Tuesday, August 24, 2010

aku n kisah seorang lelaki dan tiga orang wanita.

1 orang lelaki : mohd Arif Hakimi (10 tahun)
3 orang wanita : Ibu, Nenek, Cik Na


situasi : sahur, 5.15am, 24 August 2010

kisah:

1lelaki ambil sekeping roti, mahu makan bersama 1 sosej. Cik Na datang, ambil lagi 1 roti, letak dalam pinggan dia.

Cik Na : makan banyak roti, nanti tak larat, tak boleh pergi sekolah.
1lelaki (angguk)

Ibu : makan banyak-banyak Kimi. Nanti tak larat lagi. Asyik ponteng je. Kimi tak takut ke? kalau kena buang sekolah macam mana? Dah banyak sangat Kimi ponteng sekarang. Ponteng memang senang. Kalau banyak-banyak ponteng, nanti cikgu marah, cikgu buang Kimi dari sekolah. Nak ke?
1lelaki (geleng secara perlahan sambil makan roti dan sosej)


Ibu : Ni mesti tak siap homework la ni, sebab tu tak nak pergi sekolah kan?
1lelaki : mana ada (dengan suara perlahan sayup-sayup)

Nenek : itulah, suka sangat makan sosej, daging burger. semua benda tu proses dengan mesin tahu tak? campur dengan darah-darah, bukannya basuh bersih-bersih semua tu. Tahu tak haram makan darah-darah tu? ini kita makan benda-benda proses tu, tak tahu apa isinya, macam mana dia buat.
1lelaki (makan semakin perlahan, tunduk semakin mencecah meja, muka dah monyok)

Nenek : ibu, nenek, cikna masak macam-macam tak nak makan. yang kami masak ni lagi berkhasiat. yang bersih2 nenek letak dalam makanan. Nasi pun Kimi tak nak makan.
Ibu : Haa...dengar cakap nenek tu. Ini, nasi pun tak nak makan. Macam mana badan nak kuat.
1lelaki (hati dah hiba, sayu, makin tunduk)

(Cik Na duduk di meja makan, bawa telur goreng,,apit dengan roti)

Ibu : Itulah Kimi, kalau tak ada yang ini tak nak sahur. Habis je sosej ni (ada lagi 4 ketul dalam fridge), ibu tak nak beli lagi dah. Kimi makan nasi je lepas ni. Kalau tak pun makan macam Cik Na tu je. Jangan nak pilih-pilih.
1lelaki (diam, tunduk, dahi dah nak mencecah meja)

(ibu bangun, ambil air masak kat dapur)
Cik Na : (dengan suara perlahan) Ingat kan Cik Na cakap semalam? kalau tak sekolah lagi hari ni, Cik Na balik kerja je, Cik Na bagi hadiah. Faham tak?
1lelaki (angguk kepala laju-laju-makin sedih)

-sambung bebelan nenek dan ibu dengan isi yang lebih kurang.
-Cik Na habiskan sayur nenek masak, letak 3 ketul carrot besar-besar dalam pinggan 1lelaki.
-1lelaki terpaksa makan semua yang diletak dalam pinggan dia (ikan bawal seketul. 2 keping roti, 1 sosej, 3 ketul carrot) dengan muka paling syahdu abad ini.

-situasi sahur pagi tadi. Punca bebelan daripada 3 wanita- Arif Hakimi tak sekolah petang semalam. in fact, dah banyak hari sepanjang bulan puasa ni, dia buat cuti sendiri. Penatlah, sakitlah.macam-macam.

-Fact lagi- kalau sahur n buka puasa, memang lebih kuranglah macam ni situasinya. Nak suruh dia makan, macam perang saraf. Sakit jiwa, hati dan perasaan ni nak suruh dia makan.

-ada tak tips untuk suh mamat ni makan banyak???

......





~hensem kan Arif Hakimi ni.. (^^)" ~

...

