Thursday, September 17, 2009

aku n bila demam tiba tiga hari sebelum raya tanpa ada teman menemani.....

Ntah la kat mana silapnya...semalam elok je sihat g jenjalan bersama seorang sahabat. Melintasi celah-celahan baju yang berwarna warni, berhenti sebentar melihat-lihat harga yang kurang masuk akal...alih2 balik rumah demam pula.

Hari ni cita2 di hati sekali lagi ingin mendapatkan apa yang berkenan di hati. Tengok2 lepas subuh boleh pulak tergolek sampai 11 pagi. Badan rasa lembik lemah. Tulang2 terasa macam nak luruh...

Kadang2 ujian Tuhan ni datang tanpa disangka2...n seharusnya aku juga redha sahaja...oke, jangan salah sangka. Memang redha sahaja dengan demam ini. Sekurang2nya boleh merehatkan badan yang keletihan...betul, sungguh aku penat.

Penat memikirkan keadaan sekeliling yang kemendungan. Penat melayan segenap perasaan yang datang bertandang. Penat memujuk hati kerana semua persoalan...sungguh aku penat.

Sakit. Selalu membuat aku berfikir. Jika mata terlalu degil untuk berehat, maka fikiran melayang2 mencari jawapan. Kenapa begitu? Kenapa begini? Perlu kah begitu? Berlukah begini? Apakah tiada simpati dalam hatinya? Aku yang besar ini kerdil sungguh aku dimatanya.

Tolonglah aku. Aku tak mampu merungkaikan lara dihatinya. Aku tak mampu membuat dia ketawa di kala aku juga mengalirkan air matanya. Kenapa mereka tegar. Tegar sekali membiarkan hatinya terluka?

Kadang2 teringin aku memohon pada mereka. Kasihanilah dia. Usianya sudah terlalu lama...ah,aku tak sanggup nak membayangkan ketentuan Tuhan yang satu itu. Tapi, adakah aku saja yang berfikir begitu. Tidakkah kalian mengira garis2 kedutan di matanya? Di pipinya?

Kamu. Kamu. Kamu. Tolonglah...sekali ini berfikirlah untuk dirinya. Yang dah terlalu tua. Kalaulah aku mampu, tentu sekali aku mahu bahagiakan dia. Tapi kamu semua mampu. Tolonglah bahagiakan dia. Aku terlalu kecil untuk menegur kamu semua.

Dia yang kusayang...aku teringin memohon ampun. Aku sudah terlalu jauh dari dia. Semuga Tuhan memadamkan segala kecil hatinya padaku. Semoga Tuhan bahagiakan hatinya....dia...yang terpaling aku sayang.


......

Oke.tak elok menangis di bulan puasa. Aku berhenti di sini.


......

Oh ya, semua...sahabat2, teman2, Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk kamu semua. Maaf Zahir n Batin. Semoga Aidilfitri ini ceria, bahagia, untuk kamu semua..yang juga aku sayang... XD


......

7 comments:

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

demam??semoga cepat sembuh..ape barang raya dok dalam selimut..hehe

noniey said...

get well soon...

selamat hari raya.. maaf zahir batin

inna hayati said...

khairil,
dah hampir sembuh..no worries.
selamat hari raya :)

pn.baini,
mekaseyh...selamat hari raya untuk puan juga..:D

DK said...

Alhamdulillah. Dah hampir sembuh ye kak. Boleh beraya sakan nnt. Selamat hari raya, maaf kalau ada salah silap ;)

Max J. Potter said...

salam raya (belated). mohon ampun dan maaf atas semua salah dan silap nani.

kak inna bile nak update~~?

and bila nk jenguk nani?

myadlan said...

selamat hari raya aidilfitri.. mujur time puasa dlu sihat je..

raya sebulan ni jgn sakit2 lagi.. takbest la xdpt beraya..

inna hayati said...

percubaan kali yg ke-5.sngat bengong celcom hari ini.

diya, nani n adlan,
selamat hari raya n maaf atas salah n silap juga.

tak larat dah nak taip lagi.sudah 5 kali cuba membalas komen u all...