Thursday, February 21, 2008

aku n saket jiwa ragaku!!

Pemalas betul aku rupenye 2-3 menjak ni...baru ku sedar, selepas 20hb, baru 2 kali aku antar entri untuk bulan ini...teruk sungguh aku ini!!

Tolong aku...

Ape aku nak buat???

Ade satu mamat ni, sangatlah 'alim' nampaknye. Bila cakap ngan pompuan mesti tak boleh nak tentang mata. Cakap pon tersedak2...

Yang SANGAT PELIK dan AJAIBNYE, aku sorang je girl dalam kelas tu yang die rajin nak ajak bercakap, rajin nak bertanye, rajin nak me'mesej2'jan dan paling PELIK, siap suh ajak die kalau aku nak pegi study kat library ke, mane-mane ke...apekah??!!

Terang-terang aku dah tayang 'cik abang' aku depan die (dengan bangganya), die siap boleh tanye 'kau ade pakwe ke??' .Mahu saje aku 'silambam' mukenye itue!! apekah engkau tak paham bahasa wahai manusia???!!!

Memandangkan die tu macam tak reti nak bercakap, aku malasla nak berlaku kejam 'seperti nazi', karang terus tak nak bercakap pulak...masaalahnye, aku menyampah nak melayan die!! menyampah!!

Ape patut aku buat??? *penin*

Tuesday, February 19, 2008

aku n kucin-kucin...(entri malas...)





~ comel???comel....~
hari ahad:17 feb 2007
*lagi sebulan bday aku....jangan lupe k sume orang..hehe...:)
hari menangis :
i:malam 'nite walk'
ii:siang 'modul kpu'
hari ini aku masih rasa mahu menagis...huhu...

Wednesday, February 13, 2008

aku n mimpi...


~ menyerah dengan gaya paling cumel sekali~

Lama betul tak menulis dalam ni...minggu lepas eden bercoti sakan...tak sempat nak menjengok blog n kawan2 sume...huhu....

seminggu miniti detik cuti ku...

isnin-rabu : JB
rabu-jumaat: AI
jumaat-sabtu: SB
sabtu-ahad: TTDI J

di mana aku sebenarnye???

Malam tadi aku membaca buku sebelum tidur. Berat (buku tu tebal)... sampaikan aku termimpi menjadi watak utama dalam cerita itu dan pelakon tambahannya adalah meraka2 di sekelilingku. Pagi ini aku terjaga dengan rasa yang amat penat. Kerana cerita itu, yang isinya sangat berat telah menyebabkan aku melakonkan watak yang amat berat jugak...huhu...

Bangun dari tidur, aku terfikir lagi...hati dan perasaan adalah satu perkara yang amat susah dan paling payah untuk ditafsirkan.

Cerita itu tentang CINTA. Watak utamanya mengorbankan cinta hatinya demi keluarga. Sehingga akhir hayatnya dia menderita kerana hatinya tak pernah merelakan CINTA yang telah dibawa pergi. Pencerita kelihatan agak kejam kerana mengakhirkan cerita itu dengan penuh tragis.

Tapi, itulah realiti hidup...tiada akhiran yang bahagia umpama dongeng 'fairy tales'.....Tiada prince charming berkuda menyelamatkan puteri dari sang raksasa...Hidup memang sentiasa punuh dengan dugaan...hanya kita yang perlu kuat untuk menepis semua dugaan dan cabaran... *macam motivator pulok*

Tapi...kita boleh beli kuda or pegi ladang kuda...sewa menunggang kuda tak la mahal sangat kot...tak payah nak tunggu perince charming pon..muahahahaha... ;)

moralnya: jangan baca buku sebelum tidur...nanti termasuk dalam mimpi, otak jadi penat, badan pun letih juga..

Aku petik dari filem CINTA:

' Orang yang paling kita sayang adalah orang yang paling susah untuk disayangi...'

untuk kamu:

walau kamu begitu, aku akan tetap sabar di sini,

walau kamu begitu, aku akan tetap setia menanti...

*selamat hari lahir sayang...*