Saturday, September 22, 2007

aku n kuih...


~ wang atau nyawa?? ~
ade ke itik tu nak rompak kucing?? tak baikkan? kan?

cube tengok kucing tu...comel kan?kan?

aku nak semelih itik2 tu ngan pisau yang derang bawak tu !! tak kire!!


# al-Fatihah...

pertama sekali aku nak mengucapkan takziah yang teramat2 sangat untuk keluarga arwah adik Nurin Jazlin... semoga mereka tabah menghadapi kenyataan pedih ini.

al-Fatihah untuk arwah...

aku tak nak mengulas kejadian ini kerana aku hanyalah manusia yang kerdil n semua orang pun tentunya rasa apa yang aku rasa pada penjenayah itu.


# kuih nekbak...
(betul kot eja macam tu)

petang tadi, seperti biasa aku mencari makanan untuk berbuka aku di pasar ramadan depan kolej ni...

dan hari ni aku jumpa sesuatu :

aku : dalam mangkuk tu bubur ke makcik?
makcik jual kuih : bukan, itu nekbak

~aku ternganga kejap...maaflah, aku memang tak tau apakah makanan itu sebenarnye...seriously tak tau...

makcik jual kuih : die macam bahulu, manis2 rasa die...
aku : okay, saya nak satu (satu - RM1)

aku pon berjalan pulang setelah seharian berkerja di kedai sambil membawa rezeki untuk berbukaku pada hari ini :
~satu mangkuk 'nekbak' - RM1
~karipap pusing 2 + semose 2 - RM1
~ikan 'ape tah' masak lemak kuning (ade bendi 2 ketul sekali ngan ikan tu ) - RM2
-------total : RM4 ------ sehengget jimat...bagusnye saya...hehe...
(budget aku RM5 je sehari sebab kalau tak budget, aku akan hilang akal n menghabiskan lebih dari sepatutnye satu hari makanya tak jadi la rancangan nak buang lemak...hehe...)

bende aku nak cerita hari ini adalah pasal nekbak tu sebenarnye.... dulu pernah sekali kawan aku bawak nekbak tu dari rumah die (aku lupa kelantan atau terengganu ). dan seingat aku rasa nekbak itu adalah sangat berlainan sekali dari yang aku beli hari ini... sebab nekbak yang aku makan hari ini 'serupa macam kuih bahulu rendam dalam air kosong' !! tawar n betul2 macam kita rendam kuih ape2 pon dalam air sejuk.
aku nak tanye ni...betul2 nak tau... memang macam tu ke rase nekbak tu? ada sape2 boleh tolong bagitau??

sebenarnye aku amat bersyukur sebab kat sini kuih masih lagi empat seringgit. ada sesetengah kuih je yang tiga seringgit. aku sangat2 terkejut dengan kenyataan beberapa orang blogger yang aku singgah n mengintai (maaf) kuih 2 seringgit, satu 60/70 sen... nasib baik la bila balik rumah aku tak beli kuih kat pasar ramadan sebab kat rumah sentiasa ada desert yang sedap2 di masak oleh kak ngah selalunye...hehe...
rindu pulak pada puding caramel kak ngah. tak sabarnye aku nak balik rumah... yea!yae! nak balik raya... (dari hati seorang adik yang mengade...hehe )


# work :

disebabkan kes pada entri yang lepas (penge'check'kan lesen oleh pegawai ---) en.bos telah memberi mandat pada aku untuk menghalau adik2 yang bermasaalah. sebenarnye bukanlah lesen yang bermasaalah, cumanya ada beberapa aduan palsu telah dihantar ke meja ---. makanya terpaksalah encik2 pegawai --- hari tu datang menge'check'. en.bos rasa mereka yang membuat aduan itu adalah pengusaha2 kedai yang sama jenis dengan kedai aku kerje ni yang ada kat kawasan ni.

orang melayu...begitulah katanya... pada aku : memanglah tergugat sikit memandangkan beza harga yang diletakkan. RM0.50 pun sangat berharga pada adik2 ini aku rasa...
tambah lagi (mengangkat nama kedai lebih-lebih plak...hehe...) yang mana orang akan pilih ?? server laju atau lambat?? fikir2 kan....

jadi, ini adalah cerita aku (yang jahat) telah menghampakan ramai kanak2 itu kerana syarat2 yang telah dikuatkuasakan oleh en.bos aku... tapi aku tak adalah rasa kesal sangat memandangkan syarat2 yang dibuat itu tiadalah salahnye n tidaklah menyusahkan siapa2... harap2 adik2 itu fahamlah ye...
~tunggu besar sikit la ye adik2 kalau nak datang main game...huhu...

aku juga dah berjaya menjadi kayu. budak2 tu bising2, menyumpah seranah ape2 pon aku wat pekak jek... bulan pose kene banyak sabar...n alhamdulillah...aku berjaya menutup telinga aku (lebih kurangla) walaupun kadang2 naik jugak 'cecair merah' dalam badan aku...huhu...


# idea

sebenarnye aku betul2 hilang idea dua tiga hari ni. itu pasalla aku hapdet blog ini dua atau tiga hari sekali. sebab aku tak tau nak merapu ape...huhu...

aku akan cube mengecas neuron2 aku untuk menjadi aktif, kreatif n inovatif supaya aku dapat menulis sesuatu yang menarik hati semua orang untuk membaca entri2 aku selepas ini...ok


# friendster...

oh...oh... aku hilang semangat hari ini, kerana entah kenapa friendster aku macam disabotaj. aku pon tak tau macam ner boleh jadi macam itu...mungkin ade ape2 bende yang aku tertekan membuatkan habes hilang sume setting yang cantek itu (cantikla pada aku)...sedihnye saye... malas nak repair lagi...biorkan...

habes....itu saje yang mampu nak cerite...(",)



3 comments:

wan said...

Ada FS, add ler kita pakai emel kat profile tuh yek. :)

~~~***aZaHygCoMeL***~~~ said...

hehehe... bagus...bagus....nnt takder la budak2 kecik yg main game tu menaikkan darah kamu sbb takmo balik bile dah kul 6...hehehe

inna hayati said...

wan :
okies...da add da...

azah yg comel :
a'ah...hari2 sekarang ni perang ngan mereka..
'takde IC takleh masuk la dik"
mereka kate : 'sebelom ni blh je kak?
'sebelum ni memangla boleh, selepas ni tak boleh dah...'
mereka pon keluar dengan muke mencerut2...huhu...n saye tersenyum lege...*ngeh...*