Thursday, June 25, 2009

aku n Nur Kasih...


aku tertengok trailernya kat iklan tv3,

aku tiba-tiba sangat teruja nak tengok,

arahan Khabir Bhatia...

seperti mana aku obses dengan filem Cinta,

seperti itulah aku rasa sangat-sangat teringin nak tengok citer ni.

tapi, sayangnya aku kerja time citer tu ditayangkan...

so tonite,

aku baru berjaya cari ruang nak tengok.


okay...MR. Khabir Bhatia ni memang superb.

baru je sampai ep1-part3,

hati aku dah terusik.

air mata dah bergenang.

tak nak ah cakap banyak.

aku tau ramai tak minat citer Melayu,

tapi, cubalah tengok.

sikit-sikit untuk menginsafi diri,

berdoalah kita tidak ditimpakan ujian seberat ini.

amin...

"aidil dan adam tak sama,
kalau kita bagi air kat pokok ni, berbunga...
kalau kita bagi air yang sama banyak kat pokok tu pulak,
tak berbunga,
malah layu pulak.
sebab dia perlukan tanah kering untuk subur,
dia nakkan matahari, kita bagi air..."
~Hjh Khadijah~

~\(-_-)/~

.........

oh..oh..malas nak link.kamu2 taip saja Nur Kasih dalam YouTube.InsyaAllah jumpa.senang je kan?

.........

Tuesday, June 23, 2009

aku n penat ah bawak kete 2-3 hari ini...

hye frens,
hari ini sangat memenatkan...
..............
Hari Ahad kelmarin hari tu aku balik kg.
Malam semalam aku tido kat hall dengan mak.
Ape kes tah nyamuk kat kampung macam berpesta???
Aku dah siap pasang ubat nyamuk, pasang kipas...sikit tak jalan.
Satu malam aku ngan mak aku lumba-lumba berjaga.
Kejap2 terjaga tak bleh tido.
............
Last2 subuh jek aku terus bangun.
Tak tido dah.
Wat sarapan,
Kemas2 keter...
Kejar2 kucing...
Sepak2 ayam...
haha!!
...................
Pastu g pasar plak ngan mak.
Udang segar, besar2 jari telunjuk...
RM12 hengget sekilo jek?
Kat Shah Alam mau
RM19 hengget sekilo.
Mak pon ape lagi..
*tengahari makan udang goreng celup tepung..ah..heaven*
................
Pastu jalan-jalan plak g kedai2 baju yang meriah macam nak raya.
Macam-macam jenis kain ade gantung.
Murah pon ye.
Tapi keras kejung.
Kasar juga.
Baik ah pegi Nagoya...
PKNS lagi murah.
.............
Tapi yg aku suke,
anak tudung yg cam budak sekolah pakai tu *aku pakai kaler hitam jek*
satu = RM 1.80
kat Shah Alam =3 RM 10.
kira murah ah pada aku yg kedekot bab2 bende alah macam tu...
haruslah aku borong agak banyak.
Pasal kakak aku pon suke nak rembat aku punye.
jadi, belikan kat die siap2
..................
Lepas balik dr pekan plak,
maen masak-masak ngan mak.
ngan pantasnye kitoang masak,
angkat2 sume makanan,
dok depan tv sambil makan nasik.
sambil tengok citer piliphine kul 12.30 tu.
.............
Habis je makan,
mandi2,
siap2,
bertolak la aku balik ke SA.
.............
aku merempit ngan kadar sederhana...
(Kancil=110 km/hr)
ok..aku tau biasa2 jek.
tapi agak luar biasa pada aku la...
pasal aku biasa lalu jalan kg tu,
80-90 km/hr jek.
sopan kan?

..................
sampai je umah,
masuk2 barang dari kampung masuk dalam umah,
zasss...
terus g keje plak.
sekali,
ofc mate tak dek.
ke hulur ke hilir aku kerje sensorang...
........
penat dah sangat2 sampai tahap ni.
bawak kete time nak balik umah pon macam hape jek.
sekali sampai umah,
mamat kecik tu tak tido lagi.
siap ajak main pulak...
pastu aku layan nengok tv plak.
*laverage* chnl : 701*
............
pastu masuk bilik,
bukak lappy,
on internet..
so now..
aku dah rasa macam tak bleh nak bukak mata.
penat amat.
tapi jari tetap menaip juga.
camne???
...............
penat ah...

Saturday, June 20, 2009

aku n encik itu...

Remember the person makcik saya kenalkan hari itu??


 

Okay, the truth:

  1. Mak cik aku yang tak berapa nak rapat yang pandai-pandai kasi nombor aku pada itu mamat..
  2. Dia bekerja di rembau.
  3. Dia adalah orang yang sangat memboringkan
  4. Dia tiba-tiba nak merajuk pasal aku too busy nak layan dia sms. Yang mana sms dihantar pada waktu aku bekerja. Encik, saya sudah bgtau, saya bekerja, boss saya ada depan mata, takkan nak layan sms kamu. Semua orang ada kerje masing2 n kau pulak nak merajuk tak tantu pasal. Hei, I am working okay, to earn money setimpal dengan apa yang aku kerjakan. Bukan makan gaji buta.
  5. Aku pantang orang guna ayat...(sila baca dengan nada sedih orang tak layan kamu)


     

    'xpela..buatla kerje tu..'

