Saturday, July 18, 2009

aku n tag sebelum balik kampong...(tajuk pun sama,boleh?)

Sebab en.azizee telah menge'tag' aku sebelum dia balik kampong, so buatlah juga tag ni...sebab esok aku juga nak balik kampong.

Semestinya balik kampong aku lah, bukan kampong en.azizee...ape kes nak balik kampong orang lain sedangkan mak aku buat kenduri kat rumah aku di kampong aku...hahak..memang pening.

Aku rasa aku tak pernah kot buat tag. Tapi aku yakin aku adala beberapa kali telah di'tag' oleh beberapa kawan2 kat alam maya ni. Cumanya, aku tak tau lah kenapa selalu tersangkut. Aku wat tag separuh, pastu tinggal..terus dah tak edit n akhirnya lupa begitu sahaja....

Jadi hari ini...sebab aku pon lame tak hapdet, aku wat lah tag ni...kalau entri ni tersiar, maka akhirnya berjayalah aku melangsaikan satu tag. Boleh isytihar hari ini sebagai 'HARI TAG PERTAMA' , atau 'HARI PERTAMA INNAHAYATI BERJAYA MENJAWAB TAG (ceh,panjang gila, susah nak ingat) atau juga...'HARI INNAHAYATI BERTAG' atau juga....'HARI TAG LANGSAI' atau juga...'HARI INNAHAYATI DAN TAG'...atau mungkin juga...'HARI HAYATI TAG BERSEJARAH...atau juga....ah malas dah nak fikir. Karang tak siap juga tag nya...

Jadi..mari kita mulakan...(ketak, ketuk, bunyi jari menggeliat)

1.Apa perasaan anda sekarang?
- ngantuk. N juga geram tak dapat bukak barn buddy.


2.Saya nak makan?
- sekarang kenyang.


3.Saya tak suka?
- gelap

4.Impian saya?
- jauh lagi nak dicapai...

5.Haiwan yang saya tak suka?
- cicak


6.Saya harapkan?
- esok sy dapat jodoh...

7.Jika boleh putarkan masa?
- tak nak lah putar masa..pening.

8.Saya pada 10 tahun akan datang?
- insyaAllah menjadi tua...saya bukan Benjamin Button.

9.Handphone saya adalah sebuah?
- alat komunikasi...takkan ah sebuah kerusi plak kan?

10.Saya pernah bercinta sebanyak?
- tak penah...cepat buatkan saya jatuh cinta.

11.Saya suka pada?
- awan...

12.Kawan-kawan saya?
- semua dah tido kot masa ni...

13.Pernah dikhianati?
- hurmph...khianat eyh? Mungkin. Sebab bila ada kejadian kemalangan ke, ape2 ke kat kawasan dia, saya selalu check adakah dia mangsanya. Sebab kalau dia...saya rasa puas hati...mungkin la kot... jahatkan saya? Tak ah...sebab dia lagi jahat!

14.Apa yang anda hendak lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
- tak nak buat apa2...biar Tuhan yang balas...tapi...lebih kurang macam kat atas tadi la jawapan dia.

  • Owh..dulu2 saya pernah macam nak pergi tempat dia kerja n depan2 'kawan' dia saya nak simbah dia ngan air longkang ke, air kumbahan ke, tapi, bila fikir saya geli nak pegang, jadi saya fikir nak simbah dia dengan cat minyak warna merah, masa tu hamper saya nekad sebab saya nak bagitau kat 'kawan' dia tu, yang dia ni penipu. Tapi...bila fikir2 balik...tak yah lah. Tak berbaloi n saya pulak yang akan Nampak macam cheap. So, biarlah dia bahagia....oh...oh..saya tak pernah nak biar dia bahagia. Okay, tukar. So, biarkan dia dengan hidup dia bersama 'kawan' dia. Saya tak nak amek tau. Tapi saya suka nak tau kalau dia tak bahagia...hahah!saya memang jahat n kejam. Tapi, sumpah pada dia sahaja. Tak ada orang lain.


     

15.Senaraikan 3 org untuk di tag:
- kamu, kamu n kamu...


 

Ha..siap sudah...wah..berjaya juga aku kejap aku, kejap saya, pening la ina ni...siapkan tag...


 

.............


 

Habis. Nak tido, esok mau kerja n balik kampong lepas kerja. Mata dah tak ngantuk plak. Camne?


 

.............

5 comments:

Diya Kamaruzaman said...

Huhu. Dahsyat betul akak sampai nak simbah segala benda pada dia tersebut. Nanti ajak diya, boleh diya join simbah sekali. Muehehe.

inna hayati said...

diya,
hahah!mau join sekali rupanya..:)

mari2..

13may said...

meh...aku ajar kamu bercinta >:P

inna hayati said...

en.may,
kena bayaran tak?

Aku... Dia... Kamu.. said...

inna hayati: siapalah 'dia' ini yang telah membuat kamu begitu marah pada 'dia' ek???