Thursday, July 30, 2009

aku n pudding roti dan mentega

~ lebih kurang cenggini lah bentuknya ~

Mari belajar memasak....


Bahan-bahan:



  1. 3 biji telur bersaiz sederhana

  2. 600ml susu segar/susu cair pon boleh.

  3. Gula 2 sudu.

  4. 50g kismis (dipotong kecil tak nak pon takpe) atau chocolate chip (tak payah potong2,masukkan je)

  5. Mentega(untuk salut atas roti sekeping demi sekeping, depan n belakang)

  6. 10 keping roti (lagi sedap kalo tak buang tepi)

  7. Sedikit serbuk cinnamon (kayu manis)


Penyediaan:




  1. Pukul telur (tak yah kembang2) + susu segar + kismis@choc chip + gula = kacau n letak tepi.

  2. Sapukan mentega pada setiap keeping roti, depan dan belakang

  3. Susunkan roti dalam dulang pembakar n taburkan sedikit serbuk cinnamon pada setiap layer. Sikit je jangan banyak2, tak sedap.

  4. Tuangkan adunan 1 dalam dulang pembakar yang sama tadi (kalau letak kat dulang lain maka jadilah...tak taulah jadi ke tak)

  5. Biarkan roti berendam sambil bermain2 air dan berenang2 ke tepian....eh takde. Biarkan roti berendam selama 10-15 menet...tak payah lama2.karang kembang sangat.

  6. Kemudian bakarkan dulang tadi bersama2 isinya pada suhu 190 darjah celcius selama 25 menet.(agak2 la...jangan sampai garing sangat, jangan lembik sangat tak masak)

  7. Sedia untuk dihidang...tada...


Aku tatau exact berat segala bahan tu. Belasah jek. Ikutla sesedap rasa k. Kalau tak cukup manis, tambah gula,jangan tambah garam. Kalau tak cukup susu, tambahlah susu. Kalau rasa roti berenang2 dengan bahagia, tambah roti kasik tinggi sket. Lagi sedap + cantik kalau kismis atau choc chip tadi diletak di atas tiap2 layer. Kalau malas campur jek dalam adunan susu.

Kalau my sister yg buat, siap ada kuah susu sekali. Tapi kalau dah cukup rasa, manis semua ada, tak payah dah pakai kuah...

Gambau takdek. Gamba ni aku jumpe dalam calendar, tangkap pakai lappy nyer camera.
Resepi telah dicuba n amat delecious...silalah mencuba.

Selamat mencuba...

........

3 comments:

Max J. Potter said...

apesal mcm sedap je gambo nih!?

check out the news on my blog..and my sister's.

noniey alias said...

saya memang suka bangat puding roti ni.. tapi sampai skrang malas nak belajar buat.. biasanya request je, mesti ada yang tolong buatkan..

bleh ke request dgn awak nih? hehehe

ZahirMD said...

xsedap....
kalo free sedap....huahuahuahua