    'yelah...siapalah saya ni...bukan macam kamu..'

    'okaylah...kalau saya ganggu, saya tak kacau la kamu...'

    'kalau saya ni ganggu hidup kamu, saya tak kacau dah...'


     

    Sangat menyakitkan hati okay ayat2 macam ini.

    And the fact that kita ini tak ada apa-apa hubungan, tambah lagi baru je berkenalan tak sampai sebulan...aku rasa tak de perlunya kau nak hantar SMS menyampah macam itu.

    Sedangkan bila x-pakwe dulu hantar SMS macam tu pun aku boleh gaduh besar, apatah lagi kamu yang aku tak kenal langsung.

    Sorry, aku memang benci ayat-ayat annoying yang tidak mengambil kira tahap ke'busy'an orang lain, tak mengambil kira situasi orang lain.


     

  6. Aku tak minat nak menjalin persahabatan dengan manusia yang pastinya akan buat aku rasa sakit hati, rasa annoyed dengan perangai kamu setiap masa, rasa menyampah yang berpanjangan n rasa kamu sangat tak menghargai aku.
  7. Aku sudah officially menjadi manusia kejam.
  8. Aku sudah nyatakan tidak mahu berkawan dengan dia.
  9. Aku sudah padamkan semua nombor, SMS dan juga call register yang ada nombor dia.
  10. Ingatan memang tak boleh di 'erase' kecuali dengan izin Tuhan...jadi, aku abadikan kamu di sini *pergh..kata tak suka*. Sekurang-kurangnya aku tak terlalu kejam dengan buang terus kamu. Aku manusia bukan papan lapis.
  11. Habis.

Friday, June 19, 2009

aku n award...


hye frens,



saya dapat award...

pertama kali dapat award yang specially dedicated for my name...
for me...

i'm honoured to receive it...

terima kasih banyak kepada:

cikgu Nani *hugs for d friendship...*


........

ini juga dari Nani kerana jadi follower dia.

saya ada seorang follower...
tapi, saya hiddenkan..
terimas pada dia yang menjadi follower saya itu.
saya hiddenkan sebab:
saya adalah tidak pandai menulis,
idea saya juga tidak hebat,
saya selalu copy paste sahaja email atau lirik lagu,
sudahlah selalu lupa nak update blog,
jadi,
saya adalah tidak layak untuk di follow.
tapi saya ada follow juga orang...
cuma tak ramai.
sebab saya takut tak sempat baca...
nanti saya sendiri kecewa pada diri sendiri...
apapun..saya adalah kacak!!
kan en.azizee...
betul kan????
.......

Thursday, June 18, 2009

aku n Miranda goshawk again...

Hye frens,

Following a suggestion from a friend, I did some googling in the internet...and found this:

~ siap ada table summary pasal dia lagi ~

"Miranda Goshawk is a Witch. She is a famous spellbook writer and specializes in Charms Books. Her books are required for Hogwarts. They are requested by Professor
Filius Flitwick. She wrote The Standard Book of Spells, a favorite of Hermione Granger."


"Goshawk's Guide to Herbology is a book written by Miranda Goshawk. It covers Herbology, listing several plants and plant growers, like a wizard in Nepal that is growing Gravity-resistant trees. It was mentioned by Neville Longbottom to Harry Potter while he was in the Hogwarts Library, searching for the tools that could be used in the second task of the 1994
Triwizard Tournament."


Okay, rupanya wujud watak bernama Miranda Goshawk...which is definitely different from me.


Tapi memang interesting bila buka link ini:


http://harrypotter.wikia.com/wiki/Miranda_Goshawk


Ada 7 series of The Standard Book of Spells ni. Each mentioned in every book. Betul-betulla Harry Potter ni satu phenomenon yang luar biasa. Siap ada laman web WIKI, macamlah memang betul-betul wujud satu dunia lain kat luar sana nun.


Ops..memang ada dunia lain...yang betul-betul di huni makhluk Tuhan yang lain.


Tapi, Harry ni cuma sekadar satu cerita fiction jek. Aku memang impress...




..........




Wednesday, June 17, 2009

Aku n angel n demons...

The Fountain of Four Rivers.


Hye frens...


Pagi-pagi lagi aku dah bangun mengadap lappy. Masih lagi berfikir-fikir apa mau disudahkan hari ini.


Dari semalam sebenarnya aku teringin benar nak pergi menonton 'Malaikat dan syaitan', tapi tak ada kawan nak ajak. Aku try check2 dalam paper, cuma masih tinggal GSC Mid Valley yang ada menayangkan cerita itu di waktu pagi. Well, 11.30am masih dikira pagi juga kan?


