Sunday, October 31, 2010

aku...wanita dan kamu lelaki....

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya , 2. isterinya , 3.anak perempuannya , dan 4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya, 2. ayahnya, 3. anak lelakinya dan 4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu 2. puasa di bulan Ramadhan 3. taat suaminya dan 4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan

1. Biarkan posting ini tetap dalam facebook Tok Wan. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.

2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

AMIN.

Surah Al-Munaafiquun : Ayat : 9 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi. Ayat : 11 Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.

Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji.

Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.

Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.

Saturday, October 30, 2010

aku n overall...

overall
i'm good
stress
but okay
feeling relief
.
a lillte bit hurt hear n there
hope can heal fast
shold listen to explaination
do not understand why
tired with all of it
.
found something new
solat
to make sure
change
.
n don't care
let it be
don't think
n hurt again
for the thousand times
.
.
.

Thursday, October 21, 2010

aku n mari berkaraoke...

1. Kerispatih : Bila rasa ini rasamu...

Aku memang terlanjur mencintaimu
Dan tak pernah ku sesali itu
Seluruh jiwa rela ku serahkan
Mengenang janji setiaku

Kumohon jangan jadikan semua ini
Alasan kau menyakitiku
Meskipun cintamu tak hanya untukku
Tapi cobalah sejenak mengerti

Reff:
Bila rasaku ini rasamu
Sanggupkah engkau menahan sakitnya
Terkhianati cinta yang kau jaga

Coba bayangkan kembali
Betapa hancurnya hati ini kasih
Semua telah terjadi

Back to Reff:

Aku memang terlanjur mencintaimu

*dedicated to someone…dah buang dah. Xpe.. J

2. Kerispatih – Mengenangmu

Takkan pernah habis air mataku
Bila ku ingat tentang dirimu
Mungkin hanya kau yang tahu
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri

Adakah disana kau rindu padaku
Meski kita kini ada di dunia berbeda
Bila masih mungkin waktu berputar
Kan kutunggu dirimu …

Reff:
Biarlah ku simpan sampai nanti aku kan ada di sana
Tenanglah diriku dalam kedamaian
Ingatlah cintaku kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi

3. Kerispatih – Demi Cinta

Maaf, ku telah menyakitimu
Ku telah kecewakanmu
Bahkan ku sia-siakan hidupku,
Dan kubawa kau seperti diriku

Walau hati ini t'rus menangis
Menahan kesakitan ini
Tapi ku lakukan semua demi cinta

Akhirnya juga harus ku relakan kehilangan cinta sejatiku
Segalanya t'lah ku berikan
Juga semua kekuranganku

Jika memang ini yang terbaik
Untuk diriku dan dirinya
Kan ku t'rima semua demi cinta

Jujur, aku tak kuasa,
Saat terakhir ku genggam tanganmu
Namun yang pasti terjadi,
Kita mungkin tak bersama lagi
Bila nanti esok hari
Ku temukan dirimu bahagia
Ijinkan aku titipkan kisah cinta kita selamanya


*kepada someone yang pernah singgah. Juga dah lupa.

**by d way, memang tak nak ingat apa2…n I like all these songs because Keris Patih yang nyanyi, bukan sebab I nak kenang-kenang perkara sudah2. Buat sakit jiwa n badan wat apalah kan? Rite? :D

.

.

.

.

Tuesday, October 19, 2010

aku n quote sahaja..

*pinjam dari sebuah blog...

SEORANG lelaki bertanya bapa mentuanya:

'Ramai orang puji bapak kerana mampu mempertahankan perkahwinan bapak. Boleh tak bapak berkongsi dengan saya apakah rahsianya?'

Dengan tersenyum, bapa mentuanya pun menjawab:

'Jangan sekali-kali mengkritik isteri kamu kerana kekurangannya. Sentiasalah ingat bahawa kerana kekurangannya itulah, isteri kamu gagal mendapat suami yang lebih baik daripada kamu.'

