Friday, October 16, 2009

aku n raya!raya!raya!

esok,
tapi hari ni nak wish dulu...

Happy Deepavali semua!!!
heheh.

ape kes Hot FM layan lagu Hindustan pagi2 ni?
tapi orait jugak la....saya pun dah lama jugak tak dengar lagu hindustan ni...

sempena deepavali ini saya ingin menujukan lagu ini untuk anda :



saya memang suka sangat dengan cerita yang satu ni. semua baju cantik-cantik. tapi, yang paling saya suka jalan ceritanya.

saya suka every single part dalam cerita ni. dari awal sampai habis. kenapa ya saya suka sangat. saya rasa cerita ini antara cerita hindustan yang tidak terlalu berkenaan cerita dua jantina, tapi lebih pada cerita keluarga. ada la juga cerita dua jantina, tapi tak banyak dan tak keterlaluan. tak adala scene nangis-nangis n merana tahap melampau sebab mak ayah halang percintaan, atau orang jahat sabotaj percintaan, siap ada culik heroin, pukul hero, lepas tu semua lagu dalam cerita pasal bercinta. ada...tapi tak banyak.

ceritanya betul-betul berkisar pasal keluarga. oh...saya tak boleh bayangkan ye, saya terpaksa duduk jauh-jauh nun di negara orang sana hanya kerana suami saya tak nak balik jumpa mak ayah dia. keras betul hati. tapi saya boleh bayangkan duduk di luar negara. sebab saya memang teringin sekali merasa duduk di luar negara. ha, kalau dapat duduk kat tempat yang ala-ala kampung tu lagi best. yang ada padang luas seluas-luasnya, ada bukit bukau landai-landai, siap boleh panjat. rumah pulak yang country habis. yang hiasan dalamnya memang klasik. cat biru lembut dengan semua bingkai tingkap warna putih. lepas tu bunga-bunga penuh atas meja, atas almari. bau dalam rumah pun bau yang lembut-lembut je, macam lavender ke, rose ke. lepas tu keliling rumah haruslah ada banyak pokok bunga rimbun-rimbun. depan rumah mesti ada sebatang pokok besar yang rimbun yang boleh gantung buaian kat dahan dia. okay, cukup. ina, berangan memang terer...huhu.

berbalik pada kabhi kushi kabhi gham. masa zaman kejatuhan, zaman hati rasa nak sadih je dulu, saya memang suka menonton cerita ini. tujuan utama? haruslah sebab nak menangis. seingat saya cerita ini je lah pun yang saya tonton sampai menangis tersedu-sedu. saya jarang menangis sebab cerita cinta. sebab saya rasa tak cukup sedih. cerita cinta saya pun saya nangis sekali je. betul-betul sekali je, itupun masa 'dia' telefon. lepas tu saya tak pernah menangis dah. saya tak boleh nak menangis sebab saya rasa tak patut nak bazir air mata untuk dia. habis-habis pun saya rasa nak meletup macam semalam je. lepas tu saya dah lupa balik. masa awal-awal dulu, memang hari-hari nak marah, hari-hari geram je. masa tu macam-macam strategi saya rancang nak deritakan hidup dia. siap rancang nak bom lah, apelah. rancangan yang rasa paling hebat, saya boleh fikir nak pergi kenduri kahwin dia, siram dia dengan cat warna merah depan-depan semua saudara mara dia. heheh. memang sewel kalau ingat-ingat balik masa tu. orang lain putus cinta, termenung sana, termenung sini, meraung-raung, menangis-nangis sedih...saya boleh pula hari-hari rancang macam mana nak susahkan hidup dia. sampai kawan-kawan pun mungkin rasa pelik tengok saya tak sedihpun. sebenarnya ada la sedih juga, tipulah tak sedih kan? tapi saya selalu ingatkan diri saya, kalau saya sedih-sedih, nangis-nangis kat sini, dia kat sana entah ingat tak pada saya. semestinya tak ingat sebab dia dah ada orang lain kan? jadi, tak payah. tak perlu memangis untuk dia.

