Thursday, October 22, 2009

aku n my adorable nephew.

Okay. Seminggu dah. Cita-cita hari tu konon-konon nak update hari-hari. Masaalah aku ni, kalau ramai orang dalam rumah aku, mulala aku malas nak mengarang. Yep, nobody in my family read this. Oh n aku juga tak mau pun kalau mereka baca tulisan aku ni. No..no..no...tak sesuwai oke.

Last Monday, my uncle antara jemaah haji pertama yang berlepas ke Mekah untuk menunaikan haji. He n my makcik. So, fren....help me n pray for their safety oke. Thanks. Muah2...for you guys. Heheh.

We were sending them off at 1 am at Kelana Jaya. Tabung Haji Kelana Jaya to be exact. Why eh Tabung Haji? Sebab nak pergi haji kena menabung ye? Comel sungguh. Oke, sambung. Check in memang sangat awal, tapi mereka berlepas (pesawat naik ke udara dari KLIA) jam 12 pm esoknya. Masak my uncle duduk kat Tabung Haji tu. Oh tapi, before terbang dia sempat sms yang dia dapat salam dengan Agung masa kat KJ(Kelana Jaya oke, bukan Khairi Jamaluddin.ops!!). Bertuah.

Heheh...memang entri hari ini adalah perkara random.

Okay, berkaitan tajuk.

A few days ago. Amir. Nak masuk tido dah. Biasa before masuk tido dia akan make sure dia bawak semua bekalan naik ke katil. Bekalan tersebut adalah :

- winnie (bantal winnie the pooh given by ex to me..huhu),

-ulat (an ulat yang ada tulis alphabet kat setiap kaki dia n its colorfull),

-CJ (yep,patung CJ7-bought kat Hong Kong tapi mata dah tercabut, kepala sudah koyak),

-harimau n lembu (a gift from Qatar airlines)

-n a bottle of milk-a must!(kadang-kadang sirap, kadang-kadang air masak je).

Semua barang-barang ni biasanya bertaburan kat hall je. So, before tidur, dia akan pegi kutip semua harta dia ni bawak naik atas katil.

Di hari kejadian, aku baru balik kerja. Lepaklah depan tv. Everybody macam dah tidur sebab senyap je rumah. Suddenly he turun bawah. He asked me to pour him a bottle of milk. Oke, 3 minit siap.

Pastu dengan susu di tangan, dia pun g kutip semua barang-barang tadi. Ikut priority, from top oke. Dah peluk winnie n ulat n pegang botol, his hand dah penuh la. Oh, dua-dua benda tu memang besar untuk dia. Aku tak tengok pun dia g kutip semua tu sebab aku tengah nonton apetah yang best sangat sampai tak boleh kalih mata.

Suddenly I heard he say something unexpected to CJ. N tau dia cakap apa? He tepuk-tepuk CJ tu sikit macam nak dodoi gitu n said : 'CJ jangan nangis tau, Amir nak tido kat atas.CJ tido kat bawah ya' N he is 2 n half years old. Aku macam terkedu taktau nak cakap apa. Nobody in my house yang ajar dia cakap macam tu. N selama ni tak pernah pulak dengar dia bermonolog dengan 'kawan-kawan' dia tu. Tiba-tiba aku rasa, oh, anak sedara I dah besar la...i dah tua la...huhu.hoh. apa kaitan?

So...that is my little nephew. Sekarang dah pandai cakap, Tuhan saje yang tau apa dia merepek sorang2. Tuhan saja yang tau perasaan bercampur baur bila dia menjawab soalan kitorang dengan gaya sangat orang dewasa. Kadang-kadang sampai tak tau nak react macam mana. Nak gelak ke, nak terkejut ke. He is so adorable. My nephew. Amir.

Okay, tak berkaitan tajuk.

Hari ini aku melihat berita hampa. Takpe, takpe, ade lagi yang lain. Cuba lagi Ina. Jangan down lagi...tapi, teras sangat down sekarang ini. Sehingga terasa muka lebih masam dari epal hijau. Huh!

Dah...dah...tamat.

Lain kali pulak sambung bebel. Oh n fia, nanti la I wat tag u oke. Susahla nak start ngan R. Heheh.

Nite u olls...da...~~

Saturday, October 17, 2009

aku n quick update~

I'm going back to kampong. Sejak raya ni first time nak balik kampong. Murka mak I kat kampong...huhu...

Aku masih lagi pening-pening mencari sesuatu. Oh bukan, memegang dah bertahan dengan sesuatu itu dengan kuat. Macam susah juga sebenarnya.

Jadi...semua...please aminkan lagi sekali ramai-ramai semoga aku mendapat sesuatu itu dengan kadar yang lebih pantas. Dan aku dapat bertahan dengan sesuatu itu dengan lebih lama. Tapi...januari macam menjajnjikan sesuatu....

Argh...fenin...fenin....

......

Da~~

......


 

Friday, October 16, 2009

aku n raya!raya!raya!

esok,
tapi hari ni nak wish dulu...

Happy Deepavali semua!!!
heheh.

ape kes Hot FM layan lagu Hindustan pagi2 ni?
tapi orait jugak la....saya pun dah lama jugak tak dengar lagu hindustan ni...

sempena deepavali ini saya ingin menujukan lagu ini untuk anda :



saya memang suka sangat dengan cerita yang satu ni. semua baju cantik-cantik. tapi, yang paling saya suka jalan ceritanya.

saya suka every single part dalam cerita ni. dari awal sampai habis. kenapa ya saya suka sangat. saya rasa cerita ini antara cerita hindustan yang tidak terlalu berkenaan cerita dua jantina, tapi lebih pada cerita keluarga. ada la juga cerita dua jantina, tapi tak banyak dan tak keterlaluan. tak adala scene nangis-nangis n merana tahap melampau sebab mak ayah halang percintaan, atau orang jahat sabotaj percintaan, siap ada culik heroin, pukul hero, lepas tu semua lagu dalam cerita pasal bercinta. ada...tapi tak banyak.

ceritanya betul-betul berkisar pasal keluarga. oh...saya tak boleh bayangkan ye, saya terpaksa duduk jauh-jauh nun di negara orang sana hanya kerana suami saya tak nak balik jumpa mak ayah dia. keras betul hati. tapi saya boleh bayangkan duduk di luar negara. sebab saya memang teringin sekali merasa duduk di luar negara. ha, kalau dapat duduk kat tempat yang ala-ala kampung tu lagi best. yang ada padang luas seluas-luasnya, ada bukit bukau landai-landai, siap boleh panjat. rumah pulak yang country habis. yang hiasan dalamnya memang klasik. cat biru lembut dengan semua bingkai tingkap warna putih. lepas tu bunga-bunga penuh atas meja, atas almari. bau dalam rumah pun bau yang lembut-lembut je, macam lavender ke, rose ke. lepas tu keliling rumah haruslah ada banyak pokok bunga rimbun-rimbun. depan rumah mesti ada sebatang pokok besar yang rimbun yang boleh gantung buaian kat dahan dia. okay, cukup. ina, berangan memang terer...huhu.

berbalik pada kabhi kushi kabhi gham. masa zaman kejatuhan, zaman hati rasa nak sadih je dulu, saya memang suka menonton cerita ini. tujuan utama? haruslah sebab nak menangis. seingat saya cerita ini je lah pun yang saya tonton sampai menangis tersedu-sedu. saya jarang menangis sebab cerita cinta. sebab saya rasa tak cukup sedih. cerita cinta saya pun saya nangis sekali je. betul-betul sekali je, itupun masa 'dia' telefon. lepas tu saya tak pernah menangis dah. saya tak boleh nak menangis sebab saya rasa tak patut nak bazir air mata untuk dia. habis-habis pun saya rasa nak meletup macam semalam je. lepas tu saya dah lupa balik. masa awal-awal dulu, memang hari-hari nak marah, hari-hari geram je. masa tu macam-macam strategi saya rancang nak deritakan hidup dia. siap rancang nak bom lah, apelah. rancangan yang rasa paling hebat, saya boleh fikir nak pergi kenduri kahwin dia, siram dia dengan cat warna merah depan-depan semua saudara mara dia. heheh. memang sewel kalau ingat-ingat balik masa tu. orang lain putus cinta, termenung sana, termenung sini, meraung-raung, menangis-nangis sedih...saya boleh pula hari-hari rancang macam mana nak susahkan hidup dia. sampai kawan-kawan pun mungkin rasa pelik tengok saya tak sedihpun. sebenarnya ada la sedih juga, tipulah tak sedih kan? tapi saya selalu ingatkan diri saya, kalau saya sedih-sedih, nangis-nangis kat sini, dia kat sana entah ingat tak pada saya. semestinya tak ingat sebab dia dah ada orang lain kan? jadi, tak payah. tak perlu memangis untuk dia.

