Friday, November 20, 2009

aku n day2: amir sudah demam hu...

Aku macam malas nak taip panjang-panjang. Hari ni update bergamabr jek.

My dear nephew sudah demam hari ini. My mom bawak gi jumpa doktor. Sekali...amek kau. 5 botol ubat sekali kasi. Macam la anak saudara aku tu besar sangat nak makan ubat banyak-banyak. Heh. Cakap banyak tak boleh, aku bukan doktor....huhu....

~ sederet ubat. ada lagi satu aku tak masukkan sekali dalam gambar. Bapok besar doktor tu kasik antibiotik. Aku pun tak terhabis nak minum rasanya...huhu.... ~

~ muka seposen. Seharian lembik je mamat ni. Nak wat pape pon semua orang angkat. Kalau tak baring je depan sofa. Before masuk tidur tadi dia dah selamat muntah satu round. Makcik bibik yang degil tu takmau dengar cakap. Kak long aku dah cakap jangan bagi minum susu lagi, perut dia tengah tak sedap, dengan kahaknya semua. Dasar degil. Bagi jugak. Hah, last-last, belum habis sebotol Amir dah muntah. Dia jugak la yang kene membasuhnya esok. Siapa suruh carik pasal. Kak Long aku dah siap suap nasi dah, dah kenyang dah budak tu. Nak jugak tayang degil dia. Bengkek gak aku. mentang-mentang kakak aku tak de. Nak tunjuk terer plak. Sekeh kang. Huh. ~

~ Ibu peluk Amir. Semalam. Kat Kelana Jaya ~


~ Bila ntah aku amek gamba ni. Mamat ni kemain payah nak ambik gamba dia sekarang. Kadang-kadang je nak dapat gamba maha comel macam ni :D ~



~ Finally...dah lama tak tayang gamba sendiri dalam blog sendiri.... hehe :D ~

.......
nite all.... ;P
.......

Thursday, November 19, 2009

aku n day1:pemergian yang sayu.

Hari ni kakak aku no 2 selamat berlepas ke tanah suci. Saat aku menaip entri ni, rasanya dia ada satu jam lagi nak sampai Jeddah. Semoga kakak aku sihat n tenang mengerjakan ibadah haji. Amin...

Masa peluk aku tadi dia cuma cakap, 'cik na mesti sihat sepanjang sebulan ni. cik na kena jaga semua orang'....besar weh...sangat besar tanggungjawab ho...

Dia meninggalkan aku dengan beberapa perkara yang membuatkan aku rasa aku sangat dewasa.

1. anak-anak :
payah betul rasanya nak pikul tanggungjawab yang satu ni. Aku dahla tak kawin lagi, apetah lagilah mengandung kan. Apalah sangat yang aku tau bab ni. Doakan la ye kawan-kawan semuga aku berjaya jaga anak-anak aku tu dengan baik, sihat macam sekarang ni...amin...

2. kereta :
kereta aku n kereta dia sangatla no problem aku nak jaga. Kereta abang aku? ape cerita tah la. Semua orang pon takmau bawak kereta tu. Ade ke kakak aku suh bawak anak-anak dia gi jenjalan naik kereta tu...isk. Ngeri. Rasanya dok je la depan rumah. Diam-diam sepanjang sebualn. Yakk!!kene lepuk ngan kakak aku kang.huhu.

3. rumah :
yang ini takpe, senang nak jaga. Duduk je diam atas tanah. Amin.

4. bil-bil :
banyak hoh. Baru aku tau macam-macam kakak aku bayar sebulan. Rasa macam tak mau kerja, tak mau kawin pulak. pening kepala aku heh.

5. kad ATM :
hahak. yang ini aku paling suka. Miahahaha....uops. Ada limit oke. Siap ada buku lagi. Sila tulis semua expenses okay cik na...baek....

Kejadian Kelana Jaya:
Aqil nangis bersungguh-sungguh. Sebab dia semua orang jadi sebak. Sampai terduduk-duduk dia menangis. Aku tak tau la apa perasaan kakak aku. Sangat aneh aku rasa bila abang ngah aku pun nangis sekali. Abang ngah aku sangat cool orangnya. Senyum je selalunya. Hari ni sangat pelik.

Amir berbain dengan belon dengan seronoknya. Agak aneh juga dia melambai-lambai ibu n ayah dengan selamba. Tak nangis langsung. Harap-harap menjaga dia sebulan ini akan dipermuddahkan ALLAH. Semuga dia tak demam-demam, nangis-nangis rindu dan sebagainya.

Arif....belum nampak apa-apa tindak balas. Mungkin tak berapa teringat sebab ada anak-anak k.long, ada mak long, pak long, cik na n nenek. Harap-harap dia juga okay saja sepanjang sebulan ini.

Afiq....Ya ALLAH, bantulah hambamu ini menghadapi dugaan ini. Lembutkanlah hatinya Ya ALLAH. Seriously...aku betul-betul harap dia tak lari jauh dari kami. Harap-harap Tuhan tunjukkan jalan untuk dia kembali dekat pada kami...amin...

......

Yep! hari ini adalah hari yang sebak untuk aku. Kakak aku tinggalkan kami seketika. Tapi aku rasa banyak sangat benda yang aku kena jaga.

how i wish i have someone untuk bersandar seketika...

