Wednesday, August 15, 2007

falsampah centaku...

CINTA....

jika ada yang bertanya


: '
apa itu cinta?' :

agaknye ape jawapan kamu?setiap orang ada jawapan yang berlainan kan?


bagi aku cinta itu sesuatu yang cantik,yang indah,yang memberi kita rasa bahagia,di awang2an dan bila kita ada cinta dalam hati kita,tentunya kita akan senyum sepenuh hati.senyum dengan ikhlas yang kadang-kadang kita sendiri tak sedar kita tersenyum.

bagi aku cinta itu maknanya memberi dan menerima.seikhlas mana kita mencintai orang yang kita cintai...harapan kita seikhlas itu juga orang itu mencintai kita.(aku masih mencari 'orang' itu)

CINTA DAN SAYANG...ada satu novel yang baru aku baca beberapa minggu lepas...

katanya : cinta dan sayang itu berbeza.

sayang katanya :> bila kita meletakkan orang itu dalam hati kita,menerima dengan ikhlas


cinta katanya :> bila kita meletakkan orang itu dalam hati,menerima dengan ikhlas dan juga sanggup menerima baik dan buruk orang itu dan tentunya akan berkongsi segala2nya tanpa ada rasa sangsi antara satu sama lain dan yang paling penting menghargai kehadiran mereka dalam hati kita.

(indahnya cinta ini : 'orang' itu d mana ya?)

TAPI...


cinta itu kadang membawa kita ke satu alam yang hanya orang yang pernah merasa boleh tahu betapa peritnya.bukanlah cinta itu jahat,cumanya kerana adanya sesetengah manusia yang tidak menghargai cinta,makanya kerana cinta itu hidup kita menderita.


AKHIRNYA...


sebenarnya cinta ILAHI itu yang paling bahagia dan akan sentiasa membantu kita untuk hidup dengan baik,dunia dan akhirat...amin

No comments: