Thursday, May 21, 2009

aku n eskrem nestle...

eskrem?
sape tak suka makan ekrem hangkat kaki.
hari ni aku mau cerita pasal eskrem.
eskrem ade macam-macam jenis.

kalau ikut sejarah :


"Ancient civilizations have served ice for cold foods for thousands of years. Mesopotamia has the earliest icehouses in existence, 4,000 years ago, beside the Euphrates River, where the wealthy stored items to keep them cold. The pharaohs of Egypt had ice shipped to them. In the fifth century BC, ancient Greeks sold snow cones mixed with honey and fruit in the markets of Athens. Persians, having mastered the storage of ice, ate chilled desserts well into summer. Roman Emperor Nero had ice brought from the mountains and combined with fruit toppings. These were some early chilled delicacies."



Abang aku memang suka makan eskrem. Setiap kali datang umah kakak aku mesti dia bawak eskrem yang kat atas ni. Aku suka makan coklat keras kat tengah-tengah dia tu. Kalau abang aku lama tak datang , mesti aku g cari eskrem ni...konon2 rindu kat abang la...haha..gediks.


Dulu-dulu kalau ada cuti balik bermalam mesti abang ipar aku amek aku kat sekolah. Pasal dia meniaga sendiri, so dia sorang je yang boleh amek aku lepas sekolah. Sampai jek umah mesti die belanje aku makan Tropicana nih. Kat umah kakak aku dlu, bekalan eskrem memang tak penah surut. Kalau takde eskrem yg bekas besar yang dalam tupperware tu, mesti ada eskrem nih. Memang sedap hingga menjilat jari.
Okay, ini cerita yang terbaru. Baru- baru ini aku berkenalan dengan seorang pembuat eskrem nestle. Pagi tadi katanya tengan membancuh throphy cokelat ini. Aku memang jarang makan Throphy ni...tapi bila dia citer pagi tadi, terus je pagi-pagi aku dah mencari eskrem ni...mmm...


Dulu-dulu hari ahad pagi time aku dok asrama, mesti ade soramh pakcik masuk sekolah kitoang jual eskrem. Pakcik tu masuk kot pintu belakang n lepak kat padang sekolah. Die takot kene marah ngan pak guard kot.
Kitorang pagi-pagi Ahad biasanya ada prep pagi. Ape lagi, hari Ahad kan, biasanya semua homework dah siap. Kami bersuka ria la dalam kelas.
Yang pelik tu budak perempuan wajib turun. Tapi budak lelaki boleh plak lepak kat dorm. Yang bertambah lagi pelik tu, takde pulak kami yang perempuan2 ni komplain ....
okay...balik pada cerita...dah bosan kene lepak kat kelas Ahad pagi, kitorang tawaf satu sekolah la. Sambil2 tawaf makan eskrem macam yang kat atas ni. Tepat kul 10 jek pakcik ni mesti ada kat padang ngan motor die. Kejap2 kitorang turun beli yang macam ini. Kejap2 kang turun beli yang ada roti plak. Korang penah makan? Die kepit lebih kurang 3 scoop dalam roti.
Tapi skang tak macam dulu...skang ciput jek satu scoop. Pastu rasanya macam banyak tepung jek. Tak nikmat macam dulu. Dulu aku ingat pakcik tu mesti letak banyak.. Dah la tu, kalau datang banyak2 kali, siap die kasik free lagi...
Eskrem yang ni plak faveret aku masa kat kolej. Belakang kolej kitoang ada satu kedai runcit. Kedai runcit kat kampung kan. Mestila jual eskrem pelik-pelik yang kita tak penah jumpa. Yang paling penting mestila ada ekrem M'sia. Korang tau ekrem M'sia? Ala...yang esrem wat sendiri tu. Tuang air milo dalam plastik eskrem tu, pastu simpan dalam peti ais.
Tapi aku nak citer pasal eskrem potong nih. Kat kedai runcit tu adala jual ekrem potong nih. Macam2 rasa ada. Kacang, jagung, cendol, cokelat, kaler2 pon ade. Sebelah kedai runcit tu kedai makan. Tapi tak penah makan kat situ pasal kedai to kotor. Aku n kawan-kawan memang akan berhenti beli eskrem potong tu. So kalau beli makanan bungkus, kene sorok2 sket baru pegi kedai runcit tu. Sebab nanti makcik kedai makan sebelah tu esti nak jeling-jeling kat kitoang..haha...
.........
jadi...kesimpulannya...setiap eskrem memang ada ceritanya sendiri. Cerita ice cream anda pula bagaimana?? ^_^
.........

4 comments:

Diya Kamaruzaman said...

ahaks. aiskrim favourite akak sama ngan diya. especially aiskrim hijau putih dan kacang2 tu =D

Aku... Dia... Kamu.. said...

Aiskrim memang sdap...tapi lagi sedap kalau org yg belanja yerk!!!

13may said...

no komen la :D

inna hayati said...

diya,
heheh..sedapkan yg itu? rsa bahagia dapat makan ekrem.. :)

kamu,
btul..btul...btul...memang sedap kalau ada org belanje :D

en.may,
:D