Monday, August 23, 2010

aku n keliling-keliling...

~pernah tak naik atas ni?~

~ berbasikal ke bukit cerakah dengan fia~




Bila sebut banyak kali, lain macam pulak bunyi keliling tu ya..:D


Cita-cita bebrapa hari yang lepas nak taip entri hari2. Bila belek2 gambar dalam lappy, ada banyak sangat gambar-gambar yang menarik hati, yang telah disnap berdasarkan kejadian tertentu untuk di blog kan...tapi, itulah, orang kata...hangat-hangat tahi ayam. Last-last semua gambar pun terperuk saja dalam picture file. Ada lagi yang terperuk secara selamat dalam handphone, tak sempat tranfer-transfer lagi. Sigh....(^ ^)"


Terapi kurus sepanjang bulan puasa macam agak berjaya. Tak kuruslah...tapi maintain. Orang kata, kalau nak ubah sesuatu, kena ambil masa. Paling2 pun 40 hari. 30 hari puasa dah berlatih tak makan banyak-banyak, tambah lagi puasa sunat lepas raya…insyaAllah bolehlah teruskan usaha untuk maintain 'tak kurus tak gemuk*'. haha…
Emm…harap-harap jangan hangat-hangat saja semangat ini…amin… :D

*kena kurus lagilah…(^ ^)"

Wednesday, August 18, 2010

aku n 10 tanda dia jodoh kita....insyaAllah...

**entri kopi pes...~~


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad
Profile:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776

Wednesday, August 11, 2010

aku n jam 1 pagi…

"When you meet someone whom you really care about, it is really hard to walk away"

-Sarah Walker-

.

.

.

~happy fasting everyone~

Monday, August 9, 2010

aku n bila demam lagi...

semalam ahad.
semalam aku demam.

semalam...setelah lebih kurang 2-3 tahun tak demam dengan bersungguh-sungguh...semalam aku telah demam secara dasyat. aku jarang demam sehingga menyrbabkan tak boleh bangun, tak boleh bergerak. selalunya kalau demam, aku masih boleh pergi shopping. yeah...shopping.

tapi semalam...betul-betul tumbang. aku pun ingat-ingat lupa je kejadian semalam. macam ada bangun masak-masak sikit untuk d boys. tapi macam lupa.

semalam. pukul berapa tah my mom balik pun tak perasan. tahu=tahu je dah pagi hari ni. ingatkan bolehlah nak bergerak ke mana-mana pagi ni. pergi kerja contohnya. tapi nampaknya impak semalam agak dasyat.

hari ni...mata aku macam nampak bintang-bintang. berjalan sekejap pun nampak bintang-bintang. sekejap tadi berchatting dengan sahabat pun boleh rasa nak muntah.

hari ni...masih lagi tak boleh nak makan apa-apa seperti semalam. terasa macam nak keluarkan balik semua benda yang masuk ke mulut...

hari ni...nampaknya....melepak di rumah sajalah saya...huhu...=((

.
.
.

ah...demam memang ujian. semoga terampun lah dosa-dosa kecil.

almaklumlah...dah nak puasa. selamat berpuasa semua...semoga ramadan kamu semua dilimpahi rahmat dan kita semua sama-sama merebut peluang menambah pahala berganda-ganda bulan ini...

amin...:D
.

Tuesday, August 3, 2010

aku n alhamdulillah...





Wah..terasa nak sujud syukur sekarang.


Alhamdulillah, semua perkara berjaya diselamatkan. Perasaan nak menghilangkan diri secara besar-besaran semalam sudah hilang.


Terima kasihlah pada pakcik lab yang masih guna window xp ni. Ntahkan sebab window xp, ataupun sebab apa, yang pasti segala-galanya berjaya diselamatkan semula.