Monday, October 18, 2010

aku n bila pagi yang macam tenang tiba-tiba jadi huru-hara sehingga menyebabkan jiwa kacau.




pagi-jam 5
bangun tidur n melayari internet sambil menyudahkan beberapa kerjaan (tenang)

pagi-jam6.30
bermandi manda dan bersiapan sambil sekejap-sekejap masih lagi melayari facebook (masih tenang)

pagi-jam 7.30
berura-ura mahu turun melihat keadaan dapur n pengsarapanan. tiba-tiba terdengar suara. tak jadi turun, masuk ke bilik secara senyap n update status facebook : sakit hati :

pagi-jam 8.10
memandu dengan tenang tapi otak masih lagi berfikir dan berfikir. hati masih bergelojak kepanasan. tiba-tiba "bam!" , kereta di langgar dari belakang. no plet jatuh, tak sempat selamatkan, dah pecah-pecah dilanggar kereta lain. kakak satria bersalah hulur RM20. hati sakit sebab bumper pecah sikit, tapi malas nak panjang citer. abaikan.

pagi-9.30
menghadap blog, menaip ketidakpuasan hati di pagi hari, sambil dalam hati, otak, seluruh badan masih lagi berfikir banyak perkata yang belum sudah.

kesimpulan : mencik. nak lari dari rumah, nak lari dari semua. nak pergi ke bulan tak nak jumpa semua orang dah. boleh x?
.
.
.
.
.

Thursday, October 14, 2010

aku n sesuatu kadang-kadang berat. macam gunung contohnya....

Wah..memang melampau, kebelakangan ini saya asyik menulis tentang orang lain sahaja. Bukanlah itu sahaja sebenarnya yang berlegar di kepala. banyk lagi perkara yang perlu difikirkan, banyak sangat perkara yang membebankan sebenarnya.

Kenapa rasa beban? Sebab saya masih belum berjumpa jalan keluarnya. Mungkin kerana saya pun tidak berusaha mencari jalan keluarnya. Saya malas. Dijangkiti virus M yang sangat besar, diasak pula dengan tekanan yang pelbagai, penyakit malas macam sengaja tak nak di ubati.

Realitinya, saya masih lagi bangun awal pagi. Saya masih lagi tidur lewat dan siangnya juga saya jarang tidur. Rutin biasa, berjaga 6 pagi, tidur 12-1 pagi. Malas kali ini bukanlah dipenuhi dengan tidur.

Sekarang ini, malas saya dipenuhi dengan aktiviti bersama mereka. Kerja lain, selesai mana yang patut, lain dah tak ada tambahan. Saya menyelesaikan semua perkara seringkan mungkin. Kemudian berdiam diri umpama semua kerja dah berjaya saya sudahkan dengan jayanya...yang sebenarnya belum....T__T

Pagi tadi, tekanan memuncak lagi. Selepas beberapa lama, tekanan itu datang sampai saya rasa nak lari jauh. Jauh sejauhnya sampai ke tempat yang tiada sesiapa pun kenal saya. Sebab saya malas nak fikir semua ini. Saya malas nak membebankan fikiran saya dengan tekanan semacam ini.

Cuma hari ini, dari tekanan yang pelbagai pagi tadi, soalan-soalan ini bermain-main di fikiran saya:
1. Kenapa ya...selama ini tak pernah ambil peduli, tiba-tiba kesah pula?
2. Selama hidup ini, saya memang sentiasa salahkah? Semua apa yang saya buat tak ada harga, tak ada nilaikah?
3. Kalau betul tak mahu beri saya 'perkara besar' itu, tak apa, saya redha. Cuma saya nak tanya, kenapa sanggup nak lihat saya binasa?
4. Saya betul-betulkah tiada makna dalam hidup semua?

Saya mengaku, sungguh, hidup saya tak akan sempurna tanpa semua. Saya mengaku juga, semua yang ada, memang menjadikan saya manusia beruntung. Tapi, kalaulah semuanya mahu di tarik balik, tak apa, saya redha. Ambillah, dan jangan peduli tentang saya. Selama ini, kalau saya sakit pun, tak ada yang pernah peduli, jadi kalau semua sudah nekad, tak apa, lepaskan saya, insyaAllah, saya akan cuba jadi kuat.

Soalan utama dari tekanan tadi : Salahkah saya mencari sedikit kebebasan? Saya tahu halal haram dan saya tidak pun melakukan apa-apa yang haram. Kenapa hanya dengan sedikit kebebasan yang saya minta, saya dicemuh, saya tidak di hargai...

See...sebab inilah saya malas berfikir. kalau berfikir, saya penat. Saya penat mengabdikan diri untuk kepuasan hati semua orang. Sudahlah, saya letih dengan semua ini. Titik.

