Thursday, October 15, 2009

aku n mental mesti kuat...


oh..terjumpa satu blog ni...
terminat dengan tajuk blog itu.
sebab...
memang mental saya rasa kurang kuat skang ni....
hari ini, tadi. baru je. labih kurang 3 jam yang lepas.saya check email.
sejak beberapa hari ni saya memang rajin check email. sebab saya memang menunggu sesuatu. okay, abaikan yang itu.
berbalik kepada cerita yang saya nak cerita. makanya, harini saya bukalah email saya. teruslah check di inbox. dan....di situ tertulis ada 6 new mesage. dan....di situ juga ada 2 mesej yang saya memang tak nak, tak pernah terfikir, perkara terakhir dalam dunia yang saya memang tak mahu dapat.
ada dua. satu 'dia' jemput saya masuk web ape tah, invite jadi kawan 'dia'. satu lagi, 'dia' berjaya mencari jejak saya dalam facebook. dan tertunya request saya untuk add dia dalam facebook pula.
waktu itu...hanya Tuhan yang tahu apa perasaan saya. tak terbayang rasa hati saya. Hari saya yang sungguh tenang hari ini, hari saya yang sungguh elok hari ini, tiba-tiba sahaja seperti ada guruh berdentum-dentum. Terasa hari saya hari ini umpama dilanggar ribut taufan, badai tsunami segala... Ya Allah... apa la salah saya hari ni...
Sesungguhnya saya memang tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan 'dia'. Saya tak nak tahu apa-apa langsung pasal diri dia. Saya tak nak dia tahu apa-apa lagi pasal saya. Saya dah buang dia dari hidup saya lama dulu. Saya dah buang dia dari senarai ym saya, buang dia dari senarai kawan saya dalam friendster, buang dia dari senarai kenalan saya di yahoo mail, buang semua email dia, buang dia dalam senarai nombor telefon bimbit saya dan lebih penting dia dari fikiran saya, ingatan saya. Saya mungkin kejam dengan buang dia terus. tapi percayalah dia lebih kejam sewaktu dia membuang saya dulu.
jadi, hari ini, umpama ribut badai melanda, saya rasa hati saya sangat sakit.
Saya tak tahu apa perasaan dia sekarang. saya tak tahu apa motif dia mencari saya. saya tak mahu tahu juga. Apa yang saya tahu hati saya benar-benar terhiris lagi sekali. Umpama luka lama itu kembali berdarah. Macam terasa-rasa balik sakitnya hati saya selama 2 tahun dia melukakan hati saya.
Terasa bergetar jari saya menaip sekarang ini. Maafkanlah saya Tuhan kerana tak mampu melupakan rasa sakit hati saya. sungguh saya belum lupa. Sungguh saya rasa sangat pedih. Dan rasa itu, saya masih rasa sampai sekarang.
Dan hari ini, saya melihat bukti dia bahagia. Bukti dia dah membuang saya tanpa ada rasa bersalah sebab dia masih berani, masih sampai hati mencari saya. Dan hari ini dia telah menunjukkan gambar anak dia. Sungguh, memang comel. Tapi, maaflah baby, ayah kamu terlalu kejam untuk saya maafkan.
oh....saya dah delete dua-dua mesej tersebut. saya delete juga request dia dalam facebook. juga saya dah block dia dari cari profile saya dalam facebook. tamat.
Hati saya sangat sakit hari ini.
Hati saya sangat pedih hari ini.
Hati saya sekali lagi hari ini mengiakan lagi sekali...kenyataan yang dia memanglah adalah seorang yang sangat kejam.
Saya benci.
Tiba-tiba hari ini saya jumpa blog itu. Betul.
Mental mesti kuat.
Jadi...betul, mental mesti kuat. Kuat Ina! Kuat!!
........



6 comments:

akimsensei said...

wah..
inna..

betul..
mental mesti kuat..

setiap orang punya persamaan..
dibelenggu masalah sebilang masa...

setiap orang juga punya perbezaan..
dari sudut pandang mana kita melihat masalah..

always think +ve..
semoga tabah..
mental mesti kuat..

p/s: Allah xmenguji kita dengan apa yg kita xmampu..

Diya said...

dia, crush akak yang dulu eh. mungkin dia teringat balik kot kenangan akk ngan dia dulu2, tu yg dia cari akak balik.

inna hayati said...

Mr.Akimsenseni,
oh..kamu dah jumpa saya. terima kasih singgah.maaf pinjam nama tak cakap.

setuju n suka Allah x menguji kita dengan apa yg kita xmampu.

yep...semalam je. tiba-tiba mental terganggu. hari ni dah okay.

nway...thanks. XD

diya,
ummm..more to xbf la diya.huhu...eish...kot la pon dia nak cari akak, tunggula lepas 10 tahun ke....20 tahun ke...at dat time sure akak dah kawin, dah ada anak. confirm rasa apa yg dia buat tu macam wat lawak antarabangsa je ke...hehe...

inna hayati said...

Mr. akimsensei,
oh.mestila dah jumpa kn?sy yg tinggal jejak.lupe plak :D

akimsensei said...

woha, salam terjah.. iya bah, kamu yg tinggal kesan, terus den jejak & terjah..

inna hayati said...

macam Melodi pulak. ada kait mengait dengan abang nas ye?

oh...baru tau.kamu admin pd RAMFC. baru tau juga ada RAMFC.heheh..memang ketinggalan...