Tuesday, March 2, 2010

aku n menjawab soalan...

lama..sangat lama aku menyepi.
haha..cewah. macam la ada yang akan terjah2 membaca kan :D

anyway, entri pagi tadi sudah dismpan as a draft. mak kata sabar je lah...so i rasa, sabar jugalah...i pun malas nak panjang-panjang cerita. bak kata orang, benda kecik aje.
cuma kadang-kadang hati kecil sangat teringit nak shout out kat depan muka sang pesalah agak sedar kesalahan sendiri... :((

oh..berbalik pada tajuk. menjawab soalan Nani...dah lama dah Nani tanya, baru saja terbaca...:(

for the last two weeks, i've been very busy ke hulr, ke hilir memenuhkan segenap ruang masa dalam jadual seharian. memang sangat busy. kalau tak di sekolah, di tempat kerja, kalau tak di tempat kerja, di rumah, tapi sangat busy sampai tiada masa menonton tv. kalau tak di rumah, maka ada di satu tempat yang agak jauh dari shah alam.

sebab? saya pergi kursus. dua minggu berturut2 ada kursus sampai tiada masa menguruskan hidup. sangat tunggang langgang dan amatkucar kacir hidup saya. basuh baju malam, pagi jemur, balik sekolah baru angkat, esok lusa barulah sempat lipat. yang lain? tak usah ceritalah. dalam sejarah okay, sempat masak nasi n lauk n sayur untuk seisi rumah selama setengah jam sahaja. (latihan menjadi isteri solehah yang sangat bagus..haha...)

kursus saya ke mana?

dua minggu yang lepas saya ke kuantan. 'Advance Communication Skill Workshop' namanya. happen at Kuantan. Sangat lama tak naik bas melalui perjalanan jauh merentas terowong di genting sempah. lama juga tak sampai ke tanah tumpah peluh sewaktu diploma. wa sangat rindu. tapi tak nampak pun Kolej itu...cuma lalu sahaja di tepi masjid tepi kolej. bandar pun tak lalu...huhu. tak apalah, lain kali la pulak berkunjung ke sana. bersama yang tersayang perhaps... :D (ahaks..gediks!)

minggu lepas pula namanya 'Kursus Pengurusan Organisasi' di Bagan Lalang, Sepang...berhampiran Gold Coast yang ada ramai guard india yang perasan macam best, tak nak bagi kami lalu2 tepi gold coast macamlah kami ni nak tanam periuk api kat laman gold coast tu....sengal amat! haha...

anyway, kedua-duanya experience yang amat seronok dan memorable. dan kedua-duanya di tepi pantai, berangin sepoi-sepoi bahasa...pokok2 nan menghijau...rasa macam nak terus stay kat sana je... :D .

dan lebih menarik, dalam dua-dua program, group yang ada saya menang dan jadi kumpulan terbaik sepanjang prog. sangat puas hati tengok hamper tinggi menggunung. haha...okay, memanglah tak adil, saya yang selalu buat program, tiba-tiba masuk jadi peserta, memanglah boleh menang. tapi...kalau ahli kumpulan tak best, pun tak guna juga kan?

kedua-dua program saya dapat team mate yang best sangat n betul2 happening. dengan cheers yang sangat bersemangat. kerjasama yang sangat baik. sangat mengujakan. oh...sangat seronok saya rasa 2 hujung minggu saya yang lepas ini. macam lupa sekejap dengan semua masaalah2 yang melanda kehidupan seharian.. (oh..oh..tapi sekarang semua sudah kembali semula dalam kehidupan.. :(( ...huhu...)

cumanya, saya dah terlepas 2 wedding kawan2 sekolah menengah saya. harap-harap mereka datanglah bila saya wat kenduri kawin saya pula nanti...(entah bila pun tak tau...dengan siapa???!!! lagilah tak tau...hahahaha...)

okay, kelas dah nak mula...okay.betul saya menaip entri i masa senggang sementara menunggu kelas bermula...kesian kan?

tapi saya suke busy, sebab busy buat saya jadi happy. kalau tidak nanti saya termenung soang-sorang tiba-tiba nak berjurai2 air mata lagi kan? hish..tak maulah.

okay...senyum semua :D

......

No comments: