Tuesday, August 3, 2010

aku n ini serius…

Hidup aku betul-betul memang sedang berantakan sekarang.

Serius ni…bukan main-main dah. Aku pun tak pasti macam manakah mahu mengahadapi hari esok.

Dari semua segi, rasa-rasanya sudah parat hidung. Sampaikan aku ambik keputusan untuk tidur terus. Dah tak larat dah nak fikir jalan keluar.

Tersepit di sana-sini ni memang teramat menyakitkan sebenarnya kan? Terasa macam nak putus urat jantung segala.

Saat ini, aku cuma nak duduk diam-diam je. Tak nak fikir apa-apa, tak nak terlibat apa-apa. Harus tiba-tiba mode silent phone kembali semula dengan versi yang lebuih dasyat kalau cenggini lah gayanya.

Tapi…itulah…manalah sangat nak lari. Bumi ni kecik aje. Pusingannya pun cuma 365 hari.

Anak murid aku tanya tadi…'kenapa 365 hari cikgu? Kenapa tak beribu-ribu hari? Matahari tu kan besar?' haih…susah juga nak menjawabnya tu.isk.

Tekanan.stress.

Oh..oh..oh…tapi jangan risau. Aku masih senyum umpama hidup ini happy tiada apa-apa…yeay!


.

.

.

T______T

.

No comments: