Friday, July 30, 2010

aku n janji.







"Wanita-wanita yang tidak baik adalah untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah buat wanita-wanita yang tidak baik (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)"


(An-Nur 26)




Janji Allah itu pasti.

Friday, July 23, 2010

aku n waking up at nite…



Lama dah aku tak bangun malam macam ni. Yup, sekarang jam menunjukkan jam 4:07 am. Aku ada sikit kerja nak settle. Tapi tak sangka aku berjaya sungguh-sungguh buka mata n berjaga menyiapkan kerja. Aku jarang berjaya macam ni. Selalunya, ye ye je alarm menyanyi-nyanyi. Aku buka mata, off hand phone n ping!tido balik…hehe.


Tapi, sejak kebelakangan ni aku memang selalu terjaga awal. Bangun pagi dengan keseksaan sebab rasa macam tak cukup tidur..haha. tapi, terpaksa gagahkan diri, buka mata pegi mandi demi tugas yang sedang dipikul.


Kadang-kadang aku rasa nak quit je nak teruskan apa aku buat sekarang. Tapi, rasa-rasa berbaloi ke? Melihatkan keadaan masa hadapan, aku rasa kena bertahan dan stay lagi. Tapi, memerhatikan tekanan dari sekeliling, aku rasa macam nak quit je. Letihla menghadap tekanan hari-hari.


Bak kata a friend of mine…asyik-asyik tekanan, asyik-asyik tekanan. Lepas tu tertekan…silap hari bulan, boleh jadi pendek aku sebab kena tekan je…haha! Logic ke? Manusia memendek…ermm….musykil sekejap. Haha!


Bosan baca entri aku kebelakangan ni…lagi-lagi cerita stress kan? Tapi…begitulah. Memang banyak sangat stress sekarang ni. Sampai aku rasa menyampah lak. Itu yang kadang-kadang rasa nak quit je. Tapi macam tak patut pula kan? Entahla ya…


Sudahlah…kembali kepada kerja.


~~




……

Tuesday, July 20, 2010

aku n tutup ke tak???

Berperasaan macam nak tutup je blog ni.

Sebenarnya, tujuan aku menulis blog dulu-dulu adalah kerana aku mahu bercerita sesuatu yang aku tak ceritakan pada sesiapa yang rapat dengan aku. Specially family lah…

Yup. Aku dalah salah seorang antara mereka-mereka yang: watak di rumah lain, watak di luar rumah juga adalah lain. Aku memang jarang berkongsi apa yang berlaku pada aku sehari-hari dengan family.

Puncanya? Aku berasakan hidup aku kurang bebas kalau semua perkara di ketahui oleh mereka. Dan, alhamdulilah…family pun tak pernah bertanya apa aku buat, dengan siapa aku berkawan.

Sebetulnya, bukan sahaja dengan family, malah dengan kawan-kawan sekeliling juga, aku tak suka ada yang tahu apa aku buat. Aku jarang suka kalau ada yang bertanya ke mana aku pergi, apa aku buat...sebab kadang-kadang perbuatan sebegitu terasa begitu annoying.

Jujurnya, kebelakangan ini aku amat gemar sekali mendiamkan diri. Menyorok. Sebab itu blog jadi sunyi, facebook juga tak di update, handphone juga di silent. Sebab aku berasa kehidupan sekarang terlampau di expose. Ramai sangat orang yang berpusing-pusing di keliling aku dan mengambil tahu apa yang berlaku. Jadi, aku berasa macam sepatutnya aku berdiam. Senyap tidak bersuara.

Selalunya jarang ada orang yang betul-betul faham apa yang bermain dalam minda aku. Terkadang aku senyap, disangka aku tengah marah, sedangkan aku sedang termenung, mengantuk, penat. Tapi, sebetulnya...memang kalau aku rasa ada yang tidak menyenangkan, aku akan diam. Sebab aku malas berkata-kata, yang mana berkata-kata itu mungkin akan menyebabkan orang lebih terluka.

Kebelakangan ini, memang aku suka diam. Diam kerana kepenatan. Diam kerana pusing memikirkan banyaknya perkara yang aku belum siapkan. Diam kerana terlampau mengantuk sebab sebelum ini bolah tidur dengan banyak, sekarang kena bangun awal hari-hari.

Selebihnya aku diam sebab banyak sangat perkara yang menghantui fikiran. Diam sebab aku berasa apa yang aku buat sekarang ini kurang betul. Diam sebab aku rasa kehidupan aku sekarang ini terlalu menyusahkan dan tidak menggembirakan. Diam kerana sedang mencari jalan bagaimana untuk menjadi gembira, ceria, senyum seperti dulu-dulu.

Aaahhh....banyak sangat perkara yang membuatkan aku diam sekarang ini.

Berbalik kepada penutupan blog, gara-gara facebook, aku dah ‘ter’ linkkan facebook kepada blog aku. Jadi, bila update apa-apa di facebook, semua kenalan, keluarga jadi boleh tahu apa aku buat. Terasa lemas perasaan, jiwa dan raga bila tak boleh merapu meraban dalam blog sendiri ni.

Jadi...patut atau tidak aku tutup blog ini?

Tapi aku sayang...sayang dengan semua coret-coret merapu aku sejak beberapa tahun mengenal blog. Sayang dengan kawan-kawan blogger yang terkadang memberi macam-macam pengajaran dalam hidup aku. Sayanglah...

Macam mana ya??? L

Saturday, July 17, 2010

aku n menyepi tiada berita…

Seingat-ingat aku, sejak beberapa bulan yang lepas aku dah terkena penyakit silent handphone. Secara tiba-tiba jadi menyampah dengan bunyi-bunyian dari handphone. Selama itulah juga aku rasa hidup aku tenang, aman, damai, bahagia…

Aku pun sebenarnya dah tak tau apa yang nak di share dengan semua di blog ni. Busy tu…tak adalah sangat. Penat tu ya.

sekarang aku tengah sibuk. Siang, petang, malam, tengah malam…macam2 benda muncul dan menuntut perhatian. Kadang-kadang terfikir…apsalla aku sibuk sangat…sampai kadang-kadang mencapai tahap kurang faham dengan diri sendiri…ah sudah. Masalah ni…L

lemas dalam udara…bak lagu ning :D

…..