Thursday, September 20, 2007

aku n orang besar...


~ kucing ini diambil dari en.faris fakri :
terima kaseh encik kerana sudi memenuhi permintaan saya (",) ~


ini adalah cerita yang berlaku pada hari semalam :

OB -orang besar
A-aku

situasi : sangat ramai customer mengerumuni aku, ada adik2 perempuan 3 orang sedang menunggu aku print dokumen diorang, kanak beberapa orang tah (aku tak ingat) sedang menunggu untuk main game n en.bos pulak keluar.

OB : siapa bos kat sini? (tanpa salam)

A: saya pekerja, bos tak ada, dia keluar

OB: siapa pengurus kat sini?
(dengan nada yang menjengkelkan)

A: bos saya pengurus, tapi dia keluar

OB : habis siapa yang uruskan kedai sekarang? (dengan nada yang menjengkelkan lagi)

A : owh...saya sorang

OB : itulah saya tanya, awaklah yang menguruskan kedai ni!! (dengan nada yang tinggi dan sangat menjengkelkan)

entahkan aku salah dengar atau salah faham, tapi lebih kurang begitulah dialog antara aku n seorang OB. tanpa salam tiga OB telah meredah kedai ini. seperti yang tertera di atas, situasinya aku seorang di kedai n encik bos keluar (yang tak pernah aku amek tau ke mana dia pergi...biarla, dia bos kan...). mereka datang untuk menge'check' lesen kedai kerana mungkin mereka beranggapan aku kat dalam kedai ni tengah jual dadah atau tengah bagi budak2 kecik yang datang main game ni tengok gambar2 lucah. (sorry sebab kurang sopan ayatku ini...)

lagi sekali aku nak cakap : tanpa salam
besar sungguh pangkat mereka itu (perasaan mereka la tu). maaflah jika ada pembaca2 blog ini yang bekerja kerajaan. bahawasanya kenyataan aku ini bukanlah prejudis kepada semua orang, tapi selalunya inilah yang berlaku : pagawai2 kerajaan merasakan mereka sudah sangat besar untuk meredah rumah orang dengan tidak sopan dan melupakan ciri2 ketimuran melayu yang penuh sopan dan santun.

apa perasaan korang kalau berada di tempat aku? aku tau lah mereka itu memang 'orang besar', tapi cukup besarkah mereka untuk masuk n menyergah aku sedemikian rupa. maaflah kerana aku bercakap sangat tidak sopan hari ini : tapi, di manakah mereka meletakkan mata mereka di kala itu? tidakkah mereka melihat 3 orang budak perempuan yang nak print assigment itu bertudung labuh? (mereka gadis2 dari kolej islam ok)
tidakkah mereka nampak betapa busynya aku untuk memberi perkhidmatan yang terbaik pada pelanggan2 aku n yang paling penting
--> aku bertudung ok. cukup sopan untuk menggambarkan yang aku ini tak jual dadah n tak membenarkan apa2 laman web yang tidak dibenarkan di buka di kedai ini. n...n..ye, aku senyum sambil menjawab soalan encik OB itu ye...aku senyum! bukan aku wat muka sombong walaupun di kala itu aku rasa nak menjerit kerana kanak2 yang menunggu itu amat2lah tidak sabar sama sekali nak main game.

aku tak marah dah sekarang sebab semalam dah cukup kurus pahala puasa aku kerana 'membebel' dengan sepenuh perasaannye pada en.bos, aina n rumate...huhu...

aku bercerita kerana aku nak bagitau betapa aku hairannya dengan perangai OB yang rasa diri sangat besar itu. aku rasa sangat pelik...sebab aku rasa mereka bukan en.polis apatah lagi sesiapa yang berkuasa untuk menyerbu satu2 tempat dengan tidak sopannya. mereka hanyalah pegawai kerajaan yang datang untuk menge'check' kesahihan lesen perniagaan premis kedai ini.
tooolllllloooooonnnggglah!!!! sedar la diri sikit, boleh tak???

aku nak tolong ajar k : (walaupun aku tak berkelayakan) boleh tak berlatih bercakap macam ni?

" cik @ adik @ whatever, assalamualaikum.... kami dari ...bla,bla,bla... datang nak check lesen kerana kami rasa ragu2 dengan status premis ini "

susah ke??susah ke nak bersopan santun? pakcik kalau masuk rumah orang macam tu ek?

" eh, bapak ko sape? "

macam tu ke perangai seorang yang dipanggil pegawai kerajaan yang lebih dewasa n lebih tua dari aku? tambah2 lagi sekarang ni bulan puasa...

itulah cerita aku... jadi, untuk anda-anda semua yang membaca blog saya ini, fikir-fikirkanlah k, sebanyak mana kesopanan anda yang dapat anda praktikkan dengan tidak mengecikkan hati orang lain??
(kalau orang kecik ati tu...maknenye kite ni memang kurang sopan la kan...)

aku bukanlah seorang yang teramat sopan, cumanya aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak mengecikkan hati orang lain, tambah2 lagi bila aku terpaksa berhadapan dengan orang yang aku tak kenal. takkan nak buat kurang ajar depan tah sape2 kan? rosakla reputasi aku sebagai seorang gadis melayu *sigh*

habes........

# balik awal :

hari ini aku balik awal sebab ade kelas. n terus balik bilik, malam karang baru datang semula... sebab dah balik awal, malasnye nak jalan semula ke depan...huhu...
tapi, nak makan ape ye malam ni kalau tak jalan ke depan? aloh la...busannye hari kamis ni...huhu...

nak balik da...babai...


4 comments:

achik said...

biasa la diorang tu.. ramai yg sengal!!! sabor ek.. ;p

inna hayati said...

thanks...tapi xde pe da...xmarah pon, cume terkilan je jumpe orang yang lebih dewasa tapi tak mampu bagi contoh pada yang lebih muda...

13may said...

hehhe....standard la camtu...
hahha

inna hayati said...

en.may :
hehe...huhu