Tuesday, September 11, 2007

aku n lelaki ini....

Lelaki ini - Anuar Zain

Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…

~ lelaki yang manakah yang akan selalu mencintaiku itu?? adakah Anuar Zain? bahagianya....hahaha.....

lelaki : suatu yang misteri pada aku. bukan aku tak pernah rapat dengan lelaki, bukan aku tak ada abang, anak2 saudara aku pun lelaki, tapi kadang2 aku rasa mereka ini adalah sangat misteri. sangat susah untuk meneka apa dalam fikiran mereka2 ini. sangat susah untuk aku memahami banyak perkara yang dilakukan oleh mereka2 ini.

contoh :

rokok : sampai sekarang aku tak dapat nak faham macam mana sesetengah lelaki ini mampu menghabiskan duit mereka untuk rokok. time2 sengkek gile nak mamfyus pun boleh lagi beli rokok lagi.

time pegi kedai makan lagi aku tak boleh faham...sampai2 kedai tu sebatang dah habis, sebelum makan, sementara tunggu order sebatang lagi, lepas makan lagi sebatang, tak puas lagi sementara tunggu awek atau kawan2 makan, lagi sebatang....and lastly masa dah bayar, time nak blah naik kereta ke, motor ke, jalan kaki ke...lagi sebatang. dalam satu masa tu je, 5 batang rokok diorang sebat...time2 lain macam ne lak ek? bila jumpe orang macam tu mesti dalam hati aku cakap 'gile mamat ni' ...

aku selalu je nak tanye kat diorang ni : ape yang sedap sangat rokok tu ye?? nak kata rasa strawberry ke, cokelat ke...takkan la kan... da la bau die, tak bleh blah gile...terus terang la...aku memang sakit jiwa betul dengan bau rokok ni...ampun maaf

tapi, tak kesah la kan...itu da memang nature derang...aku pun tak de la nak anti ke, tak suke ke orang hisap rokok ni...lantak korang la... duit korang, badan korang. betul tak?

contoh :

hati : aku lagi tak faham bab yang satu ni. kenapa ye kadang2 ada lelaki ni yang dengan senang hatinye boleh tinggalkan orang yang pernah die sayang n sayang kat orang lain plak dengan rasa tak bersalahnye. memang betul setiap manusia berubah. aku tau tu...kenyataan tu tak dapat di ubah, tapi aku sangat tak faham macam ne diorang ni boleh jadi sanagt kejam.

kenapa ye mereka boleh menipu dengan jayanya pada orang yang diorang sayang? contohla kan, a man ni sayang pada a girl ni, tapi die dah terjatuh sayang plak pada a woman ni pada yang sama, tapi die tak cakap pada this girl. dengan alasan die tak nak girl ni terluka sebab die sayang betul pada girl ni, bukan main2 punye. die tak nak girl ni rasa sedih... logik ke? kalau dah menipu tu, tentulah kite marah n sedih kan? tak patut kan alasan die? aku tak faham betul. tak faham betul cara lelaki ni menyayangi...pelik2...


3 comments:

green apple said...

cakap kat lelaki-lelaki yang suka bakar sampah itu, barangsiapa yang menghisap rokok, maka kebarangkalian untuk isterinya naik pelamin dua kali adelah 200%.
sekian.

13may said...

sambungan dari GreenApple:

dan jika isterinya asyik merungut suaminya merokok, maka kebarangkalian isterinya berpeluang mengadakan majlis kawin sambut orang baru adalah 200% gak....

hahha ahhha hahha :P

inna hayati said...

saya akan sampaikan kedua2 pesanan akak green apple n en.may...
~takot saye...