haha...okay, kembali lagi pada kkkg. jadi, begitulah, bila saya rasa nak menangis, saja-saja nak bersihkan hati, saja-saja nak hiba-hiba, saya tontonlah cerita ini. sebab bila tengok cerita pasal family je saya rasa sedih. saya tak berapa ingat, mungkin masa tingkatan 4 masa cerita ni release. kakak ipar saya bawa saya tengok cerita ni di pawagam. yup, pawagam kawan-kawan. masa itu saya memang gila tengok cerita hindustan.

kalau tak silap kami pergi sunway pyramid. zaman dulu-dulu lagi, masa parking lot dia hodoh lagi tak macam sekarang dah cantik berwarna-warni. sangat menarik parking lot macam kindergarden. heheh. okay, teruskan. so, kami pun pergilah menonton kkkg di panggung wayang. memang lebih touching dalam pawagam. dalam gelap-gelap macam tu lagilah hati senang nak sayu. sebak je bila sampai part-part sedih tu.

tapi, saya memang rasa terencat betul nak menangis time tu. sebabnya, depan, belakang n tepi saya adalah lelaki. itu tak apa lah lagikan, lagipun mana ada pawagam kat Malaysia ni yang asingkan lelaki dan perempuan kan. yang tak boleh terima tu, abang-abang ni bantai nangis lagi teruk dari saya. betul-betul nangis tau. bukan yang buat-buat punya tu. sebab bila dah bunyi srot..sret...srot...sret...saya pun tolehla...ingatkan perempuan, sekali lelaki. aiseh....sangat tak macho okay! haha!

bila ingat-ingat balik memang kelakar. saya hampir-hampir je hulur tisu kat abang-abang(abangla pasal time tu i baru form 4 kan) tu. saya tak ingat yang belah mana, mungkin yang di hadapan saya, siap girlfriend dia yang pujuk. tepuk-tepuk bahu dia...memang syahdu la abang tu. tapi, bila dah nak sampai habis tu, saya perasan la cepat-cepat masing-masing duduk tegak. macam tak menangis la kan. agaknya abang sebelah saya tu tak segan nak nangis sebab yang duduk sebelah dia ni budak sekolah je. huhu...kesian abang-abang tu...sangat tak maskulin.

eh..eh..tapi nanti ada la yang nak marah saya kan? mesti nak cakap lelaki pun ada perasaan tau. lelaki pun boleh nangis tau. macam shah rukh khan tu. rasanya dia lagi teror menangis dari saya. oaky, okay....betul lelaki pun ada perasaan. boleh nangis juga. tapi....tengok cerita hindustan pun boleh menangis...memang saya rasa lawak. maaflah.

oh, cerita pasal lelaki boleh menangis, saya teringat x-bf saya. yelah, dia yang saya cerita semalam. kalau kami gaduh-gaduh, selalunya dia yang nangis. dia boleh pujuk saya dengan menangis. tah hape-hape kan? nasib baik tak kawin dengan dia. memang tak cool. eh..kenapalah saya cerita pasal dia. okay, takpela...sebab dia baru cari pasal semalam, saya mestila jadi teringat kan? saya mestila jadi nak tercerita kan? jadi, kamu baca sajalah.

oh, semalam juga saya tiba-tiba terancang nak pergi tempat dia, nak pergi jumpa wife dia, nak rosakkan hidup dia lagi. haha! kan saya dah cakap, saya ni bukanlah sedih sangat. lebih pada nak balas dendam je. tapi, rancang je la...tak adanya rancangan tu nak dijalankan. tak mungkin terlaksana punya. sebab saya tak naklah susahkan hidup saya. saya pun tak adalah kejam sangat nak rosakkan rumah tangga orang kan? esok-esok orang pulak buat kat saya, tak ke haru?

hai.....tak habis lagi hot FM ni. habis semua lagu hindustan yang saya suka dimainkan. wah...seronoknya pagi-pagi ni layan hindustan. hehe...jadi semua...mari dengar lagu hindustan.

'koi mili gaya...koi mili gaya...lalalalala....'-kuch kuch hota hai

XD

.........

No comments: