Wednesday, June 17, 2009

Aku n angel n demons...

The Fountain of Four Rivers.


Hye frens...


Pagi-pagi lagi aku dah bangun mengadap lappy. Masih lagi berfikir-fikir apa mau disudahkan hari ini.


Dari semalam sebenarnya aku teringin benar nak pergi menonton 'Malaikat dan syaitan', tapi tak ada kawan nak ajak. Aku try check2 dalam paper, cuma masih tinggal GSC Mid Valley yang ada menayangkan cerita itu di waktu pagi. Well, 11.30am masih dikira pagi juga kan?


Sebenarnya aku memang tak pernah kesah pergi menonton wayang berseorangan. Pada aku tiada apa yang pelik. Masaalahnya, bila pergi kaunter tiket, mulalah cik penjual tiket bermuka sinis umpama aku adalah orang yang paling kesian dalam dunia, mahu menonton wayang pun tiada teman. Tapi...apalah aku kisah dengan semua itu. Yang penting aku dapat menonton cerita yang aku nak tengok n berpuas hati.


Selalunya cerita yang aku nak tengok, kebanyakan kawan-kawan aku tak nak tengok. Contohnya filem 'Malaikat dan syaitan' ini. Mereka kata cerita itu terlalu kompleks. Payah untuk difahami. Dulu, waktu tayangan pertama novel tulisan Mr. Dan Brown keluar, tiada satu pun kawan yang mahu meneman aku menonton. Jadi, aku sangat pasti kali ini juga tiada yang mahu meneman. Tambah lagi membuat aku pasti kerana semua novel Mr DB milikku, tiada kawan yang pernah meminjam. Kalau novel2 lain tu biasalah...


Sudah seminggu ini baru aku betul-betul berfikir nak pergi menonton filem ni. Memanglah ceritanya sudah lama keluar, cuma aku terlalu sibuk untuk melangsaikan keinginan yang satu ini. Oleh kerana petang aku bekerja, jadi haruslah tayangan pagi saja yg jadi pilihan. Oh..aku betul-betul nak keluar...tapi, tahap kemalasan untuk bersiap itu memang tinggi...lebih baik duduk di rumah, menyiapkan apa yang boleh disiapkan. Betul tak?


Tapi..aku betul2 nak tengok. Rasanya minggu depan mesti semua wayang dah tak tayang lagi citer tu...huhu...sedihnya...


So, siapa nak teman aku tengok 'A n D' esok?

..........

2 comments:

Diya Kamaruzaman said...

angel and demons ... pernah tgk the making dia. gitu2 jelah sbb not interested. seram semacam je cite nya kak. huhu

inna hayati said...

diya,
idaklah seram..cerita pasal vatican city. kristiannyer misteri...k.ina memang suka tengok citer misteri kene fikir mcm itu.hehe... :)