Tuesday, March 31, 2009

aku n stop!!

salam,
last entry sampai tatau bile.
dah malas dah nak update blog.
nantilah...
bile dah ready, akan aktif balik.
da....bloggers...
da....update...
baca blog??? never stop.
hari2 saya baca update kamu2...
da...da...frens...
.....
love,
innahayati
.....
*pss...sampai die itu berenti kacau saya...baru saya sambung balik.

Friday, March 27, 2009

aku n renung-renungkan...

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Wassalam,

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"
.....

Tuesday, March 17, 2009

aku n birthday datang lagi....

wah....sudah masuk lagi setahun....
sudah menjadi lebih tua...

pesan mak pagi tadi.:

-cuba Ina muhasabah diri,
-umur sudah 25 tahun apa yang Ina ada?
-apa pencapaian Ina?
-apa yang sudah dapat Ina miliki?
-cukupkah amalan Ina selama ini?
-cukupkah solat Ina hari2?

-cukupkah ilmu didada Ina?
-sudah bahagiakah hidup Ina?
-..........(banyak lagi)
last sekali....
-sudah adakah calon menantu untuk mak?

huheh....pagi2 lagi sudah kena ceramah perdana...

Tapi...satu hari ini memang berfikir. Sedih juga di hati. Rasa masih belum cukup. Banyak yang di idam belum dicapai. Banyak yang di lakukan masih belum nampak hasilnya.

Bila fikir2 lagi....hish....fikir2 lagi....hish.....cepatlah datangkan......hish...bab yang satu ni memang payah....Berat betul Ina nak jawab tu mak...huheh.... ^_^

.......

Monday, March 16, 2009

aku n bila nampak chopstick mesti aku rasa nak makan megi(mee segera)...

.......

Aku pon tak pasti berapa lama. Mungkin ada la nak dekat setahun dah kot aku tak masak. Bibik kakak aku pelik sket. Muka dia tibe2 jadik hijau kalau aku nak sibuk2 masak kat dapur. So aku tak akan cube2 nak buat baik tolong die kat dapur. Sebab kalau tolong die masak lagi la die macam singa masuk dapur. yup...that bibik memang pelik.

Tapi semalam, bibik cuti n my sis takde. Ada 4 orang lelaki kat rumah yang sangat kuat makan. urm...yang no tiga tu kurang sikit makan. Otak tibe2 jadi kosong. Ape la aku nak masak untuk budak2 ni so that diorang makan masakan aku. Nak masak nasi, aku macam rasa tak yakin jek. Ntah lauk ape plak nak tibai.

Kung kang, kung kang...finally dalam masa setengah jam, aku berjaya memasak sup makaroni. Rasa? okay... tanya sorang2 cakap sedap. Out of ten? yang sulung bagi 8, yang no 2 bagi 9, yangg no 3 bagi 10..(muehehe...terer gak makcik derang masak) n yang last tak cakap pape...memang die tak pandai bercakap je lagi pon. Yup, Amir yg tembam itula...

oh...main story nak citer..rupanya aku ni boleh lagi masak...huheh... :)

secondnya, nak citer...sebab pandang chopstick kat dalam laci la, jadi aku termasak makaroni. Memula nak masak maggi goreng jek. Belek punya belek, selongkar punya selongkar, tak jumpa plak mee maggi. Seb baik jumpa makaroni...berjaya!!

......

dapat 2 comforting hug yesterday. thanks dear. :)
.......

today??
sigh... T_T ....life is so hard sometimes. I am badly hurt. Dem!!!

......

Thursday, March 12, 2009

aku n berserabut...

.....

manusia datang dan pergi,
pergi dan datang kembali,
pergi tapi tidak kembali,

manusia datang dan pergi,
datang dengan harapan,
datang dengan pengertian,
datang dengan senyuman,

manusia datang dan pergi,
pergi dengan kesakitan,
pergi dengan kenangan,
yang pahit,
yang manis,

manusia datang dan pergi,
membawa bahagia,
membawa lara,
membawa duka,
kadangkala mengubat luka di hati,
kadangkala menoreh hati menjadi luka,
darahnya tiada berhenti,
parahnya tidak di ubati,

sakit,
perit,
pedih,

pindahkan,
tukarkan,
biarlah hanya kenangan,
semoga hati tenang,
semoga hati tabah,
semoga tiada air mata yg tumpah,

manusia datang dan pergi,
pergilah,
tinggalkan aku,
tinggalkan kenanganmu,
tinggalkan kisah manis kita,
bawalah kisah pahit kita,
aku sudah lelah,
perih mengubat hati,
pergilah....

.....

kadang-kadang bila akal jadik kurang waras, aku boleh jadik jiwa2 jugak.hoho...sebenarnya banyak sangat yg berlaku.sampaikan aku tak termampu nak luah. pada teman, pada sesiapapun. jadi, nak luah dalam blog lagi lah payah...maka jadilah aku blogger senyap. baca blog org pun senyap2. last2 blog aku jugak jadik takde pengunjung. maka, padan muka.kan?
nantila...bila semangat dah kembali dalam diri...nanti...bila?tak tahulah.... huhu... ^_^

n yes, aku tengok kabhi kushi kabhi gham to force myself to cry.

.....

Wednesday, March 11, 2009

aku n dia...

okay...ini permulaan k...mulanya....tengok dulu puas2...
......

Tuesday, March 10, 2009

aku n ye kah??!!!

tengahari tadi...

berita pukul 1.30...

penyiasatan dilakukan...

bukan osama b laden, bukan orang islam...

tetapi israel disyaki dalang di sebalik tragedi 11 sept.

akhirnya....

apa pendapat kamu?

dan kamu?



....

belum lagi...sikit lagi....


.....

Sunday, March 8, 2009

aku n sibuknye...

again....

sedih....

sibuk sangatlah kononnya...

sedih...

sikit lagi k...

sikit je lagi...

...