haha...okay, kembali lagi pada kkkg. jadi, begitulah, bila saya rasa nak menangis, saja-saja nak bersihkan hati, saja-saja nak hiba-hiba, saya tontonlah cerita ini. sebab bila tengok cerita pasal family je saya rasa sedih. saya tak berapa ingat, mungkin masa tingkatan 4 masa cerita ni release. kakak ipar saya bawa saya tengok cerita ni di pawagam. yup, pawagam kawan-kawan. masa itu saya memang gila tengok cerita hindustan.

kalau tak silap kami pergi sunway pyramid. zaman dulu-dulu lagi, masa parking lot dia hodoh lagi tak macam sekarang dah cantik berwarna-warni. sangat menarik parking lot macam kindergarden. heheh. okay, teruskan. so, kami pun pergilah menonton kkkg di panggung wayang. memang lebih touching dalam pawagam. dalam gelap-gelap macam tu lagilah hati senang nak sayu. sebak je bila sampai part-part sedih tu.

tapi, saya memang rasa terencat betul nak menangis time tu. sebabnya, depan, belakang n tepi saya adalah lelaki. itu tak apa lah lagikan, lagipun mana ada pawagam kat Malaysia ni yang asingkan lelaki dan perempuan kan. yang tak boleh terima tu, abang-abang ni bantai nangis lagi teruk dari saya. betul-betul nangis tau. bukan yang buat-buat punya tu. sebab bila dah bunyi srot..sret...srot...sret...saya pun tolehla...ingatkan perempuan, sekali lelaki. aiseh....sangat tak macho okay! haha!

bila ingat-ingat balik memang kelakar. saya hampir-hampir je hulur tisu kat abang-abang(abangla pasal time tu i baru form 4 kan) tu. saya tak ingat yang belah mana, mungkin yang di hadapan saya, siap girlfriend dia yang pujuk. tepuk-tepuk bahu dia...memang syahdu la abang tu. tapi, bila dah nak sampai habis tu, saya perasan la cepat-cepat masing-masing duduk tegak. macam tak menangis la kan. agaknya abang sebelah saya tu tak segan nak nangis sebab yang duduk sebelah dia ni budak sekolah je. huhu...kesian abang-abang tu...sangat tak maskulin.

eh..eh..tapi nanti ada la yang nak marah saya kan? mesti nak cakap lelaki pun ada perasaan tau. lelaki pun boleh nangis tau. macam shah rukh khan tu. rasanya dia lagi teror menangis dari saya. oaky, okay....betul lelaki pun ada perasaan. boleh nangis juga. tapi....tengok cerita hindustan pun boleh menangis...memang saya rasa lawak. maaflah.

oh, cerita pasal lelaki boleh menangis, saya teringat x-bf saya. yelah, dia yang saya cerita semalam. kalau kami gaduh-gaduh, selalunya dia yang nangis. dia boleh pujuk saya dengan menangis. tah hape-hape kan? nasib baik tak kawin dengan dia. memang tak cool. eh..kenapalah saya cerita pasal dia. okay, takpela...sebab dia baru cari pasal semalam, saya mestila jadi teringat kan? saya mestila jadi nak tercerita kan? jadi, kamu baca sajalah.

oh, semalam juga saya tiba-tiba terancang nak pergi tempat dia, nak pergi jumpa wife dia, nak rosakkan hidup dia lagi. haha! kan saya dah cakap, saya ni bukanlah sedih sangat. lebih pada nak balas dendam je. tapi, rancang je la...tak adanya rancangan tu nak dijalankan. tak mungkin terlaksana punya. sebab saya tak naklah susahkan hidup saya. saya pun tak adalah kejam sangat nak rosakkan rumah tangga orang kan? esok-esok orang pulak buat kat saya, tak ke haru?

hai.....tak habis lagi hot FM ni. habis semua lagu hindustan yang saya suka dimainkan. wah...seronoknya pagi-pagi ni layan hindustan. hehe...jadi semua...mari dengar lagu hindustan.

'koi mili gaya...koi mili gaya...lalalalala....'-kuch kuch hota hai

XD

.........

