Sunday, February 7, 2010

aku n berkenaan dia.

Waahhhh...sangat lama aku tak menaip di dalam blog ini.

*menulis ini sebagai ingatan, pulang ke rumah jam 1 pagi, dihantar oleh dia. aku mahu itu berada di dalam kenangan kerana Tuhan sahaja yang tahu apakah percaturan hidup ku di masa hadapan.

It has been two weeks since I meet him. Dua minggu untuk aku membetulkan emosiku. Kadang-kadang sampai aku tidak sedar betapa aku ini begitu lemah.

Menangis di tepi jalan dalam renyai hujan setelah pertemuan 2 minggu yang lepas. Menangis bersungguh-sungguh hanya kerana kereta kena clamped. Menangis tepi padang macam drama hanya kerana tak ada orang teman pergi bayar saman. Menangis beria-ia hanya kerana macam-macam perkara yang remeh. Sangat lemah sampaikan tak percaya diri sendiri mampu menumpahkan air mata dengan sebegitu banyak. Ya, menangis dan menangis...

Hari ini, kami bertemu lagi. Dan hari ini, aku meluahkan segalanya...semua yang tersimpan dalam hati ini sekian lama. Selama setahun lebih. Tanpa menangis lagi.

Dia, mengesahkan kehadiran seorang yang lain. Sejujurnya memberitahu semuanya. Entah jujur atau tidak, biarlah dia saja yang tahu...

Aku, menerima semuanya dengan terbuka. Aku tak mahu menjadi orang ke-3. Kerana gadis itu, lebih malang nasibnya. Lebih lemah hatinya.

Aku, bukanlah manusia kejam yang mahu menyakiti hati gadis yang lain. Maka aku tidak mahu memiliki dia dengan menyakiti hati orang lain.

Aku, hari ini, menyatakan hampir semua isi hati aku padanya. Semua yang tidak pernah aku katakan dulu sebab aku tau, dia tidak mungkin kembali padaku. Kerana aku sudah pasti, sejak Mac yang lepas, separuh jiwaku itu memang sudah di bawa lari.

Aku, hari ini, amat menyedari betapa dia, tidak pernah mengerti isi hati ini.

Aku, hari ini, mungkin sekali lagi menunjukkan egoku pada dia. Menunjukkan betapa aku tidak mahu kalah. Betapa salahnya dia kerana tidak pernah melihat aku seperti sepatutnya dia melihat aku dari sudut itu.

Aku, tetapi, hari ini juga memahami, mengerti, malah sedar diri, yang dia memang tidak pernah meletakkan aku di tempat yang sepatutnya.

Aku, sekarang ini, saat ini, hanya memahami satu...dia hanya sayang padaku kerana kematangan dan kebudak2an ku. Dia tidak pernah menyayangiku lebih dari itu.

Aku, hari ini, memujuk hati yang terkilan kerana dia tidak menunggu lama untuk mencari yang di sana. Terkilan kerana dia amat yakin jodohnya di sana.

Aku, saat ini, harus mengajar diri, mencari separuh jiwaku dan mengharap dikembalikan semula padaku. Mungkin bukan dari tangannya. Mungkin dari tangan yang lain, yang boleh memenuhkan gelas itu dengan cinta, sayang dan kasih yang lain. Yang aku tunggu selama ini mungkin...

Aku, hari ini, belajar;

"On love, I can say is this: one has to accept the goods and the bads of the other person nevertheless and to love him/her anyway..." (Quote from somewhere)

4 comments:

green apple said...

Maybe there will come a day, when the heartbroken part will finally die and feeling strong with a heart reborn.

Pray hard.

Been there, at I know it hurts.

NAzzXXra said...

rosse..

tabik spring kat ko for having the guts to spill it out!!!

seriously, aku sendiri pun tak berani nak luahkan perasaan kat orang yang aku suka unless he start the move.

btw, peluk cium kamu.

you have to meet the wrong guy first, before you know he's the one for u..

shafarina said...

he who takes you for granted doesn't deserves you.

inna hayati said...

akak epal,
praying hard betul2 sekarang ni ...hope to heal fast. :D

anyway, thanks kak epal... :)

nazek,
haha..tabik2. sangat sakit, tapi masih bertahan.

hei..rindulah sama kamu. aku sangat busy last month..huhu..

peluk cium kamu juga...:D

kak wan,
yup.that's what i feel, therefore, bulatkan hati n tekad to let go.

lama tak singgah kat blog kak wan :D