Wednesday, September 26, 2007

aku n teman...



# aku curik dari email...

perkara yg tak disangka...

utk sume teman2 aku...baca plss...Sesuatu yg anda x perasan@terfikir..

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
*mati ke??*

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
*amin...*

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda
*dengki neh...*

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
*lor...tak suke ke?*

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
*sape eh...??*

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
*sape?sape?tunjukkan dirimu...*

7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
*wah...kesiannye die...janganla camtu, biarla die selalu bahagia..*

8. Anda seorang yang istimewa dan unik
*ye ke?saya???*

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
*uh..uh...misterinye...*

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.
*saya kene membaiki kesilapan itu....kan?kan?*

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula;mungkin anda yang meminggirkan mereka.
*uh....ooo....ye ek camtu?? patutla....*

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.
*jadi...kne fikir BOLEH selalu...*

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.
*ingat yang manis, lupakan yang pahit...aku memang pelupa pon...(",)*


14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya. *tak de orang nak dengar la...*

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.
*saya akan cuba....ade ke??*


Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya,sehari untuk teman tetap paling setia.walaupn punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga.... (",)

# kesihatan aku yg tak menentu...

dah dua hari aku rasa sangat2 tak sehat, aku rasa macam akan tumbang bila-bila masa je..
macam-macam yang ada dalam otak dan fikiran aku, sampai satu tahap aku rasa nak tidur...tidur n tak nak bangun2 lagi sampai semua yang mengganggu fikiran dah berjaya terhapus...haha...

tapi, kalau aku tak hapuskan...siapalah yang nak buat itu semua untuk aku...betul tak?

malas...malas nak fikir, otak penat, badan pun letih...


9 comments:

green apple said...

Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.

Lupakannnn?????
bagi aku semayang istiharah dulu tgk nak kena lupakan ke tak.

Orang Biasa said...

ooo patutla aku slalu buat kesilapan besar...sebab nak hikmahnye.. ;p

inna hayati said...

green apple :
haha...kelaka la akak epal ni, solat jangan tak solat neh...check kene maap ke tak..(",)

orang biasa :
sekali sekala takpe...hilang hikmahnye nanti...

ad3ck said...

ade betulnye gak email ko neh. same2 la renungkan hehe.

inna hayati said...

ad3ck :
betul2..renung2kan n selamat beramal...(??)

13may said...

oh! jaga diri... :)

ah kim said...

Salam Eidul Fitri. Maaf Zahir Batin.

Darling said...

aku suka entry ni dan buat aku terfikirkan sesuatu. yeah sesuatu.. aku kan suka berfikir. kesian otak aku ni..

hidup umpama roller coaster

inna hayati said...

encik 13may:
thanks... :)

ah kim :
selamat hali laya juga...dah nak raya ke?? (??)...

darling :
terima kaseh...saye pon copy paste saje...

kadand2 kite terpaksa jugak berfikir... :)