Thursday, October 15, 2009

aku n mental mesti kuat...


oh..terjumpa satu blog ni...
terminat dengan tajuk blog itu.
sebab...
memang mental saya rasa kurang kuat skang ni....
hari ini, tadi. baru je. labih kurang 3 jam yang lepas.saya check email.
sejak beberapa hari ni saya memang rajin check email. sebab saya memang menunggu sesuatu. okay, abaikan yang itu.
berbalik kepada cerita yang saya nak cerita. makanya, harini saya bukalah email saya. teruslah check di inbox. dan....di situ tertulis ada 6 new mesage. dan....di situ juga ada 2 mesej yang saya memang tak nak, tak pernah terfikir, perkara terakhir dalam dunia yang saya memang tak mahu dapat.
ada dua. satu 'dia' jemput saya masuk web ape tah, invite jadi kawan 'dia'. satu lagi, 'dia' berjaya mencari jejak saya dalam facebook. dan tertunya request saya untuk add dia dalam facebook pula.
waktu itu...hanya Tuhan yang tahu apa perasaan saya. tak terbayang rasa hati saya. Hari saya yang sungguh tenang hari ini, hari saya yang sungguh elok hari ini, tiba-tiba sahaja seperti ada guruh berdentum-dentum. Terasa hari saya hari ini umpama dilanggar ribut taufan, badai tsunami segala... Ya Allah... apa la salah saya hari ni...
Sesungguhnya saya memang tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan 'dia'. Saya tak nak tahu apa-apa langsung pasal diri dia. Saya tak nak dia tahu apa-apa lagi pasal saya. Saya dah buang dia dari hidup saya lama dulu. Saya dah buang dia dari senarai ym saya, buang dia dari senarai kawan saya dalam friendster, buang dia dari senarai kenalan saya di yahoo mail, buang semua email dia, buang dia dalam senarai nombor telefon bimbit saya dan lebih penting dia dari fikiran saya, ingatan saya. Saya mungkin kejam dengan buang dia terus. tapi percayalah dia lebih kejam sewaktu dia membuang saya dulu.
jadi, hari ini, umpama ribut badai melanda, saya rasa hati saya sangat sakit.
Saya tak tahu apa perasaan dia sekarang. saya tak tahu apa motif dia mencari saya. saya tak mahu tahu juga. Apa yang saya tahu hati saya benar-benar terhiris lagi sekali. Umpama luka lama itu kembali berdarah. Macam terasa-rasa balik sakitnya hati saya selama 2 tahun dia melukakan hati saya.
Terasa bergetar jari saya menaip sekarang ini. Maafkanlah saya Tuhan kerana tak mampu melupakan rasa sakit hati saya. sungguh saya belum lupa. Sungguh saya rasa sangat pedih. Dan rasa itu, saya masih rasa sampai sekarang.
Dan hari ini, saya melihat bukti dia bahagia. Bukti dia dah membuang saya tanpa ada rasa bersalah sebab dia masih berani, masih sampai hati mencari saya. Dan hari ini dia telah menunjukkan gambar anak dia. Sungguh, memang comel. Tapi, maaflah baby, ayah kamu terlalu kejam untuk saya maafkan.
oh....saya dah delete dua-dua mesej tersebut. saya delete juga request dia dalam facebook. juga saya dah block dia dari cari profile saya dalam facebook. tamat.
Hati saya sangat sakit hari ini.
Hati saya sangat pedih hari ini.
Hati saya sekali lagi hari ini mengiakan lagi sekali...kenyataan yang dia memanglah adalah seorang yang sangat kejam.
Saya benci.
Tiba-tiba hari ini saya jumpa blog itu. Betul.
Mental mesti kuat.
Jadi...betul, mental mesti kuat. Kuat Ina! Kuat!!
........



Wednesday, October 14, 2009

aku n semangat untuk hidup...

hidup....memang perlukan sesuatu.
sesuatu yang akan buat kita rasa nak hidup.
something that makes us feel alive.
sebab, tanpa sesuatu tu
hidup memang bosan.
hidup memang rasa bosan.
bosan yang teramat.

sesuatu datang dalam macam2 bentuk.
datang dalam macam2 pakej.

sesuatu yang saya perlukan.
rasanya macam saya terjumpa.
hari tu.

harap2...ia terus menjadi sesuatu.
terus.
harap-harap....

semua...aminkan oke...
AMIN......

.......