Tuesday, August 24, 2010

aku n kisah seorang lelaki dan tiga orang wanita.

1 orang lelaki : mohd Arif Hakimi (10 tahun)
3 orang wanita : Ibu, Nenek, Cik Na


situasi : sahur, 5.15am, 24 August 2010

kisah:

1lelaki ambil sekeping roti, mahu makan bersama 1 sosej. Cik Na datang, ambil lagi 1 roti, letak dalam pinggan dia.

Cik Na : makan banyak roti, nanti tak larat, tak boleh pergi sekolah.
1lelaki (angguk)

Ibu : makan banyak-banyak Kimi. Nanti tak larat lagi. Asyik ponteng je. Kimi tak takut ke? kalau kena buang sekolah macam mana? Dah banyak sangat Kimi ponteng sekarang. Ponteng memang senang. Kalau banyak-banyak ponteng, nanti cikgu marah, cikgu buang Kimi dari sekolah. Nak ke?
1lelaki (geleng secara perlahan sambil makan roti dan sosej)


Ibu : Ni mesti tak siap homework la ni, sebab tu tak nak pergi sekolah kan?
1lelaki : mana ada (dengan suara perlahan sayup-sayup)

Nenek : itulah, suka sangat makan sosej, daging burger. semua benda tu proses dengan mesin tahu tak? campur dengan darah-darah, bukannya basuh bersih-bersih semua tu. Tahu tak haram makan darah-darah tu? ini kita makan benda-benda proses tu, tak tahu apa isinya, macam mana dia buat.
1lelaki (makan semakin perlahan, tunduk semakin mencecah meja, muka dah monyok)

Nenek : ibu, nenek, cikna masak macam-macam tak nak makan. yang kami masak ni lagi berkhasiat. yang bersih2 nenek letak dalam makanan. Nasi pun Kimi tak nak makan.
Ibu : Haa...dengar cakap nenek tu. Ini, nasi pun tak nak makan. Macam mana badan nak kuat.
1lelaki (hati dah hiba, sayu, makin tunduk)

(Cik Na duduk di meja makan, bawa telur goreng,,apit dengan roti)

Ibu : Itulah Kimi, kalau tak ada yang ini tak nak sahur. Habis je sosej ni (ada lagi 4 ketul dalam fridge), ibu tak nak beli lagi dah. Kimi makan nasi je lepas ni. Kalau tak pun makan macam Cik Na tu je. Jangan nak pilih-pilih.
1lelaki (diam, tunduk, dahi dah nak mencecah meja)

(ibu bangun, ambil air masak kat dapur)
Cik Na : (dengan suara perlahan) Ingat kan Cik Na cakap semalam? kalau tak sekolah lagi hari ni, Cik Na balik kerja je, Cik Na bagi hadiah. Faham tak?
1lelaki (angguk kepala laju-laju-makin sedih)

-sambung bebelan nenek dan ibu dengan isi yang lebih kurang.
-Cik Na habiskan sayur nenek masak, letak 3 ketul carrot besar-besar dalam pinggan 1lelaki.
-1lelaki terpaksa makan semua yang diletak dalam pinggan dia (ikan bawal seketul. 2 keping roti, 1 sosej, 3 ketul carrot) dengan muka paling syahdu abad ini.

-situasi sahur pagi tadi. Punca bebelan daripada 3 wanita- Arif Hakimi tak sekolah petang semalam. in fact, dah banyak hari sepanjang bulan puasa ni, dia buat cuti sendiri. Penatlah, sakitlah.macam-macam.

-Fact lagi- kalau sahur n buka puasa, memang lebih kuranglah macam ni situasinya. Nak suruh dia makan, macam perang saraf. Sakit jiwa, hati dan perasaan ni nak suruh dia makan.

-ada tak tips untuk suh mamat ni makan banyak???

......





~hensem kan Arif Hakimi ni.. (^^)" ~

...

6 comments:

Fia Abas said...

ikat dia kt tiang..pastu sumbat mkanan byk2 dlm mulut dia..make sure dia telan...hahahaha best x idea aku?!!

inna hayati said...

gile zalim ye safiah abas :D

13may said...

jgn makan byk2...kang buncit perut :D

zinnera c said...

kekadang ada budak memang jenis tak berapa nak makan, tapi bila dah jumpa feveret tu, suka la dia. kena bagi dia cuba makan macam2, lepas dpt tahu faveret dia, bley la pelbagaikan menu dari feveret dia.

sumber: pengalaman waktu kecik dulu makan nasi dua hari sekali.

cuma jangan biasakan dengan makanan ringan la, sebab kurang nutrien =)

en_me said...

encemnyerrr.. ehehe

inna hayati said...

en.may;
xkan buncitnye. pipih badan pun sikit lebih kurang boleh buat confuse antara dia dengan papan lapis.

zinnera c;
makanan fav dia memang fast food n makanan ringan. xtau dah nak wat ape..T__T

en_me;
arif cakap..terima kasih :D