Monday, August 13, 2007

aku yang boring ('_')

aku bukanlah seorang manusia yang kreatif atau sentiasa penuh dengan idea2 yang selalu menyenangkan hati orang lain.cumanya aku suka menulis.menulis untuk kepuasan hati. kenapa aku menulis begini?sebentar tadi aku baru saja membaca sebuah blog yang kukira menarik dan tidak membosankan entri nya.soalan dia 'kenapa kita menulis blog?untuk kepuasan atau menjadi glamour atau bermacam2 lagi?' ku kira jawapan aku adalah sebegini,kerana aku suka menulis.dan apabila aku mula mengenal komputer, aku suka manaip.pokoknya,aku memang suka menulis apa saja yang tersirat dalam hati ini dari menuturkan melalui lidah aku yang selalu sangat tergeliat.

sebenarnya aku bukanlah seorang yang susah,cumanya kerana aku amat2 payah untuk menyuarakan rasa hati aku ini secara terbuka,makanya aku ini memang seorang yang payah.sebenarnya aku rajin juga bercerita.tak percaya tanya bekas2 roomate aku.menjelang tengah malam bila semua orang yang kepenatan nak melelapkan mata,merehatkan diri,aku pula akan mula mngaktifkan lidah aku yang sering terkedu di kala semua orang jaga ini.aku pun tak faham kenapa...mungkin bila orang dah nak tidur,mereka akan dengar tak dengar je.jadi cerita ku akan jadi serti angin lalu,yang mana...aku rasa selamat.pelik...tapi aku memang begitu...

sekali lagi aku nak kata,aku ini memang memboringkan sebab aku perasan,bila aku bercerita,tak berapa lama kawan2 aku akan paling muka bercakap dengan orang lain.nah...bukankah jelas di situ yang aku ini memanglah seorang yang sangat memboringkan.mungkin juga kerana itu aku menjadi sangat tak suka bercerita dengan sesiapa pun.

aku juga tergolong dalam kumpulan muggle yang tak glamour.sangat2 tak glamour.sampaikan kalau nak berbaik dengan lecturer pun aku kene nersungguh2 untuk mendapatkan perhatian diorang.tak seperti sesetengah orang yang mempunyai pelbagai kelebihan...mampu menarik perhatian sesiapa pada bila2 masa,aku adalah seorang yang tak menarik,yang tak mungkin menarik perhatian dengan tiada kelebihan yang ada padaku.

jadi dalam entri ini,aku ingin mengucapkan banyak2 terima kasih pada sape2 yang mungkin terjumpa blog aku ini secara tak sengaja atau sengaja dan sudi pulak membacanya...terima kasih...sangat2..
arigato...
xie xie...

*days at work
~kanak2 dah mula memenuhi ruang hari ku...jam 3.15pm.aku sibuk...huhu...tak sempat nak baca note.malam nih ada kuiz...huhu..
~bos...belila any pewangi...they are so very the BUSUK!!! tak tahan...huhu...

No comments: