Friday, February 13, 2009

aku n dia yang bernama ayah...

warning: entri kali ini sedih...jangan baca sekiranya anda sedang dalam kesedihan. Saya tidak bertanggungjawab atas kesedihan anda. ^_^


------

Ayah, abah, bapak, abi, papa, daddy....walau apa pun panggilannya, aku tak pernah mengenal dia. Tak pernah tahu bagaimanakah orangnya, hanya sekeping gambar hitam putih yang kabur warna membantuku mengenal insan ini.

(hari tu purse hilang,dah la gamba tu ade dalam purse tu,damn pencuri purse...takkan ku maafkan dosa kamu!!)


Dia seorang pegawai polis. Mata-mata kata mak. Perginya kerana sakit yg tak boleh diubati. Mungkin teknologi sekarang mampu menyelamatkan nyawanya, tapi, 24 tahun dahulu, harga untuk satu jantung, terlalu mahal untuk keluarga kami. Relakan sahaja dia pergi, kata semua orang.Kalaulah aku sudah besar kala itu...kalaulah...
Membaca puisi ini, hatiku sebak. Sesungguhnya dia tidak pernah ada untuk mengajar aku semua itu. Teringin sekali aku merasa dididik oleh dia. Diajar berkata-kata agar aku bisa membaca alif...ba...ta..., diajar bergurindam agar aku bisa mengalunkan merdunya ayat-ayat muqaddam, diajar berlari agar aku bisa mengejar impian-impianku , diajar bertutur agar aku bisa menahan kata-kataku dari menjadi orang yg kufur, dan mengajarku menyebut dan memahami Bismillah dan Fatihah agar aku bisa menjadi seorang anak yang solehah untuknya.

Kalaulah dia ada untuk mengajarku semua itu, tentu aku bukan di sini. Tentu aku bisa menggapai awan yang lebih tinggi...kalaulah....kalaulah dia ada...

Garang sungguh orangnya kata kakak dan abang. Mungkin kerana pekerjaannya maka wataknya begitu. Pernah seorang abangku diikat di pokok yang penuh dengan kenggera kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi cikgu. Begitulah garangnya dia. Tapi kata kakak, kerana garangnya itulah, abang dan kakak berpijak di bumi nyata, menyedari hakikat hidup...Kalaulah aku juga sempat belajar seperti mereka...kalaulah....

Kamu-kamu memang bertuah, kerana kamu masih memiliki dia. Masih boleh manatap wajahnya dihadapan kamu. Masih boleh mendengar suaranya bila sahaja kamu ingini. Masih boleh berlari kepangkuannya kala kamu begitu rindukan dia. Masih boleh bercerita pabila kamu gembira. Masih boleh menangis di bahunya kala hati kamu disakiti. Masih boleh mengadu kala kamu buntu mengahdapi hidup. Sungguh aku cemburu dengan kamu-kamu semua.Kalaulah aku boleh berada di tempat kamu, untuk merasa bagaimana rasanya kasih sayang dia...kalaulah...

Sungguh, aku dengki. Hatiku sayu melihat sepupu2 ku, sahabat2 ku dinikahkan oleh ayah mereka. Bukan mereka yang menangis, malah aku yang menitiskan air mata melihat babak2 akad nikah itu. Usahlah kamu tanya bagaimana, perasaan itu tidak mampu untuk aku gambarkan.Kalaulah dia ada...

Saat hatiku dikecewakan, hatiku sering memberontak. Kenapa dia diambil terlalu cepat. Kenapa dia tidak dipinjamkan lama sedikit agar aku tidak perlu merasa kecewa. Agar aku tahu bagaimanakah sebenarnya watak seorang lelaki. Agar dia mengajar aku menjauhkan diri dari lelaki yang salah. Agar aku tidak tercari2 kasih yang tidak pernah aku rasa itu. Kalaulah dia ada...

Jadi kamu, andai kamu terbaca cerita ku ini, aku mahu kamu tahu, aku tidak pernah meminta dilahirkan tanpa mengenal dia. Aku tidak pernah meminta dia pergi terlalu awal sehingga dia tidak sempat mengajarku mengenal orang sejahat kamu. Jika kamu mampu berkata, memang nasibku begitu, jangan dikenang yang sudah tiada, maka aku juga mampu berkata, aku tidak perlukan kamu dalam hidupku. Jika kamu berani mempersendakan hidup dia yang tidak pernah aku jumpa itu, maka aku juga berani membuang kamu jauh dari hidupku. Aku cukup sedar dengan nasibku dan aku tidak perlukan kamu mengingatkanku. Aku bukan meminta simpati, aku cuma mahu kamu mengerti. Jika kamu tidak mahu mengerti, pergilah kamu jauh dari hidupku kerana hatiku tidak pernah belajar menerima kasih dari golongan seperti kamu. Pergi

-----

saya tak mintak korang simpati okay, saya cuma nak berkongsi...thanks kerana sudi membaca.. ^_^

entri ini sebenarnya ditujukan pada makhluk asing yg jahat...

n sabahat bloggers, untuk pengetahun ayah saya meninggal dunia when I was 1 years old.

n walaupun dia tak sempat ajar saya macam dalam puisi tu, saya tetap jadi orang, saya masih ada mak, abang n kakak yg membesarkan saya n mengajar erti hidup...saya sedar diri so janganlah anggap saya menyalahkan takdir k. tidak pernah dah tidak mungkin sama sekali... wink ^-^

.....

*ps: atiqah,saya pinjam entri kamu... thanks...

6 comments:

A t i Q a h said...

Owh. Entri ini ke. Em, kalau kamu nak ambik puisi itu pun tak apa. Saya juga masih tercari-cari siapa penulis sajak tu.

Anyway, tabah ya. :)

inna hayati said...

atiqah,
thanks ya.. :)

NAzzXXra said...

i hug u!!!!

BudAk hijAu said...

huhuhuhu...sedih dh nie!

inna hayati said...

nazek,
hug..hug... :)

hjijau,
tisu...tisu.... :)

myadlan said...

salam.. lama tak singgah.
sedey sket baca citer ni. bersyukur sy masih ada kedua2 ibu bapa smp skrg..