Sebenarnya aku memang tak pernah kesah pergi menonton wayang berseorangan. Pada aku tiada apa yang pelik. Masaalahnya, bila pergi kaunter tiket, mulalah cik penjual tiket bermuka sinis umpama aku adalah orang yang paling kesian dalam dunia, mahu menonton wayang pun tiada teman. Tapi...apalah aku kisah dengan semua itu. Yang penting aku dapat menonton cerita yang aku nak tengok n berpuas hati.


Selalunya cerita yang aku nak tengok, kebanyakan kawan-kawan aku tak nak tengok. Contohnya filem 'Malaikat dan syaitan' ini. Mereka kata cerita itu terlalu kompleks. Payah untuk difahami. Dulu, waktu tayangan pertama novel tulisan Mr. Dan Brown keluar, tiada satu pun kawan yang mahu meneman aku menonton. Jadi, aku sangat pasti kali ini juga tiada yang mahu meneman. Tambah lagi membuat aku pasti kerana semua novel Mr DB milikku, tiada kawan yang pernah meminjam. Kalau novel2 lain tu biasalah...


Sudah seminggu ini baru aku betul-betul berfikir nak pergi menonton filem ni. Memanglah ceritanya sudah lama keluar, cuma aku terlalu sibuk untuk melangsaikan keinginan yang satu ini. Oleh kerana petang aku bekerja, jadi haruslah tayangan pagi saja yg jadi pilihan. Oh..aku betul-betul nak keluar...tapi, tahap kemalasan untuk bersiap itu memang tinggi...lebih baik duduk di rumah, menyiapkan apa yang boleh disiapkan. Betul tak?


Tapi..aku betul2 nak tengok. Rasanya minggu depan mesti semua wayang dah tak tayang lagi citer tu...huhu...sedihnya...


So, siapa nak teman aku tengok 'A n D' esok?

..........

Monday, June 15, 2009

aku n my name is miranda goshwak...

aku memang minat sangat harry potter.
bukunya, movienya...
tapi aku lebih suka pada bukunya since i love to read more than anything.
so, bila ada apa2 kuiz menarik pasal harry potter ni, aku memang suka nak buat...
setakat ni baru jumpa tiga jek...



aku memang easily forget type...so, aku memang suka kalau orang cepat lupa bila aku buat salah...sakit telinga aku nak dengar orang mengungkit-ngungkit....tapi..kalau puji-pujian tu aku memang suka la sangat-sangat...\(^_*)/

nway..this spell doesn't kill kan???


'you are wise, kind and still ready to fight for what you think is right'
i love this character...
n i love that from d quiz, i might as well have the character in me...
owh, saya juga suka simpan secret. secret saya juga kawan2...
boleh ambil kira saya sebagai 'peti selamat' untuk simpan rahsia... \(^_^)/




apekah nama miranda goshwak???
rasa-rasa macam ahli sihir baik ke jahat??
ntah2 sepupu voldermolt kowt...haha...
tapi as aku baik macam dumbledore *ehem* might as well aku ni kawan2 pada harry potter.
a scandal that never told in any books maybe..*huhah..perasan!!*



.........

ada siapa2 nak date ngan aku menonton movie harry yg baru???
which aku boleh rasa aku akan kecewa sikit macam tengok order of pheonix.
tapi..yelah...mana la nak dapat masukkan semua plot buku 2 inci dalam 3 jam kan...
how i wish ada orang sanggup nak buat...dalam series ke kan??..

so, pandai-pandai sajala imagine apa yang tak ada nanti...urhhhh..can't wait..lambatnya bulan Julai...



.........

Wednesday, June 10, 2009

aku n ......

on hiatus
marathon Gossip Girl
way to go Serena!!
.........

Thursday, June 4, 2009

aku n bermain layang-layang bersama-sama amir...

hai..hai...semua...
hari ni malas tulis panjang-panjang...
mari nikmati entri bergambar...

watak utama..encik pemakan ais krim...
lepas makan ais krim, habis satu padang tu ditawafnya..
layang-layang arif yang gamba monster tu...
makcik bibik tengah ajar arif men layang-layang...pastu arif merajuk pasal makcik bibik sudah seronok pulak main, tak mau pulangkan layang-layang..huhu...

nampak bentuk awan tu??? unikkan?kan?kan?

awan diselubungi layang-layang...
..............

~ WEDDING RECEPTION ~

Hari minggu sudah, 2 orang sekali gus kawan-kawan sekolah aku selamat mendirikan rumah tangga...
Satu temanya berwarna biru,
Satu lagi berwarna purple....

Wedding reception yang ini kat pahang. Kitorang gerak pagi, maghrib sampai balik kat kl. Serius penat, n telah menyebabkan demam..huhu...
so, sekianlah aktiviti aku sepanjang minggu lepas....sangat penat sampai demam2..hoho...T___T
....................