dengan semua ini. Otak saya pula dah malas nak fikir apa-apa yang berkaitan denga perkara ini. Jadi...biarlah masa yang menentukan.

Kalau pun mereka ada rasa apa-apa. biarlah mereka yang membuka kunci hati saya dengan ke'charming'an mereka. Saya malas nak buka kunci saya lagi buat masa sekarang.

......

No comments: