Tuesday, March 30, 2010





Why go through all the complications of dating a bad boy when you could just be with a good old fashion nice guy? He’ll always be there for you when you need him (even if you don’t ask), he’ll cheer you up when you’re down, he’ll play violin for you in the middle of the... forest, and he’ll give you sage-like words of wisdom on Life and Love. He’s one yummy fortune cookie.


*suka amat dengan watak dalam BBF ini.

*suka amat juga dengan pelakon lelaki ini.


*tapi...lagi amat2 suka dengan ciri2 lelaki ini!! yeay! :D


......

Friday, March 26, 2010

aku n menangis itu satu anugerah :D




Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?"
"Kerana ibu seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"


Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun , harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"


"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.. .
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


Kamu tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada.


…..


~~kerana saya adalah wanita ~~




…..

Wednesday, March 17, 2010

aku n hari itu datang lagi…


Birthday.
Again.
Kosong.
…..
Kerana jasad ini satu.
Mohon ia tetap berdiri di situ.
Kerana jiwa ini satu.
Mohon ia tabah selalu.
Kerana nyawa ini satu.
Mohon ia sentiasa bernafas untukMu.
Kerana hati ini satu.
Ku mohon ya Allah…
Temukanlah aku dengan yang satu itu.
…..
Hanya kepadaMu ku berserah.
Dan memohon pertolongan…amin.
…...

Thursday, March 11, 2010

aku n apakah la???

kenapa ya?
kamu nampak saya macam nak sangat ke?
kamu rasa saya macam teringin sangat ke?

maaflah. kamu silap.
sangat silap.

mungkin,
sebab saya selalu sangat nyatakan di mana-mana,
sebab saya selalu tulis macam nak sangat ye?
sebab saya baru kehilangan.

jadi kamu rasa saya macam hadap sangat?

maaf,
kamu silap besar.

saya memang menanti,
hari-hari saya memang tak putus berdoa pada Tuhan.
hari-hari saya harap cepat-cepat dipertemukan.

tapi,
saya pun ada hati tau.

apa?
kamu ingat saya ni bakul sampah?

saya bukan bakul sampah
apatah lagi anjing
apatah lagi desprate

sangatlah TIDAK!

sebab,
saya sangat pasti dengan rezeki Tuhan

kalau kamu nak kata-kata saya
suka hati
saya tak kesah
TAK TERKESAN LANGSUNG!
sebab saya pasti dengan hati saya
sangat-sangat pasti

terima kasihla sebab provoke saya
terima kasihla jadi kurang ajar
saya bukan kesah sangat pun apa awak fikir
awak bukanlah siapa-siapa pun pada saya
awak cuma secebis kuman bawah tapak kaki saya

saya bukan perempuan tak tahu malu okay
kalau kamu tegur-tegur saya setakat nak berlagak macamlah kamu itu
raja sekalian manusia
pergilah!
saya tak hadap langsung kawan ngan kamu

oh ya
saya pun ada maruah
saya pun ada harga diri

anjing?
itu binatang haram
kalaupun awak kata itu gurauan
tidak pada saya

serius, itu sangat tak menghormati manusia
apalah guna kamu ada kerja macam itu?
umpama kamu alim sangatlah?
umpama kamu hebat sangatlah?

sudah
kalau kamu rasa nak berlagak macamlah saya kejarkan kamu sangat
tak payah berangan
kamu
lagi sekali saya beritahu
cuma kuman bawah tapak kaki saya
faham??!!

harap kamu faham

sudah.

titik

.......

*saya bukan desprate sangat.
*hidup saya sangat busy untuk sebarang komitmen
*sila jangan rasa diri anda sangat bagus
*sebab Allah yang paling berkuasa

......

Sunday, March 7, 2010

aku n pangeran mat jiwa…

~jiwa-jiwa di malam hari..~

-tribute to Safiah Abas n me…hehe..-

Separuh jiwaku pergi by Anang

Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati
Dengan sadarmu
Kau tinggal aku

Reff:
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

.

.

.

.

.

Ya, saya sedang mencari separuh jiwa saya….hadirlah cepat….~~


 

……..

Friday, March 5, 2010

Aku n kereta ku yang tercinta..

"tertanya-tanya...apa aku nak buat ngan kereta yang langgar kereta aku tu???

langgar balik?

calarkan?

conteng ngan marker yang tak boleh padam?

pecahkan cermin kereta?

atau wat bodoh je?

argh.....!!! aku tak tau nak marah apa????"

Geram!!

My car dilanggar lagi…isk..isk…. Bumper sudah jatuh.

Okay…bumper tak de la jatuh, tapi agak teruk juga keadaannya. Plat number repih2 dan terbelah 3.

Tapi…saya tak mau betulkan. Biarkan saja dia berkeadaan begitu. Zaman-zaman 'miskin' macam ni saya memang sayang amat sama en.fulus. nantilah…tukar dengan bumper-bumper sekali, ketuk2 sket mana-mana yang terpenyek tu…

Ada la seorang makhluk Tuhan ni yang tolong bagitau siapakah penjenayah. He/she tulis note, no plet keter manusia tak bertanggungjawab yang tolak satu kereta lain ke arah kerata saya yang menyebabkan bumper itu cedera.

Sangat banyak thanks kepada en@cik saksi tersebut. :D

Tapi…apa aku nak buat kalau aku jumpa tuan punya kereta tu? Setakat sekeping kertas, takkanlah dia nak mengaku, betul tak???arh…buntu…

Emm…bantuan..bantuan..tolong saya….

Padahla..semalam sebelum kuar rumah lupa nak baca ayat kursi, lupa nak baca doa. Padam muka….

Thursday, March 4, 2010

aku n lappy…ku tercinta..oh!

1.11 am

Entah berapa malam dah aku berjaga sampai jam 3-4 pagi. Penangan pergi kursus tak tidur sampai pagi. Lepas siang dah macam zombie..huhu…so, apa mahu cerita hari ini ye???

Umm…minggu lepas en.lappy sakit. Tak pasal-pasal aku kena berhabis sampai RM300 sebab kena tukar hard disc baru. Ada beberapa perkara yang tak best melanda:

  1. Lappy jadi sangat sensitive. Masuk external hard disc, tibe2 je lappy padam. Berat sangat kah?
  2. Cepat sangat panas tahap melampau. Tapi berlaku di setengah2 tempat je. Depan tv selalu la jadi panas macamlah kene jemur tengahari terik. Nih aku bawak masuk bilik, eh?elok pulak dia tetibe jadik sejuk. Ngade aih. Takkanla lappy pon kene letak kat suhu sekian2 pulak? Isk.muskil aku.
  3. Aku rasa dah tak happy ngan lappy sebab lappy sangat kosong n aku pulak malas bercampur takut nak simpan apa-apa, takut2 dia jam lagi. Ummm..camne?
  4. Ini kisah paling sedih. Aku tak mintak nalik pun hard disc yang lama tu. My friend baru je bagitau tadi, hard disc tu boleh ambik balik, buat external hard disc…sangat pilu hati aku tau. Dah lah mahal hantar repair, rugi pulak tu…wawawa….sape nak tolong aku ni???
  5. Repair ngan duit sendiri, padahal dipakai oleh ramai orang. Dahla tengah miskin amat nih…lagi siapa nak tolong aku nih???? L(
  6. Kecewa
  7. Sedih
  8. Sikit pun tak rasa seronok
  9. Nak bukak lappy sekarang macam sangat berhati-hati sebab takut lappy rosak lagi
  10. Tapi sendiri je yang jaga umpama kesayangan, tak boleh calar sikit pun, tapi…orang lain pakai umpama lappy adalah kereta kebal boleh langgar-langgar…wawawawa…sangat hiba hati saya
  11. Habis

L

…….

Esok ada 2 kuiz akan berlangsung. Habislah…keadaan sangat kucar kacir. Sangat tunggang langgang sekarang ini. Hari ini dengan selambanya aku tak pegi meeting umpamalah aku nih presiden persatuan suka hati aku la nak buat apa…sigh….durhaka pada presiden. Mesti semua orang marah punyalah…huhu..

……..

Cuba tengok tajuk. Ada kawan bagitau aku tadi, aku selalu cakap terbalik. Means macam letak 'tapi' kat belakang,

contoh : malas nak pegi kelas, tapi esok ada kuiz maka kena pergi

aku akan cakap : esok kene juga pergi kelas sebab ada kuiz, macam malas tapi….

Haha..aku baru perasan. Betullah, manusia bukanlah kenal sangat pada diri sendiri. 20% je mungkin (cakap terbalik lagi…haha..:D)

…….

Okay, sudah…selamat malam@pagi semua. Mata seya sudah sembap umpama beruang panda, tapi masih ada kerja perlu dibereskan…huhu…

Teruskah usaha Ina! Yeah!!

Nite all..da…~~


 

……..

Tuesday, March 2, 2010

aku n menjawab soalan...

lama..sangat lama aku menyepi.
haha..cewah. macam la ada yang akan terjah2 membaca kan :D

anyway, entri pagi tadi sudah dismpan as a draft. mak kata sabar je lah...so i rasa, sabar jugalah...i pun malas nak panjang-panjang cerita. bak kata orang, benda kecik aje.
cuma kadang-kadang hati kecil sangat teringit nak shout out kat depan muka sang pesalah agak sedar kesalahan sendiri... :((

oh..berbalik pada tajuk. menjawab soalan Nani...dah lama dah Nani tanya, baru saja terbaca...:(

for the last two weeks, i've been very busy ke hulr, ke hilir memenuhkan segenap ruang masa dalam jadual seharian. memang sangat busy. kalau tak di sekolah, di tempat kerja, kalau tak di tempat kerja, di rumah, tapi sangat busy sampai tiada masa menonton tv. kalau tak di rumah, maka ada di satu tempat yang agak jauh dari shah alam.

sebab? saya pergi kursus. dua minggu berturut2 ada kursus sampai tiada masa menguruskan hidup. sangat tunggang langgang dan amatkucar kacir hidup saya. basuh baju malam, pagi jemur, balik sekolah baru angkat, esok lusa barulah sempat lipat. yang lain? tak usah ceritalah. dalam sejarah okay, sempat masak nasi n lauk n sayur untuk seisi rumah selama setengah jam sahaja. (latihan menjadi isteri solehah yang sangat bagus..haha...)

kursus saya ke mana?

dua minggu yang lepas saya ke kuantan. 'Advance Communication Skill Workshop' namanya. happen at Kuantan. Sangat lama tak naik bas melalui perjalanan jauh merentas terowong di genting sempah. lama juga tak sampai ke tanah tumpah peluh sewaktu diploma. wa sangat rindu. tapi tak nampak pun Kolej itu...cuma lalu sahaja di tepi masjid tepi kolej. bandar pun tak lalu...huhu. tak apalah, lain kali la pulak berkunjung ke sana. bersama yang tersayang perhaps... :D (ahaks..gediks!)

minggu lepas pula namanya 'Kursus Pengurusan Organisasi' di Bagan Lalang, Sepang...berhampiran Gold Coast yang ada ramai guard india yang perasan macam best, tak nak bagi kami lalu2 tepi gold coast macamlah kami ni nak tanam periuk api kat laman gold coast tu....sengal amat! haha...

anyway, kedua-duanya experience yang amat seronok dan memorable. dan kedua-duanya di tepi pantai, berangin sepoi-sepoi bahasa...pokok2 nan menghijau...rasa macam nak terus stay kat sana je... :D .

dan lebih menarik, dalam dua-dua program, group yang ada saya menang dan jadi kumpulan terbaik sepanjang prog. sangat puas hati tengok hamper tinggi menggunung. haha...okay, memanglah tak adil, saya yang selalu buat program, tiba-tiba masuk jadi peserta, memanglah boleh menang. tapi...kalau ahli kumpulan tak best, pun tak guna juga kan?

kedua-dua program saya dapat team mate yang best sangat n betul2 happening. dengan cheers yang sangat bersemangat. kerjasama yang sangat baik. sangat mengujakan. oh...sangat seronok saya rasa 2 hujung minggu saya yang lepas ini. macam lupa sekejap dengan semua masaalah2 yang melanda kehidupan seharian.. (oh..oh..tapi sekarang semua sudah kembali semula dalam kehidupan.. :(( ...huhu...)

cumanya, saya dah terlepas 2 wedding kawan2 sekolah menengah saya. harap-harap mereka datanglah bila saya wat kenduri kawin saya pula nanti...(entah bila pun tak tau...dengan siapa???!!! lagilah tak tau...hahahaha...)

okay, kelas dah nak mula...okay.betul saya menaip entri i masa senggang sementara menunggu kelas bermula...kesian kan?

tapi saya suke busy, sebab busy buat saya jadi happy. kalau tidak nanti saya termenung soang-sorang tiba-tiba nak berjurai2 air mata lagi kan? hish..tak maulah.

okay...senyum semua :D

......