.
.
.
.
.

Wednesday, October 13, 2010

aku n kebelakangan ini....


kebelakangan ini....

seperti semalamnya....sekarang, aku masih di sini lagi ni. Jam dah 8.48pm. Tak faham mengapakah masih di sini sdangkan sepatutnya sudah di rumah. emmm...

Entah la kenapa. Sejak kebelakangan ini, hati macam di tarik-tarik ke sini. Macam tak ada tempat lain nak di tuju. Balik rumah pun rasa macam malas sangat. Terasa sangat senang hati lepak di sini bersama mereka-mereka...

Currently mereka semua tiada. Semua ada urusan penting yang perlu dibereskan. Aku pulak masih setia di sini. Menanti dia lagi. Suka sangat menanti dia sekarang. Kalau tak jumpa dia dalam sehari agak menjadi resah juga hati ini ya.

Eh ye ke? ye ye je...

Kenapalah pulak nak meresah2 kan? tak faham konsep betul..huhuh.

......

kebelakangan ini, encik yang seorang itu...selalu pula saya berchat fb dengannya. Mungkin berpunca dari kelmarin. Puas saya mengadu macam-macam.

kebelakangan ini...

dah lama tak mendengar khabar sahabat saya...eh...ya jugakkan....manalah perginya sahabat baik saya yang seorang itu? Saya mahu tegur2 dia...dengan SMS atau FB lah...tapi macam rasa tak seronok. Sebab saya yakin masih belum ada masa yang free untuk jumpa dia.

Tapi, hari tu saya msg pun, dia diam je. Dalam fb pun kelihatan macam senyap je tiada aktiviti. Alah...segannya saya nak cari dia. Macam mana lah ni...

......

Kebelakangan ini, saya berjumpa dengan 2 orang yang mengkagumkan saya. Baiknya, sopannya, gentlenya...agak mengkagumkan saya.

Tapi...2-2 pun bukan milik saya. Satunya hatinya sudah milik orang lain. Satunya...nampaknya masih belum sedia untuk apa-apa. Oh..oh...tapi jangan di salah faham di sini ya. 2-2 nya mengkagumkan saya saja, tidak lagi menjadikan saya jatuh hati.

Cumanya...bila melihat dan merenung mereka...saya terfikir. Bilalah lelaki budiman sebaik mereka akan jatuh hati pada saya ya. Persoalannya sekarang, akankah mereka jatuh hati pada orang seperti saya?

Sudahlah kurang budiman, tak cukup pula serba serbi. Wah...macam mana saya nak mencukupkan diri agar menjadi pilihan hati sesiapa ya? agak susah juga mahu melengkapkan diri dalam keadaan semasa saya yang semakin merunsingkan hati dan fikiran ni ya...

.....

kebelakangan ini...saya selalu memerhatikan yang seorang ini. Lakunya kadang-kadang membuatkan saya tak mampu menglihkan pandangan mata dari melihat dia. Tapi, Tuhan sajalah yang tahu apa maksud pandangan saya. Yang pasti bukan kerana saya jatuh cinta.

Mungkinlah sedikit jatuh cinta. Jatuh cinta dengan baunya yang harum. NOTE : saya memang suka lelaki wangi. Kerana dia mandi okay, bukan kerana bau perfumenya.

Hari-hari berjumpa dan melihat dia, saya rasa seronok pula. Macam ada sesuatu pada dia yang tak puas ditenung. Tapi, serius ni, saya tak rasa apa-apa dia. Hanya seronok memandang, mencuci mata. Tak apalah kan...harap-harap dia tak marahlah...

Sebetulnya saya memang tak tahu apa isi hati dia. Malah saya tak pernah nak mengharap pun. Langsung tidak. Lagipun saya tak rasa dia ada perasaan apa-apa pada saya. Kita boleh tau kan kalau kita berkongsi rasa yang sama dengan seseorang. Tapinya, saya pun tak adalah rasa apa-apa, jadi apa pula yang mahu dikongsi ya?

Haha!! sudahlah...saya pun pening dengan ayat sendiri. Sudahlah juga. Seperti yang sudah diulang berkali2, hati saya sudah tak nak terima dengan semua ini. Otak saya pula dah malas nak fikir apa-apa yang berkaitan denga perkara ini. Jadi...biarlah masa yang menentukan.

