Thursday, November 19, 2009

aku n day1:pemergian yang sayu.

Hari ni kakak aku no 2 selamat berlepas ke tanah suci. Saat aku menaip entri ni, rasanya dia ada satu jam lagi nak sampai Jeddah. Semoga kakak aku sihat n tenang mengerjakan ibadah haji. Amin...

Masa peluk aku tadi dia cuma cakap, 'cik na mesti sihat sepanjang sebulan ni. cik na kena jaga semua orang'....besar weh...sangat besar tanggungjawab ho...

Dia meninggalkan aku dengan beberapa perkara yang membuatkan aku rasa aku sangat dewasa.

1. anak-anak :
payah betul rasanya nak pikul tanggungjawab yang satu ni. Aku dahla tak kawin lagi, apetah lagilah mengandung kan. Apalah sangat yang aku tau bab ni. Doakan la ye kawan-kawan semuga aku berjaya jaga anak-anak aku tu dengan baik, sihat macam sekarang ni...amin...

2. kereta :
kereta aku n kereta dia sangatla no problem aku nak jaga. Kereta abang aku? ape cerita tah la. Semua orang pon takmau bawak kereta tu. Ade ke kakak aku suh bawak anak-anak dia gi jenjalan naik kereta tu...isk. Ngeri. Rasanya dok je la depan rumah. Diam-diam sepanjang sebualn. Yakk!!kene lepuk ngan kakak aku kang.huhu.

3. rumah :
yang ini takpe, senang nak jaga. Duduk je diam atas tanah. Amin.

4. bil-bil :
banyak hoh. Baru aku tau macam-macam kakak aku bayar sebulan. Rasa macam tak mau kerja, tak mau kawin pulak. pening kepala aku heh.

5. kad ATM :
hahak. yang ini aku paling suka. Miahahaha....uops. Ada limit oke. Siap ada buku lagi. Sila tulis semua expenses okay cik na...baek....

Kejadian Kelana Jaya:
Aqil nangis bersungguh-sungguh. Sebab dia semua orang jadi sebak. Sampai terduduk-duduk dia menangis. Aku tak tau la apa perasaan kakak aku. Sangat aneh aku rasa bila abang ngah aku pun nangis sekali. Abang ngah aku sangat cool orangnya. Senyum je selalunya. Hari ni sangat pelik.

Amir berbain dengan belon dengan seronoknya. Agak aneh juga dia melambai-lambai ibu n ayah dengan selamba. Tak nangis langsung. Harap-harap menjaga dia sebulan ini akan dipermuddahkan ALLAH. Semuga dia tak demam-demam, nangis-nangis rindu dan sebagainya.

Arif....belum nampak apa-apa tindak balas. Mungkin tak berapa teringat sebab ada anak-anak k.long, ada mak long, pak long, cik na n nenek. Harap-harap dia juga okay saja sepanjang sebulan ini.

Afiq....Ya ALLAH, bantulah hambamu ini menghadapi dugaan ini. Lembutkanlah hatinya Ya ALLAH. Seriously...aku betul-betul harap dia tak lari jauh dari kami. Harap-harap Tuhan tunjukkan jalan untuk dia kembali dekat pada kami...amin...

......

Yep! hari ini adalah hari yang sebak untuk aku. Kakak aku tinggalkan kami seketika. Tapi aku rasa banyak sangat benda yang aku kena jaga.

how i wish i have someone untuk bersandar seketika...

.....

oh. untuk Kak Ngah, kalau-kalau terbaca : Ina dah rakam semua orang nyer kata-kata tinggalan dalam kamera. Do watch it when you miss us....

Luv u sis.

oh. doakan juga Ina cepat dapat jodoh oke...:D

......

3 comments:

cikgu "ikmal" said...

heheheh...gud luck la komee...afiq yg maner ek, aqil tu yg keberapa ek...aku luper la

inna hayati said...

wah.menjumpai blog haku nampaknya.
afiq yg no 1,
aqil yg no 2.

uit cousin.
ko jangan heboh kat sape2 blog aku ni.rahsia tau.

noniey said...

insyaallah boleh buat.. sebab dia percaya kat awak kan.. n biar dia berada di sana dengan tenang.. untuk beribadat