Semalam aku rasa macam tunggang langgang semuanya. Bayangkanlah semuanya hilang macam tu saje. Terkedu aku sekejap tengok semuanya hilang tanpa dapat dikesan. Kawan-kawan kata, that’s it. Habis dah la tu. Dah tak dapat buat apa-apa. Nasib baiklah ada perasaan aku nak try dalam lab yang tak update ni. Ada sebab kenapa hati aku dari semalam tertarik-tarik nak masuk lab ni…


Dan sekarang aku memang rasa…window xp yang paling best dan mudah. Vista sangatlah berat n tak compatible dengan banyak benda, dan amat mensakitkan hati, jiwa dan perasaan.


Okaylah…aku tak try lagi window7 yang baru tak de la nak baru sangat ni…akan dicuba nanti. Siapa tau nak format lappy camne? Boleh upgrade je kan dari window vista tu ke window7? Siapa tau caranya…roger aku oke :D

..........






aku n ini serius…

Hidup aku betul-betul memang sedang berantakan sekarang.

Serius ni…bukan main-main dah. Aku pun tak pasti macam manakah mahu mengahadapi hari esok.

Dari semua segi, rasa-rasanya sudah parat hidung. Sampaikan aku ambik keputusan untuk tidur terus. Dah tak larat dah nak fikir jalan keluar.

Tersepit di sana-sini ni memang teramat menyakitkan sebenarnya kan? Terasa macam nak putus urat jantung segala.

Saat ini, aku cuma nak duduk diam-diam je. Tak nak fikir apa-apa, tak nak terlibat apa-apa. Harus tiba-tiba mode silent phone kembali semula dengan versi yang lebuih dasyat kalau cenggini lah gayanya.

Tapi…itulah…manalah sangat nak lari. Bumi ni kecik aje. Pusingannya pun cuma 365 hari.

Anak murid aku tanya tadi…'kenapa 365 hari cikgu? Kenapa tak beribu-ribu hari? Matahari tu kan besar?' haih…susah juga nak menjawabnya tu.isk.

Tekanan.stress.

Oh..oh..oh…tapi jangan risau. Aku masih senyum umpama hidup ini happy tiada apa-apa…yeay!


.

.

.

T______T

.

Monday, August 2, 2010

aku n love...come back!!

way back into love...

I've been living with a shadow overhead
I've been sleeping with a cloud above my bed
I've been lonely for so long
Trapped in the past, I just can't seem to move on

I've been hiding all my hopes and dreams away
Just in case I ever need em again someday
I've been setting aside time
To clear a little space in the corners of my mind

All I want to do is find a way back into love
I can't make it through without a way back into love
Oh oh oh

I've been watching but the stars refuse to shine
I've been searching but I just don't see the signs
I know that it's out there
There's got to be something for my soul somewhere

I've been looking for someone to shed some light
Not somebody just to get me through the night

I could use some direction
And I'm open to your suggestions

All I want to do is find a way back into love
I can't make it through without a way back into love


And if I open my heart again
I guess I'm hoping you'll be there for me in the end
oh, oh, oh, oh, oh

There are moments when I don't know if it's real
Or if anybody feels the way I feel
I need inspiration
Not just another negotiation

All I want to do is find a way back into love
I can't make it through without a way back into love


And if I open my heart to you
I'm hoping you'll show me what to do
And if you help me to start again
You know that I'll be there for you in the end
oh, oh, oh, oh, oh

~~~

yup...all i want is now to find back a love...ah...bicara karat sungguh !

macamlah mencari love itu umpama jumpa si charming di tepi jalan dan berkata : " hai kamu, mahukah kamu menjadi temanku? "

haruslah si charming angkat kaki, lari lintang pukang...keh!keh!keh!

sudahlah. bermimpi sahaja mahu mencari love.cinta.

hidupku yang terlampau penuh ini....adakah ruang untuk kamu?

tiada...aku rasa amat payah untuk mengadakan masa itu....

tapi...manalah tahu...mungkin boleh ada...

ah!sudahlah.hentikan.

titik!

.

.

.

.....