Kalau pun mereka ada rasa apa-apa. biarlah mereka yang membuka kunci hati saya dengan ke'charming'an mereka. Saya malas nak buka kunci saya lagi buat masa sekarang.

......

Monday, October 11, 2010

aku n perasaan hati yang bercampur baur....



bak kat kak ngah...2 hari weekend ini kami berjumpa orang yang sama, tapi berlainan tempat.
hari sabtu:
-ke cheras-cousin kahwin, jumpa semua adik-beradik arwah ayah.
-kemudian ke kajang-jumpa uncle n cousins lagi

hari ahad:
-ke HUKM-uncle was admitted sebab demamnya semakin teruk-again jumpa cousins n uncle
-ke bangi-jumpa semua uncles and unties yang jumpa semalam masa kenduri

wah...memang bersemangat kami berlima berjalan. last nite balik ke rumah semua tumbang...hebat :)

selama dua hari berjumpa dengan ramai orang yang sangat mengambil berat tentang hidup ini...wat hati perasaan aku semua jadi bercampur baut. itu belum lagi campur perasaan yang berbolak balik sebab sepanjang 2 hari juga sangat hebat ber sms dengan abang romantis. urgh...

terasa atas bahu tergalas satu beban yang sangat besar. dalam hati pula ada pemberat yang sangat heavy. rasa letih, penat. bukan penat badan ke apa ke...tapi penat minda, penat jiwa sebab ada banyak sangat permintaan yang perlu dipenuhi, ada banyak hati perlu dipuaskan....

jadi penat sebab aku yakin sekali belum lagi mampu nak penuhi semua permintaan dan harapan yang menggunung bak gunung ledang itu. gunung ledangkah? ntah-ntah dah menjangkau ke gununf everest....manalah tau kan?

yarkh!! menci nak fikir ini perkara...tak suka!

.....

pinjam ayat dari seseorang lagi~~

"Meskipun kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti dan menyinggung hati orang lain kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka kerana hati yang terluka itu tetap akan terluka"

sebab semalam...hati sikit tercalar dengan seseorang. tapi...nampaknya seseorang pun mungkin sedang kecewa dengan orang lain, ,maka dia pun sampai hati mencalarkan jiwa saya...yarkh!! saya tak suka! menci!

.......

hari ini pula encik x kata my mom call him secara tidak sengaja. i wonder if he is telling the truth sebab i tak rasa my mom akan check previous number being called by me. by the way, my mom tak kan tahu la macam mana nak check. tak kan nak tanya my mom plak kan?

die boleh lak mengaku die kenal aku...yarkh!!!lagi satu bebanan perasaan yang mengkacau bilaukan hidup...menci nya!!

.....

oh..satu je tak menci. hari ini berjumpa lagi dengan bau mempersona...mengusik jantung hati..haha...lalala~~~

.....

Tuesday, October 5, 2010

aku n kerana kamu saya demam...


eceh! ye..ye... je kerana kamu, saya demam.

sikit adalah...


5 hari dihabiskan bersama kamu, saya sudah angaukan bau indah kamu.

2 hari duduk betul2 disebelah kamu lebih dari sejam tak bergerak2...sungguh, bau kamu dah melekat dalam minda, hati n jiwa saya.

sungguh..saya tergoda sekarang.
saya tergoda dengan kehadiran kamu.
kaki saya sentiasa membawa diri ke situ.
yang pasti, saya memang berharap kamu di situ.
sentiasa di situ menanti saya.
saya rasa saya sudah mula merindu semula
kali ini kepada kamu...


tapi,
saya tak tahu hati kamu.
saya takut.
saya takut nak tahu...
saya juga takut nak zahirkan apa dalam hati saya.
saya takut saya salah.
jujurnya...
memang saya takut.
saya takut dengan semua ini.
saya takut saya betul2 dah jauh hati.
saya takut saya luka lagi
saya takut banyaklah...
kamu
wo xi huan ni..:D

.....
nak tahu sesuatu?
saya rasa saya tak nak jumpa kamu sekarang
sebab saya khuatir saya akan peluk kamu.
sebab bau kamu dah memenuhi segenap ruang fikiran saya sekarang.
bau kamu...umpama nadi dalam setiap hembusan nafas saya...
(pergh..ayat jiwang tahap dewata...haha!!)
.
.
.
.
.