Monday, September 28, 2009

aku n bila raya rasa sangat lame...


 

Kenapa raya kali ini sangat lame?

Sebab: Saya demam di hari raya. Rasa sangat tak selesa. Pergi beraya rumah saudara, batuk sini, batuk sana. Hamper saja nak pakai mask di hari raya. Yelah...kalau berjangkit kepada saudara mara yang lain kan haru? Tapi...tak kanlah nak pergi beraya dengan mask di muka kn? Nanti semua mak cik2 tak kenal pada saya. Habislah.

Kesudahan : raya dengan mood yang tidak berapa ceria. Tekak rasa perit. Haih. Memang sepanjang seminggu cuti ini saya asyik impikan bantal sahaja. Tapikan...dalam sakit2 ni, saya masih lagi beraya sakan juga. Walaupun tak berapa ceria, saya masih juga ke hulu, ke hilir beraya. Sempat juga membawa emak berjalan2 keliling Sabak Bernam. Sampai juga ke Perak. Maklumlah...raya ini kakak saya beraya nun jauh di Negara orang, jadi sayalah yang menjaga kereta dia. Selalu2 bawak kereta manual, bila dapat bawa kereta auto, seperti orang mengantuk di sorong bantallah...habis semua saudara saya ajak emak pergi beraya. Sebenarnya bukanlah nak sangat beraya, sebab badan pun tak berapa sihat. Tapi excited sebab bawak kereta orang. Heheh. Sudahnya kereta saya di rumah berdebu, seminggu tak gerak...kesian kereta saya..huhu...

Hari ini : oohhh..sungguh Monday blues...tak bersemangat langsung sebab seminggu menjadi tidak sihat. Oh, hari ini saya masih lagi rock star ye kawan-kawan...suara masih tenggelam timbul lagi...macam chips more. Kejap ada, kejap takde.

Menarik: haaa...yang menariknya, bila tak sihat, selera pon tak ada. Jadi, tahun ini buat julung2 kalinya, saya menyambut Syawal tanpa perlu risau berat badan naik mendadak..heheh. Yang ini memang saya suka sangat. Hari raya pertama cuma menjamah rendang+nasi himpit 1 pinggan sahaja. Raya kedua cuma makan kuih raya n minum air sikit juga. Raya ketiga baru ada selera sikit sebab emak masak nasi dagang. Seterusnya makan cuma cubit2 sana, cubit2 sini. Hari ini pon cuma minum air masak je pagi tadi...huhu...macam kronik sunggu ye? Sebenarnya tidaklah teruk sangat demam saya. Tapi, sebab tekak sakit n dah jadi rock star selama seminggu...makan pon jadi tak selera.

Persoalan : tapi...kenapa tak kurus juga ya? Muskil betul. Hahaha...


 

......

Gambar raya? Tak payahlah...muka sangat sememeh sebab asyik batuk2 dengan dasyat samapai senget2 tudung. Haha.


 

......

Thursday, September 17, 2009

aku n bila demam tiba tiga hari sebelum raya tanpa ada teman menemani.....

Ntah la kat mana silapnya...semalam elok je sihat g jenjalan bersama seorang sahabat. Melintasi celah-celahan baju yang berwarna warni, berhenti sebentar melihat-lihat harga yang kurang masuk akal...alih2 balik rumah demam pula.

Hari ni cita2 di hati sekali lagi ingin mendapatkan apa yang berkenan di hati. Tengok2 lepas subuh boleh pulak tergolek sampai 11 pagi. Badan rasa lembik lemah. Tulang2 terasa macam nak luruh...

Kadang2 ujian Tuhan ni datang tanpa disangka2...n seharusnya aku juga redha sahaja...oke, jangan salah sangka. Memang redha sahaja dengan demam ini. Sekurang2nya boleh merehatkan badan yang keletihan...betul, sungguh aku penat.

Penat memikirkan keadaan sekeliling yang kemendungan. Penat melayan segenap perasaan yang datang bertandang. Penat memujuk hati kerana semua persoalan...sungguh aku penat.

Sakit. Selalu membuat aku berfikir. Jika mata terlalu degil untuk berehat, maka fikiran melayang2 mencari jawapan. Kenapa begitu? Kenapa begini? Perlu kah begitu? Berlukah begini? Apakah tiada simpati dalam hatinya? Aku yang besar ini kerdil sungguh aku dimatanya.

Tolonglah aku. Aku tak mampu merungkaikan lara dihatinya. Aku tak mampu membuat dia ketawa di kala aku juga mengalirkan air matanya. Kenapa mereka tegar. Tegar sekali membiarkan hatinya terluka?

Kadang2 teringin aku memohon pada mereka. Kasihanilah dia. Usianya sudah terlalu lama...ah,aku tak sanggup nak membayangkan ketentuan Tuhan yang satu itu. Tapi, adakah aku saja yang berfikir begitu. Tidakkah kalian mengira garis2 kedutan di matanya? Di pipinya?

Kamu. Kamu. Kamu. Tolonglah...sekali ini berfikirlah untuk dirinya. Yang dah terlalu tua. Kalaulah aku mampu, tentu sekali aku mahu bahagiakan dia. Tapi kamu semua mampu. Tolonglah bahagiakan dia. Aku terlalu kecil untuk menegur kamu semua.

Dia yang kusayang...aku teringin memohon ampun. Aku sudah terlalu jauh dari dia. Semuga Tuhan memadamkan segala kecil hatinya padaku. Semoga Tuhan bahagiakan hatinya....dia...yang terpaling aku sayang.


......

Oke.tak elok menangis di bulan puasa. Aku berhenti di sini.


......

Oh ya, semua...sahabat2, teman2, Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk kamu semua. Maaf Zahir n Batin. Semoga Aidilfitri ini ceria, bahagia, untuk kamu semua..yang juga aku sayang... XD


......

Tuesday, September 15, 2009

aku n malam ini...ku sedang mimpi...


What should I do?

What should I really do?


What should I do so that you can understand?


That I love you to the point that I'm willing to give my life for you.


Do you know how I've been through my life?


If I could, I would like to hold you tight in my arms.


Do you know why I let myself be so patient?


Because I really hope,


I really hope that I can hold you tight


And feel you so close to me


Every single moment from dusk till dawn


What should I do?




.....


Okay...don't fall. It is 'THE ROSE'.

I'm definitely not so blunt to say all those words...yet...

Someday...maybe.... ^^ "


.....

Tuesday, September 8, 2009

aku n laziness....

yup.

kemalasan....

macam mana nak carik balik kerajinan???

to lazy to do anything.

waaahhhh!!!!help me!help me!

sengal!

tolong diri sendiri la kan?

back to :

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya"

i am low...

???

out!

......

note : me juga tak faham.tak payah susah2 fahamkan oke. :D

......