Saturday, May 23, 2009

aku n hatiku berdegup kencang...

kadang-kadang kita tak sedarkan betapa uniknya ciptaan Tuhan.

Setiap perkara dijadikan berpasang-pasang.

Ada kanan, ada kiri.

Ada depan, ada belakang.

Ada atas, ada bawah.

Ada kuat, ada lemah.

Ada besar, ada kecil.

Ada kasar, ada halus...



yang paling penting...



Ada lelaki, ada perempuan.

Umur aku dah pon mencecah suku abad. Ye eh? Agaknye la kowt...

Perkara yang paling aku pasti dalam hidup ni adalah...

Aku pasti aku tak pernah faham apa itu lelaki.

Tapi selalunya aku terpegun.


Betapa sebenarnya...Allah itu jadikan lelaki ini :


~ untuk melindungi. Aku selalu rasa kagum bagaimana kawan-kawan lelaki akan jaga kawan-kawan perempuan. Contohnya bila pergi jungle trekking. Dalam ramai-ramai lelaki mesti akan ada sorang dua yang akan tinggal di belakang sekali untuk memastikan semua kawan-kawannya selamat. Aku rasa itu menunjukkan mereka ada rasa bertanggungjawab n mereka akan nampak awfully handsome.


~ cool. Dalam apa jua situasi, mesti akan ada seorang lelaki yang akan jadi sangat cool. Contohnya in a meeting bilamana semua orang nak memang n suddenly ada seorang yang membuat semua diam n cool down. Aku rasa lelaki ni ada satu aura yang boleh buat orang dengar cakap dia. Atau bila dalam keadaan yang sangat bising n tiba-tiba ada seorang lelaki akan kehadapan n bercakap sepatah dua...suddenly juga semua orang diam. Keadaan macam ni selalu buat aku rasa dengki dengan aura yang lelaki ada.


~ garang n lembut at d same time. Aku selalu hairan, kakak-kakak aku semuanya garang-garang. Kakak ipar juga begitu. Selalu sangat anak-anak saudara aku kena marah, kene lepuk. Tapi anak-anak saudara aku tetap tak takut pada mak diorang. Tapi sekali je ayah diorang bersuara, semuanya tiba-tiba jadi dengar cakap. Sampai sekarang aku tak faham how unique God's creation yang memberikan lelaki ada satu power to lead his family.


~ romantic in silence. Pada aku, lelaki yang jarang menyatakan rasa cinta dia, tapi rajin menunjukkan how he loves someone, itulah lelaki yang paling romantic. Ok, itu saje.


~ cute bila menutup mata. Okay, ini sebab kenapa entri ni bertajuk macam di atas. Setiap kali ada lelaki merehatkan mata depan aku, aku akan rasa..' how cute n adorable'...ops...for certain man yang ada semua kriteria kat atas itu sahaja. That's d moment lelaki akan nampak sangat soft n 'tulus'. Aku pon tak faham kenapa aku nak kena rsa berdebar...haish!!


tapi...bukan semua lelaki begitu. Aku jugak tak faham kenapa kadang-kadang lelaki boleh jadi begitu:


# ganas. Korang pernah tengok video seorang budak perempuan di sepak terajang oleh sekumpulan lelaki dan akhirnya kepalanya dihempas dengan batu? Tak cukup dengan itu, lelaki-lelaki itu merakamkan perbuatan tersebut dengan handphone mereka. Sampai sekarang aku tak boleh fikir macammana mereka boleh buat macam tu. Sampai sekarang aku tertanya-tanya, diorang tak terfikir ke kalau-kalau adik-beradik diorang pulak orang buat macam tu. Video itu telah berjaya buat aku muntah, pening-pening dan terus demam. Nauzubillah...jauhkanla kaum keluarga aku dari perkara sebegitu. Sebenarnya banyak lagi keganasan yang aku pasti korang pon tau. Tak payah la aku cerita kan? Sebab aku pon tak sanggup.


# tak ada hati perut. Korang pernah tengok cerita macammana seorang lelaki sanggup memukul isterinya yang sedang sarat mengandung dihadapan anak kecilnya? Atau korang pernah baca kisah seorang isteri yang rumah ibunya hanya selang beberapa pintu dari rumahnya, tetapi dek kerana suami yang 'aku pon tau nak kategorikan macammana, kejam mungkin?' , si isteri tadi tak pernah menjenguk ibunya lebih dari sepuluh tahun? Sebenarnya macam-macam lagi juga yang aku pernah baca, dan mungkin korang juga. Tapi aku tak sanggup nak taip dah...


# tak berperikemanusiaan. Korang pernah dengar cerita seorang datuk merogol cucunya? Seorang abang memperkosa adiknya. Seorang ayah menjual anak perempuannya ke rumah pelacuran. Pernah dengar?


okay, aku tak nak tulis dah perkara-perkara yang dasyat macam tu. Sesungguhnya aku tak pernah faham kenapa kadang-kadang sesetengah lelaki macam tak ada hati. Dan aku tak nak faham.


Bukan semua lelaki baik dan bukan semua lelaki jahat. Manusia dijadikan dengan bermacam-macam perangai. Terbukti Tuhan itu maha kaya...aku tahu tu.


Kesimpulannya: aku memang tak faham lelaki. Tapi aku tau, lelaki pon takkan faham perempuan. Betul tak??


Dan lelaki, jangan terasa hati. Aku seorang perempuan.


.......


Sampai sekarang aku tak faham kenapa dia tak nak mengaku dia dah bertunang...Bongok!!


.......

7 comments:

Diya Kamaruzaman said...

ngaaaa punya la mendayu2 diya baca half of the entry akak... terus tersentak bila baca satu bahagian lagi. sorry to say, diya tak sanggup nak baca bab2 keganasan lelaki tu... =(

tapi.

diya suka lah baca descriptions akak pasal kehebatan lelaki. macam yang pertama - untuk melindungi. diya macam ... a ah la, kalau pegi jungle tracking ke apa mesti ada dak laki backup kat belakang. how sweet kan. yang cool tu pulak, nampak sangat macho bagi diya. heee =D

Yummy Yum said...

ina...sampai skang saya masih tak paham nape suami saya asik nak membebel je kalau saya beli, baju, kasut or handbag baru...memang lelaki susah untuk dipahami

ChaiReeL AziZee said...

nak komen..tp xde idea..heh!

inna hayati said...

diya,
kak ina pon tak sanggup nak tulis panjang2 pasal keganasn lelaki tu. too depressing.

kan?macho kan?..haha..

mama,
a'ah kan. susah betul nak faham yang kita ni nak meningkatkan ekonomi negara. kalau tak beli macamne m'sia nak maju kan?

azizee,
pasal kamu lelaki eh??? ^_^

Aku... Dia... Kamu.. said...

Kenapa yer lelaki x ngaku dia dah bertunang? Sebab x tanya. Klu x tya buat apa nak cerita.

Tapi klu dah tya tp dia x ngaku, itu lain cerita. Maybe dia nak ada niat lain nak main2 kan kot!

Apapun, nice entry!

NAzzXXra said...

kehkehkeh..

aku hanya mampu gelak huling2 jek bace perkataan bongok tuh..

neway..bergosip la kiter sabtu neh..

memang wajib aku tanye..siapekah gerangan lelaki yang bertunang itu?

hehe

inna hayati said...

kamu,
itu dah tanya dah tu. tp tamau ngaku.jawapan dia:|'mana dapat citer ngarut nih??'
tengok2, sebulan kemudian sudah kahwin...

nazek,
tak yah la tanye...