.....

oh. untuk Kak Ngah, kalau-kalau terbaca : Ina dah rakam semua orang nyer kata-kata tinggalan dalam kamera. Do watch it when you miss us....

Luv u sis.

oh. doakan juga Ina cepat dapat jodoh oke...:D

......

Friday, November 13, 2009

aku n pilihan perlu dilakukan segara.

Meniti setiap baris tulisan itu, aku jadi kelu. Betapa indah setiap perkataan yang disusun menjadi jadi satu ayat. Membacanya umpama meniti di atas seutas rantai mutiara yang berkilauan. Indah dan menawan.

Wah gitu. Bila terjumpa blog yang macam cerita novel atau seperti berada atas kayangan(tau ke kayangan tu macam mana?) tiba-tiba je aku jadi emo sekali. Tiba-tiba je aku jadi macam nak menulis dengan gaya yang macam-macam sama....heh.memang cepat terpengaruh.huhu.

......

Okay. Tadi siang merangkap juga dah semalam la kan. Kakak HR itu sudah call mahu confirm. Jadi...apa yang harus aku lakukan? Arh...pening-pening....

......

Esok aku ada kerja. Jumpa adik-adik sekolah rendah lagi as usual. Tapi, esok punya adik-adik tak pernah jumpa punya. Modul pon encik boss tak sempat cerita. Suppose aku dah masuk tido sebab esok kenalah kelihatan ceria. Tapi, apa kes masih menghadap lappy lagi ni?

Oke. Mahu tidur sudeh....suddenly macam rindu. Tapi tak tahu rindu itu untuk siapa. Layan Conan je lah...rindu kat Conan kot...hiks!

......

Selamat malam. Erk...dah pagi kot. :D

......

Tuesday, November 10, 2009

aku n pilih!pilih!pilih!

walau kita dihadapkan,

dengan pelbagai pilihan,

mengapa sering terjadi,


pilihan tak menepati...

hingga amat menakutkan,

menghadapi masa depan,

lalalala....


......

okay,

aku sangat risau menghadapi masa depan sekarang ini.

urgh...sangat banyak perkara mengganggu akal n mental


......

pilihan:

1. duduk diam2 n kembali ke masa lepas n perbaiki apa yang salah?

2. cuba sesuatu yang baru yang agak susah untuk disembunyikan n akan memakan diri sendiri?

3. cuba, teruskan, kembali ke masa lampau kemudian?

4. cekik leher sendiri n menghadapi bakal kemungkinan?

5. lenyapkan diri?


.....

istikharah rite?


.....

fuh..fuh...fuhhhhh......


.....

penin kepalo den...haih.


......




Friday, November 6, 2009

aku n back again yang kali ke berapa entah.

Lappy sudah kembali ke rumah. Dah tak excited sebab dah tak ada mood. Sakit jiwa sebab banyak sangat kerja nak kena buat tapi orang tak faham. Dah. Malas dah nak cakap. Tag ini adalah entri pending yang buat tak habis 2 minggu lepas.

.....

Rules: It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag twenty people.

Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real...nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.

.....

1. What is your name : Roslina Hayati

2. A four Letter Word : Rose

3. A boy's Name : Rosli (I've always dreaming to have a bf name as d same as my name...a long time ago of course)

4. A girl's Name : Rosaline

5. An occupation : Raja (like King or Sultan...heheh)

6. A colour : Red for red rose...anyone??

7. Something you'll wear : Rosy coloured pyjama

9. A food : Rojak (aahhh...paling best Rojak Manjung. Macam-macam ada....pernah makan? Jom pi Manjung...)

10. Something found in the bathroom: Raga toiletries yang ada sabun, shampoo, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka, ______ sila isi sendiri yang lain2 ...

11. A place : Rome (siapa nak bawak aku g jenjalan kat sana angkat tangan!)

12. A reason for being late: Rasa sakit perut lak tiba-tiba..*wink.wink*

13. Something you'd shout : - ade ke curse yang start with R???suci tau R ni...suci...

14. A movie title : rryHa rPotte (sila susun...aci tak?)

15. Something you drink : Raspberry ice with lemon (sedapkah?)

16. A musical group : Rockerama...hahak. Tatau la kumpulan apa.

17. An animal : Rama-rama

18. A street name : Jalan Roket

19. A type of car : Rav-4 from Toyota

20. The title of a song : Rasa sayang hei, rasa sayang, sayang hei....aaaahhh nyanyi sendirilah.


Nak tag Khairil, Nani n Diya.

......

Doing a tag when you're not in a good mood is no fun at all. That's it.

......

I'm away for almost two weeks. Online di office adalah sangat menyeksakan. Almost everybody has writing a lot in their blogs. I'm spending the whole night finishing blog-walking-reading my favorite blog. Sakit mata hoh.

.....

Sigh...I'm totally not in a good mood.

.....

Tak boleh sambung dah. Will continue my writing some other time.

.....

***aku syak bibik kakak aku memang salu dera anak sedara aku. sekejap-sekejap aku dengar amir meraung macam nak pecah anak tekak. Bila aku kuar bilik tetibe je banyak pulak dalih dia. Urrghh!!rasa nak sepak orang sampai bisu. Boleh tak?


.....